banyak,
biarlah orang terakhir yang melafazkan,
biarpun perjuangan kita,
dia yang bernama AHMAD BAIHAQI,
dedikasi buat NADIA FITRIYANA,
kakak...
kau tak pernah mengalah,
terima kasih untuk NORAINI AHMAD,
biarpun berliku,
terlalu banyak,
yang hendak dicoretkan,
yang mahu dikongsikan,
tapi entahlah,
banyak benar kekangan,
dugaan dan cabaran,
untukku menulis,
untukku cerita...
kembali dari debat IKIM,
terlalu banyak perkara baharu yang diperoleh,
semakin amir kenal nilai kasih sayang,
makin mula mengerti hati manusia,
semakin bertambah ilmu perdebatan,
makin pula terasa dekat denganNya,
semakin dan semakin,
seperti hipotesis dalam subjek sains pula,
semakin MENJEJAK DEWASA,
semakin kita belajar banyak perkara....
jutaan penghargan buat mereka,
NORAINI MUNAWAR
AHMAD BAIHAQI
NADIA FITRIYANA
NORAINI AHMAD
ASMADI ZIN
biarlah orang terakhir yang melafazkan,
terima kasih tidak terhingga,
anda tetap dihargai dan berharga...
kita jatuh dan bangun bersama,
kita berjuang hingga ke akhirnya,
kita saling yakin dan percaya,
kita ketawa dan sedih berirama,
kita lalui kenangan dan pengalaman,
yang pasti banyak mengajar kita,
moga ukhuwah ini sentiasa diredhaiNya...
biarpun perjuangan kita,
terhenti setakat di suku akhir,
namun bayanglah yang kita tetap juara,
biarpun 'mengejar mahkota kejuaraan sulung',
tidak berjaya,
tidak terlaksana,
percayalah bahawa pasti ada hikmah di sebaliknya,
moga akan terungkap,
tunggulah dengan sabar,
nantikan sahaja,
pasti akan datang,
masa dan saat itu,
mahkota juara akan jadi milik kita...
buat NORAINI MUNAWAR,
perjuanganmu masih jauh dan panjang,
pasti lagi berliku dan penuh mehnah,
tempuhilah dengan kesabaran,
seronok tatkala kita pernah bersama,
saat mengalirnya roh perdebatan,
moga terus berjaya dan berjaya...
dia yang bernama AHMAD BAIHAQI,
kaulah abang,
yang sentiasa mahu melihat perubahan,
yang terlalu banyak berkorban,
yang sentiasa berfikiran jauh ke hadapan,
yang banyak berkongsi idea dan pengalaman,
moga kenangan terindah ini dipahatkan,
di kotak hati dan laman ingatan...
dedikasi buat NADIA FITRIYANA,
kakak...
kau tak pernah mengalah,
biar saat kau jatuh dan jatuh,
semangatmu tetap bersemarak,
terus mengalir buat adik2mu ini,
inilah perjuangan yang telah kita lalui,
inilah jalan yang telah kita pilih,
tetapkan tekad dan iltizam,
agar kita tetap merasa,
mahkota dan nilai kejuaraan...
terima kasih untuk NORAINI AHMAD,
biarpun berliku,
biar banyak cabaran yang kamu lalui,
dari melaka ke tanjong malim,
dari kereta rosak ke tertinggal van,
dari tak tidur kepada terlajak tidur,
kita semakin mengerti erti kasih sayang,
kita mengangkat nilai kejujuran,
yang akhirnya menemukan kebahagiaan,
impian setiap insan....
untuk ASMADI ZIN,
biar kemenangan bukan milik kita,
mungkin belum tiba masanya,
namun nilai ilmu itu lebih berharga,
erti kasih sayang dan kehidupan itu,
begitu bermakna,
titiplah momen indah ini,
agar ia yang saling mengingatkan,
TENTANG KITA~
naper gaya penulisan amir daa cam si bae..hehehhehe...berpantun pantun skrg yea...
ReplyDeleteyeka??
ReplyDeletetapi abg bae lagi tinggi semantiknya...
pepon, sweet memory kan kak nad~
salam amir..
ReplyDeleteterima kasih untuk entri ini..
untuk semangat2 nya...
ya sy akui mmg selesa dan seronok tatkala bersama kamu.. terutamanya di ikim..
bersama2 yg lain..
moga akan ada sinar buat kita di akhirnya...
barakallahu fi kum adik!!!
salam kakak nora...
ReplyDeletemoga kenangan terindah ini terus bersemadi di hati~