Sunday, February 27, 2011

mEnguNGkiT kEnaNgAN~

salam hari minggu.
entah kenapa makin tak rajin
mahu mencoret di sini. hehe

awal pagi tadi,
saya terus bergerak ke sekolah lama.
sekolah yang banyak mengenalkan saya dengan dewasa.
jujur, saya sayang sekolah itu!
kalau boleh,
mahu saja saya mengajar di situ.
mencurahkan bakti kepada almameter.
biarlah orang cakap tak berkembang ke,
tak ada cabaran ke,
tapi sejujurnya sekolah itu sudah sebati,
persekitarannya serasi dengan jiwa saya.
benar-benar bersyukur
dapat menuntut ilmu di situ.

-menyimpan khazanah kenangan terindah!

oh, tujuan saya ke sana
untuk bermusyawarah
tentang program yang akan
kami jalankan bulan tiga nanti.
Muslim Youth Camp.
bertemu dengan teman-teman lama,
pasti banyak cerita yang dikongsi.
mengungkit kenangan lalu,
aduh
rasa macam semalam sahaja menghabiskan usia
di sekolah itu.
pengalaman yang penuh rencam
membuatkan kita kenal siapa kawan dan lawan
dan belajar sesuatu tentang kehidupan!
sebab itulah tuhan menciptakan manusia
pelbagai jenis macam perangai,
supaya kita berkenal-kenalan.
subhanallah! memang unik!

selesai mesyuarat,
saya singgah ke rumah.
mujur jarak sekolah dan rumah
tidak berapa jauh.
berada di rumah untuk seketika
membuatkan saya tak mahu pulang ke kolej! aha
saya mula terfikir,
sementara masih ada keluarga
bergembiralah dengan mereka.
melihat adik-adik yang sudah membesar,
kekadang terselit rasa bangga di sudut hati.
kentalnya hati bonda membesarkan kami,
melayan kerenah dan mencukupkan makan pakai
hingga saat ini.
ada ketika saya tahu,
bonda sering melebihkan anak-anak.
biar anak cukup makan, dirinya tak kenyang tak apa.
saya tahu itu.

bagi saya,
hanya bonda yang tahu dan faham tentang anak-anaknya.
suka makan apa,
perkara apa yang tidak disukai,
warna apa yang diminati dan macam2 lagi.
sudah tentulah, kerana dia yang bersama kita-
membesarkan dengan penuh harapan.
hatinya pasti gusar ketika
anak-anak demam, tidak sihat badan.
kadang-kadang sampai sanggup ambil cuti.

dalam pelajaran pun,
bonda sering memberi semangat.
'belajar rajin-rajin. nanti kerja senang'.
saya masih dan akan ingat sampai bila2,
setiap kali peperiksaan besar-UPSR, PMR, SPM
pasti bonda akan ambil cuti ketika hari pertama peperiksaan.
malah, ketika saya STPM pun,
bonda ambil cuti.
bukan saya sahaja,
ketika adik-adik melalui saat getir ini pun
bonda turut melakukan perkara sama-cuti.
begitulah cara bonda menyerap semangatnya kepada kami.

saya tahu,
di lubuk hati bonda yang paling dalam
pasti dia mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup.
percayalah,
bukan bonda saya sahaja.
semua ibu mengimpikan kejayaan anak-anak.
ibu mana yang tak mahu melihat anaknya berjaya?
di akhir coretan ini,
saya doakan bonda bahagia selalu dan selamanya.
hanya Tuhan yang mempu membalas
seluruh jasa dan kudrat
yang pernah dilimpahkan
segenap saat membesarkan kami.
terima kasih hingga hujung nyawa!

-bangga dikelilingi insan-insan ini!

Tuesday, February 22, 2011

sAyA yANg mANis~

salam semua.
sudah seminggu lebih rasanya tidak menulis
di laman 'Menjejak Dewasa' ini.
alhamdulillah wa syukru lillah,
satu demi satu masalah selesai.
Allah permudahkan segala urusan...

pagi tadi saya sms bonda.
beritahu tentang tugasan yang perlu
saya siapkan dan program yang akan dilaksanakan
dalam tempoh terdekat ini.
kemudian,
bonda balas : buat jangan gopoh-gopoh.
jaga makan minum, air kosong minum lebih.
take good care!

hurm, hari ni saya mahu cerita tentang saya yang manis.
oh, saya memang suka manis!
kalau order air di kedai,
pasti minta dilebihkan gula atau susu.
mungkin sudah terbiasa dengan manisan, mungkinlah...
tapi kalau anda nak tahu,
saya akan lawan semula manisan yang saya ambil
dengan minum air kosong berbotol-botol.
dalam satu hari,
saya pasti akan minum tiga atau empat botol besar
air kosong.

betul,
ini bukan cerita bohong. ehe
saya memang begini.
kadang-kadang apabila makan di luar,
memang agak ramai yang pelik dengan air saya yang manis.
tapi saya memang begitu.
kalau buat air pun,
satu jug besar
saya akan masukkan 9 atau 10 sudu teh gula.
itupun kadang-kadang bagi saya tak berapa manis...
tapi selepas itu,
saya akan minum air kosong lebih-lebih. ehe

tapi kata orang sekarang,
kurangkan gula dalam minuman
lebihkan manisan dalam senyuman!
senyum-senyum selalu~

-kami yang manis
.:di rumah mak Temoh:.

Wednesday, February 09, 2011

kEnApA Ni?

salam semua.
hari ni barulah ada sedikit masa.
macam biasalah,
hari Isnin dan Selasa
jadual kuliah saya agak pack.
alhamdulillah,
dapat bernafas lagi
merasai tiap denyut nadi.

kenapa dengan saya ni?
pagi tadi lepas kelas
saya ada telefon bonda.
lepas tu,
sekarang ni saya rasa nak telefon lagi.
padahal dah telefon tadi!
aduh,
kenapa ni?
tulah, agaknya banyak sangat benda saya tengah fikir ni.

semalam saya betul-betul sibuk.
kelas dari jam 8 sampai 5,
dengan penbentangan, kuiz.
memang tertekan!
mahu saja rasanya menyeru seluruh kekuatan...
mungkin sebab dah lama tak telefon bonda,
saya rasa macam banyak benar benda nak cerita.

sekarang sudah minggu kelima.
memang minggu kemuncak lah kan,
sibuk tugasan, pembentangan,
program sana sini.
apapun,
kena jugalah harunginya.
dah nama pun pelajar.
saya juga perlu menyusun jadual saya dengan baik;
supaya tiada pihak yang terasa.
yelah,
bukan mudah mahu memuaskan hati semua orang.
kadang-kadang kita lebihkan yang ini,
yang itu terasa pula. nanti program sana merajuk pulak.
haha, tah apa analogi lah! jangan layan!

hurm, bulan Mac ni ada kajian lapangan Sejarah.
lepas tu program Muslim Youth Camp (MYC)
di sekolah lama saya-SAMTEN.
kena uruskan untuk delegasi debat intengriti ke UUM
dan gerak kerja untuk debat piala Naib Canselor pula.
setakat ini,
itulah program yang perlu diselesaikan.
bulan depan juga ialah bulan menghantar tugasan.
moga2 saya terus diberi kekuatan
untuk melaksanakan semuanya.

-saya menjadi fasi ketika MYC I. sekarang sudha masuk MYC II rupanya!

kepada mereka yang saya tidak sempat tegur
atau tak berkesempatan makan bersama,
maaflah.
bukan sombong atau apa,
cuba masa belum berkunjung tiba.
nanti ada rezeki,
kita duduk semeja ya! haha
maaf andai tak dapat puaskan hati semua....
~senyum~

Sunday, February 06, 2011

kAu mEmaNg tENaNg TEmoH!

salam hari minggu semua.
mungkin cerita ini sudah basi,
tapi tak apalah
saya mahu kongsi juga...

Jumaat lalu,
saya dan beberapa orang anak Temoh
berkunjung ke bumi Temoh.
kami mendapat undangan daripada Mak Diah,
mak angkat Kak Nadia dan Kak Syikin.
ada majlis cukur jambul cucunya.
jadi, saya bersama Kak Aini,
Abg Adnan, Kak Shaiha, Kak Fidah dan Zahora
bertandang ke sana
untuk memeriahkan majlis.

-bersama Mak Diah, kenyang!


-di rumah Dr. Badriyah Hj Saleh. makanan yang dihidangkan memang enak!


disebabkan kami pergi hari Jumaat,
jadi, saya dan abg Adnan pun berpeluang
untuk solat Jumaat di Masjid Temoh Stesen.
jujur,
sangat tenang!
semasa khatib memberi khutbah,
tiada suara kanak-kanak membuat bising.
semua khusyuk mendengar,
tidak kira tua, muda, kecil mahupun besar.
benar-benar memberi satu rasa
yang amat berbeza;
berbanding Masjid Jamek Tanjong Malim dan
Masjid Hulu Bernam.

usai solat,
Abg Adnan pun rupanya merasa perkara yang sama.
ketenangan menyelubungi kami,
tetamu bumi Temoh yang penuh kenangan!
jika anda mahu rasa apa yang saya rasa,
cubalah ziarah bumi Temoh. hehe
bukan sahaja penduduknya yang baik mesra
malah pemurah dalam pelbagai perkara;
senyuman dan harta benda!
apa pun,
kau memang tenang Temoh! =)

-rindu budak ini, Fahmi~

Friday, February 04, 2011

NasiB DuNiA sAstERa~

salam hari Jumaat semua.
semoga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmatNya.
cuti hampir ke penghujungnya,
namun dalam sibuk-sibuk bercuti
masing-masing pasti ada kerja yang perlu diselesaikan.
ada juga yang ambil kesempatan untuk
merehatkan fikiran;
menonton wayang, membeli belah dan mengembara! =)

disebabkan saya cinta akan sastera,
jadi hari ini saya ingin berkongsi sesuatu tentang
dunia sastera ini.
tahukah anda,
Prof Madya Dr. Lim Swee Tan telah dicalonkan
sebagai sasterawan negara yang ke-11?
anda tak kenal?
atau anda tak tahu sekarang kita sudah ada
sepuluh orang sasterawan negara?
jujur,
saya benar-benar sedih!

Dr. Lim Swee Tin ialah seorang penyair berbangsa Cina
yang berasal dari Kelantan
dan sangat meminati sastera Melayu.
sila google untuk dapatkan maklumatnya!
saya benar-benar sedih,
bakal guru sastera sendiri pun tidak mendalami
perkara ini dengan baik.
jika sasterawan negara sendiri pun
mereka tidak kenal
bagaimana mahu mengajar tentang sastera nanti?

-Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, penyair berbangsa Cina
yang meminati sastera Melayu!

saya ada menghantar surat kepada editor Tunas Cipta
tentang perkara ini.
ini bukan perkara main-main
kerana suatu ketika dahulu
sastera kita pernah diangkat dalam
ruang lingkup masyarakat.
Salina karya A. Samad Said,
Ranjau Sepanjang Jalan tulisan Shahnon Ahmad
begitu 'berhantu' suatu masa lalu
dan didiskusi di dalam dan luar negara.
kenapa hari ini dunia sastera dipandang sepi?
ruangan sastera di media juga
jarang menjadi tatapan masyarakat.
isu kahwin cerai artis,
pergolakan dunia hiburan lebih penting
untuk difahami.

bila sebut sahaja artis ini,
artis itu-kenal semuanya!
tapi bila berbicara tentang penulis?
bukan sahaja penulis kreatif,
penulis buku ilmiah pun tidak dikenali.
maknanya betullah apa yang saya baca di akhbar,
rakyat Malaysia hanya membaca 5 buah buku setahun
malah kurang daripada itu.
sepatutnya, setelah setengah abad negara
mengecap kemerdekaan,
budaya membaca sinonim dengan masyarakat.
tapi banyak perkara yang masih tidak diketahui.
ayat pertama yang diwahyukan,
Iqra'!- bacalah!

-mambaca, budaya ini perlu disemai sejak kecil.
melentur buluh biarlah dari rebungnya!

saya doakan budaya membaca akan terus dan sentiasa
membugar dalam hidup masyarakat hari ini.
moga kita sama-sama dapat amalkan
perkara yang baik sebegini.
kenalilah sastera,
banyak perkara yang boleh kita pelajari...

Thursday, February 03, 2011

HikMaH kEMbARa~

salam semua.
selamat tahun baru cina!
negara kita pelbagai bangsa,
muhibbah penuh citrawarna.
hurm,
hari ni saya mahu cerita tentang kembara.

seingatnya,
lama juga saya tidak mengembara.
maksud saya, masuk hutan
bercamping, pasang khemah,
panjat gunung, redah sungai. uh, indahnya!
kenapa?
anda ingat saya tak minat benda2 macam ni?
hish,
kalau diberi peluang
mahu sahaja saya mengembara,
menghayati keindahan ciptaan Tuhan!

-desiran air dan ciap miap burung-indahnya!

semasa saya di semester satu,
dapatlah saya pergi ke Kota Gelanggi.
itupun untuk kajian lapangan
bagi meyelesaikan kursus Sejarah Aia Tenggara.
kalau tidak,
entah bilalah lagi berpeluang nak mengembara.

-haha, zaman muda2! dua tahun lalu~

semasa saya di tingkatan lima pula,
saya diberi kesempatan untuk
menjejakkan kaki ke Gunung Ledang.
perasaannya sangat seronok!
berkhemah di tepi sungai,
mendengar bunyi desiran air-tenang!
juga dapat berkenalan dengan teman baru.
saya pergi pun kerana ajakan sahabat,
kalau tidak entah bilalah dapat pergi.

-di puncak Gunung Ledang bersama sahabat, Syafizie Amin.

serius,
saya mula rindukan hijau alam.
kan hari2 kita menatap bukit bukau dan gunung ganang.
Tanjong Malim kan dikelilingi banjaran titiwangsa.
bukan. bukan itu!
maksud saya,
berkhemah, masak beramai-ramai.
makan di tengah unggun api
sambil meluah rasa sesama manusia.
meredah rimba yang penuh rahsia
dan menikmati kesejukan air sungai yang mengalir!
ish, seronok!

saat ini,
saya benar-benar rindukan hijau alam.
patut pun pakar psikologi sering mengaitkan
warna hijau dengan ketenangan.
saya yakin ketenangan akan hadir
dengan mengembara dan menghayati hijau alam.
habis semester ni,
saya akan cuba melapangkan masa
untuk mengembara.
jomlah sesiapa yang mahu ikut serta! =)

Wednesday, February 02, 2011

Nak mAsuK U!

salam semua.
petang tadi saya baru sampai
bumi Tanjong Malim yang damai ni.
oh, cuti tak habis lagi,
saya sudah balik?
hurm, kan dah beritahu
saya pulang ke rumah sekejap saja.
esok mahu jumpa Puan Marini.
mahu bincang tentang hal briged.
bukak semester ni,
banyak program yang perlu dilaksanakan.
oh, lupakan dulu... ehe

hurm,
malam semalam saya teringin makan satay.
jadi saya pun ajaklah bonda makan sama.
jam di dinding pukul 11,
bonda kata dah larut malam.
kata saya, taklah malam masih muda.
jadi,
kami pun pergilah makan.
ajak adik saya yang bongsu,
tapi dia tak mahu. tak apalah.
bonda makan bihun sup dan saya order
satay serta otak-otak.
oh, bukan ini juga yang saya mahu cerita! ehe

balik daripada makan tu,
adik saya yang bongsu, tingkatan 5
bersiap untuk tidur.
sedang saya kemas-kemas majalah yang dibaca,
dia kata begini;
Long, aku nak masuk U lah!
apa dia? sengaja saya suruh dia ulang.
aku nak masuk U!
bonda saya pula tengah duduk-duduk,
nak borak-borak dengan saya.
mulalah bonda saya membebel;
belajar betul-betul Yin (panggilan untuk adik),
masuk U. kerja bagus nanti
hidup senang bla bla bla bla.....

-menjadi mahasiswa universiti memang impian setiap orang!

kau nak amik kos apa?
banyak lah lagi soalan2 yang saya tanya.
kadang2 bila saya balik,
ada suatu masa,
adik saya akan face to face dengan saya.
tak kiralah yang bongsu mahu pun yang tengah.
oh, saya cuma ada 2 orang saja adik! aha
Long, STPM okey ke?
Long, kat U belajar macam mana?
kalau ambil kos sains sukan okey ke Long?
tak bosan ke belajar Long? bla bla bla
jadi, saya pun jawab lah semampunya.

-ini adik bongsu saya. bergambar di PCB, Kelantan 2 tahun dulu.

serius,
saya rasa terharu.
dalam nakal-nakalnya,
ada juga keinginan dia nak masuk U.
sekurang-kurangnya dia ada impian,
mahu atau tidak? itu saja.
saya pun dulu bukan lah pandai mana,
belajar saya biasa2 sahaja.
sederhana.
bukan selalu top 10,
bukan juga antara mereka yang corot.
cuma, saya selalu sematkan dalam hati.
saya perlu masuk U!

doa saya;
moga adik-adik sentiasa dapat yang terbaik.
buktikan kepada semua,
biarpun tak ada abah
tapi kita boleh berjaya macam orang lain.
semahal-mahal gading,
kalau patah tiada berharga!
terus berusaha ke puncak jaya~

-oh, lagi 2 tahun saya akan habiskan pengajian di sini! UPSI.
walaupun gambar en. goggle di USIM! aha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails