Apabila aku lalui
Lorong kedewasaan ini
Baru aku mengerti
Luhurnya kasihmu semalam
Meniti jalanan memori
Kita bersama
Mengapa baru kini
Aku mendalami pengertian itu?
Terbuai rasa rindu
Di laman momen semalam
Kita jalan seiringan
Tanda jiwa kita bersatu
Tanda hati kita berpadu
Mengisi lakaran sejarah silam
Kini pabila aku sedari
Hanya kenangan yang menyatukan kita
Kerana kau sementara cuma
Mengertilah duhai abah
Kalungan doa takkan kulupa
Kerana dulu kita pernah bersama,
Secangkir Al-Fatihah buatmu.
Lorong kedewasaan ini
Baru aku mengerti
Luhurnya kasihmu semalam
Meniti jalanan memori
Kita bersama
Mengapa baru kini
Aku mendalami pengertian itu?
Terbuai rasa rindu
Di laman momen semalam
Kita jalan seiringan
Tanda jiwa kita bersatu
Tanda hati kita berpadu
Mengisi lakaran sejarah silam
Kini pabila aku sedari
Hanya kenangan yang menyatukan kita
Kerana kau sementara cuma
Mengertilah duhai abah
Kalungan doa takkan kulupa
Kerana dulu kita pernah bersama,
Secangkir Al-Fatihah buatmu.
teringat abah~
No comments:
Post a Comment