Thursday, September 30, 2010

PuAsa SyawAL~


alhamdulillah.
saya sudah selesai puasa sunat
enam hari pada bulan Syawal.
esok boleh raya!!
huhu~

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan ,
kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal,
adalah seperti berpuasa setahun.”

minggu lepas dapat puasa dua hari saja,
mulut saya ada ulser.
jadi minggu ni,
saya selesaikan 4 hari terus.
syukur kerana ALLAH berikan kekuatan.
sementara masih ada masa lagi,
buatlah puasa sunat Syawal...

mungkin ganjarannya kita tak nampak.
samalah macam ALLAH cipta Syurga dan Neraka...
kita percaya kewujudannya,
tapi kita tak nampak.
pernah ke anda nampak syurga??
atau ternampak neraka??
saya jamin anda akan sentiasa buat baik,
bila syurga dan neraka ada depan mata...
sedangkan ALLAH cuma ceritakan
serba sedikit gambarannya
dalam Mukjizat teragung~Al-Quran Karim...


ALLAH cerita tentang nikmat syurga,
azab neraka, kejadian kiamat.
bintang berguguran,
anak tak kenal mak,
ayah tak kenal anak...
tapi percayalah,
bila satu hari nanti
saat itu benar2 berlaku,
mungkin kita baru hendak percaya.

saya pun bukannya baik sangat,
amalan pun tak banyak mana.
sekadar berkongsi,
saling mengingatkan...
moga kita sama2 dapat manfaat.
moga kita sama2 dpt syafaat,
teruskan berselawat ye kawan2....
Rasullullah xpernah lupa kita taw,
hingga saat kewafatannya pun,
masih lagi sempat dia mengucapkan;
ummati.. ummati.. ummati...
sedang kita??
sama2lah muhasabah diri~


~allahumma solli ala sayyida Muhammad~



mAkaN taPi buKaN Di EstET~


tadi menonton cerita Estet di Audi.
kira orang pertama lah yg menonton ni,
kerana tayangan sebenarnya
pada 4 November nih...
cuma ditemani Shahrul,
yang lain semua sibuk.
dengan tugasan, mesyuarat, dan MALAS..!!
~hurm, gaya mcm tugasan sy dah selesai semua~
haha...

selesai sahaja menonton,
ketika pengarahnya Mamat Khalid
memberi sedikit ucapan,
saya mendapat panggilan telefon.
eh, kenapa Encik ni call mlm2 nih....
amir, awk di Audi ye?
aik, mcm mane pulak dia boleh tahu...
haah, kenapa ye encik?
jumpa saya di pintu utama Audi sekrg.
ok~
sampai di luar pintu,
saya tercari-cari kelibat beliau.
beliau turun sahaja dari kereta,
eh, apa benda ni Encik?
dihulurnya plastik berwarna merah jambu
berisi makanan.
ade rezeki sikit,
makanlah...

memang hajat di hati mahu makan,
selepas menontot tayangan Estet itu.
kata orang, rezeki jangan ditolak...
kenyang saya dengan spegeti,
makanan kegemaran saya!!
dibekalkannya juga nasi impit dan lemang
serta kuah kacang...
memang sedap!!
syukur kepada ALLAH...


terima kasih encik!!
saya betul2 kenyang...

p/s: encik tu pensyarah tapi tak pernah mengajar saya.
mentor saya dalam penulisan..
ingat??

Tuesday, September 28, 2010

oH tiDaK~

balik kelas,
saya ke JHEPA.
terserempak dengan dua orang wanita...
dia mahu turun tangga,
saya mahu naik.
ketika berselisih,
terbau sesuatu...

oh tidak!!
saya tak sanggup....
muka boleh la dikatakan manis.
sedap mata memandang,
agak ayu lah...
tapi bau badan dia,
saya tak sanggup!!

seorang daripada wanita itu berbau badannya.
mungkin tidak dicalit deodarant,
atau disembur perfume...
mungkin mahu cepat pagi tadi...
mungkin dan mungkin...
tapi saya tak sanggup!!
oh tidak~

p/s: maaf jika entri ini menjengkelkan~

sELEsai sAtu pERkaRA~


syukur...
berlalu sudah pemilihan debat.
baru tahu betapa sukarnya~
selama hari ni tgk Kak Nad
yang uruskan semua.
segala bagai persiapan,
panel pemilih, tentang team,
uruskan tempat segala...

satu masalah selesai sudah...
saya berharap minggu kesepuluh ini
berlalulah dengan cepat.
esok, saya ada test kursus kritikan.
rabu, saya ada test Sejarah Eropah.
khamis, saya perlu submit tugasan kump.
hujung minggu ini, ada jemputan jadi MC.
mudahkan segala urusanku ini...

selepas pemilihan tadi,
pergi makan dengan senior2 debat...
dah lama tak lepak time macam tuh...
seronok ingat kisah2 lama,
cerita dulu2
yang pasti banyak mendewasakan saya~

moga setiap masalah saya
akan selesai satu persatu,
saya yakin ALLAH sentiasa bersama.
ini baru ujian iman fasa pertama-mungkin!!
DIA takkan nak bagi kita senang sentiasa,
jadi diturunkanNya ujian untuk
mengukur tahap keimanan hamba2Nya ini...
ingat,
kita dicipta untuk beribadah kepadaNya...
~segala pujian untukMu ALLAH~

Monday, September 27, 2010

ciKGu oh ciKGu~


setelah mendapat jemputan
daripada En. Ariff Mohamad,
patang tadi saya ke rumah beliau.
pesannya,
'undangan datang ke jamuan raya biasa2 saja...'
jadi dlm 6 lebih saya pun ke rumahnya.

macam mana saya kenal En. Ariff?
hm, beliau pensyarah bahasa,
sedangkan saya bakal guru Sejarah...
aah kan..??
hm, ceritanya saya kenal beliau,
semasa kem penulisan kreatif
dan bengkel penulis muda
di library UPSI sem lepas.
selepas itu,
saya sering bermesej dan menelefon beliau,
bertanya tentang karya
dan cerita penulisan manuskrip.
kiranya beliau ni mentor sayalah
dalam bidang penulisan...
terima kasih daun keladi encik..!!

sampai sahaja rumahnya,
hanya ada abg2 dan kakak2 sem 7
yg xberapa saya kenal.
mungkin sy cuma kenal
Abg Amin MPP sahaja.
saya hanya makan laksa,
dan nasi impit+rendang dan kuah kacang.
oh ya,
kedatangan saya
cuma ditemani Shahrul,
student sem 1 Geog
yg saya kenal masa MSK dulu...

ok, bukan itu yang saya mahu cerita.
semasa makan,
ada seorang wanita berbaju kurung
dan bertudung hijau warna sedondon
mahu keluar rumah.
dibawanya sekali anak kecil En. Ariff,
Imran Firdaus, setahun 5 bulan umurnya.
eh, ade barang tertinggal!
jadi,
wanita itu masuk semula ke bilik
di tingkat bawah rumah itu.
saya amati betul2 wajahnya,
mcm saya kenal!

saya terus tanya En. Ariff,
siapa nama isteri encik?
Norhayati.
sah, betul!!
encik, saya rasa isteri encik cikgu saya.
dulu dia ada mengajar di Hulu Langat kan??
ha, yela SKTAAM.
awak sekolah situ ke dulu?
yela encik...

kecilnya dunia!!
selepas isteri En. Ariff balik,
saya terus beritahu
yg saya anak muridnya dahulu...
biarlah kalau dia tak pernah kenal
saya sekalipun,
saya beritahu yg saya belajar
kajian tempatan dengannya
semasa tahun 4, sebelas tahun dulu.
saya beritahu juga,
satu perkara yg saya ingat
tentang Cikgu Yati ini,
tulisannya sangat cantik!

masa saya beritahu
yang saya muridnya dahulu,
dia menjerit kecil.
ah, tuanya saya!!
murid saya pun dah jadi cikgu...
saya tahu dalam hatinya
pasti ada sekelumit perasaan terharu
bersulam bangga.

sejujurnya,
saya masih ingat lagi guru2
yang pernah mengajar saya
dari tahun satu dulu.
tak mungkin saya akan lupakan mereka,
kerana mereka antara manusia
yang menjadikan saya seperti hari ini.


Cikgu Normah-guru kelas tahun 1,
main conteng2 muka guna pen marker.
ah, masih segar lagi di ingatan saya..
Cikgu Sarimah-guru kelas tahun 2,
guru matematik yg sangat garang!
sebelum mula kelas,
pasti ada congak!!
jadi, semua pelajar score subjek math masa tu..
Cikgu Norliza-guru kelas tahun 3,
tak banyak kenangan bersama beliau...
Cikgu Noriah-guru kelas tahun 4,
bila jumpa sekarang ini,
syukur dia masih lagi ingat pada saya...
Cikgu Mahani-guru kelas tahun 5 dan 6,
cikgu sorang ni bila jumpa sekarang,
dah macam kawan borak.
macam2 cerita kalau kami berjumpa...
tapi sekarang beliau sudah pindah di Klang.
ini baru kisah meraka
yang pernah menjadi guru kelas saya,
di sek rendah.
belum cikgu2 subjek lain,
ustaz dan ustazah di sek rendah,
dan juga mua'lim mua'limah
sek menengah dn tingkatan 6.

yang pasti,
mereka tetap dalam ingatan saya.
kerana saya yakin,
jika saya tidak berjaya seperti orang lain,
jika saya tidak hebat seperti orang lain pun,
tapi cikgu2 saya ini
antara mereka yang menjadikan saya
seperti hari ini...
alhamdulillah,
mungkin berkat ilmu mereka...
moga mengalir untuk generasi seterusnya~

hakikatnya,
isteri En. Ariff rupanya
guru saya semasa sek rendah dulu...
saya bangga akan menjadi seorang cikgu~

p/s: kisah guru2 anda pula??

Sunday, September 26, 2010

juNioR oh juNioR~

ketika majlis tarian tradisional 1Malaysia 1UPSI,
ade seseorang menyapa saya.
-abg dulu SAMTEN ea?
*hurm, kamu SAMTEN ke?
mmg xjawab soalan!!
soalan dijawab dengan soalan!!
haha~

katanya, dia sekolah sampai form 2
di bumi SAMTEN.
kemudian, pindah ke Kelantan...
maknanya,
masa saya form 5,
dia form 2...

terima kasih
kerana masih ingat dn kenal saya lagi,
dan juga menegur saya...
tambah lagi koleksi junior!!
haha~


* rakan seperjuangan masa form 5 dulu~

Friday, September 24, 2010

pAntAsnYA mAsA~


duhai masa...
pantasnya kamu!!
sudah masuk minggu ke-9 kuliah.
cepat, lekas dan pantas~

Friday, September 03, 2010

rAsa yANg diBuANg~

bangun pagi ini,
saya dah xmahu
fikir tentang semalam.
sayu mahu jernihkan keadaan,
tenangkan hati dan rasa
menjelang Syawal ini...

saya sudah salam dia,
mohon maaf zahir batin.

buat kamu,
andai pernah terasa hati
andai ada terguris dan terhiris
selama kita kenal dan menjadi kawan,
maafkan saya dunia akhirat...
salam aidilfitri,
maaf zahir batin~

buat mereka yang mengenali saya
atau pernah mengenali diri ini,
tidak kira teman2 dari SAMTEN,
SAAS, UPSI,
juga pengikut setia MENJEJAK DEWASA,
semoga kebahagiaan sentiasa melimpahi
ruang hidup kalian menempuh
hari kejayaan-Syawal...
terima kasih kerana sentiasa
memberikan sokongan,
menyuntik semangat dan dorongan,
bersyukur bertemu kalian...
salam lebaran,
maaf luhur dari hati
zahir dan batin...

saya telah buang segenap rasa mazmumah,
moga2 rasa mahmudah
akan terus tertanam dalam diri.
harap anda juga begitu....
'ikhlaskan hati mohon kemaafan
leburlah dosa di tapak tanganmu
lupakan segala silap dan salah
insan bersatu membina ummah...'

oH hAti dAn rAsA~


sudah masuk hari Jumaat.
minggu kelapan kuliah hampir berlalu,
madrasah Ramadhan juga begitu,
makin malap gemerlapannya...
penghuni KHAR; kolej terchenta
bagi sesetengah penghuninya,
tidak termasuk saya
ramai yang sudah pulang
ke kampung halaman...

kolej makin sunyi,
hati saya pula tak tahulah kenapa.
saat ini saya macam tak tenteram,
tak tahu bagaimana rasanya,
bercampur baur;
gembira, sedih, terharu, geram
macam2....


tadi saya sempat hantar Hafidz
naik bas untuk balik ke Ganu,
juga Dayah yg nak balik ke Kelantan.
ptg td sy berbuka di luar,
bersama abg Razi, Kak Aini dan Nora.
kesian abg Razi,
basnya kena tunda jumaat malam,
jadi kami ajak dia berbuka sama.
bila tgk org balik kampung
naik bas mlm2,
mcm best!!
seronoknya balik kampung,
naik bas malam2-ramai2....

sempat juga saya jumpa junior saya
dari SAMTEN-Maghfur.
lama juga kami berborak.
bercerita tentang pelbagai perkara.
saya doakan yang terbaik untuk kamu!!
ingat,
KEJAYAAN ialah perjalanan, bukan destinasi...
gembira dapat jumpa dia,
dulu dia adik dorm saya.
mmg rajin!!
ingat x, kita hias dorm dulu2
mencari daun pelepah kelapa malam2.
tok imam meninggal pulak...
haha~
yg penting dorm kita menang!!
tapi yg sedey,
gambar tu sume hilang!!
huh


bila KHAR ni sunyi,
jujur saya mati kutu!!
tak tahu mahu buat apa,
nak jumpa org ni,
dah balik kampung!
nak jumpa org tu.
da takde kat bilik!
mmg saya pelik bila fikir mcm mane
ade org yg blh hidup sorang diri.
xpandai bermasyarakat
xreti bergaul
hurm~

tapi sejujurnya saya mmg gembira
juga terharu
bila saya dapat kenal teman2 baru sem ni.
thankz semua!!
Amer, Farah, Dayah-kelas sastera,
Wana, Wani, Afza-kelas wartawan,
Mai n Dilla-kita makin rapat
bila sekelas wartawan...
cerita2 korang membuatkan
saya makin kenal budak2 Sejarah kita,
yang blh wt esaimen,
yg tak boleh harap,
sume kita kongsi cerita...
thankz kwn!!
seronok dapat kenal kalian~
salam aidilfitri,
maaf zahir batin....

hati saya tengah bersedih.
tak tahu apa rasa,
Syawal bakal menjelma tak lama lagi,
Ramadhan pula akan berlalu pergi...
sedih juga bila mengenangkan
cepatnya masa berlalu,
pantas benar Ramadhan pergi!!!
sedih mengingatkan seseorang,
kenapa dia tiba2 senyap?
sms xreply,
telefon xangkat?
saya nak tahu apa salah saya,
kalau tak puas hati
just terus terang...
beritahu apa benda yang kamu
xpuas hati dengan saya,
janganlah tiba2 senyap mcm ni,
mcm sy buat salah maha besar!!
tiba2 menjauhkan diri,
oh, apa ni??
kalau dah tak mahu kawan,
beritahu saya...
saya halalkan semuanya~

sejujurnya saya memang sedih...
oh rasa hati,
semoga stabil kembali....
saya sering memikirkan supaya
biarlah semua himpunan rasa
yang saya ada;
sedih, gembira, geram, terharu,
pahit, masam, manis, dan pahit
menjadikan saya lebih dewasa,
matang dalam berfikir,
rasional dalam tindakan
dan berguna kepada semua....

Thursday, September 02, 2010

BiNGkisAN istimEwA-boNDaku sATu aNugERaH~


edisi varsiti Berita Harian-02 September 2010

~BONDAKU SATU ANUGERAH~


Bondaku permata di jiwa

Pengubat hati lara nestapa

Pembakar semangat marak membara

Penyuntik inspirasi menjejak dewasa

Membisikkan doa penuh setia,


Bondaku satu anugerah

Biar denai hidup

Dilalunya amat payah,

Dia hanya tahu untuk bertabah

Dia hanya mengerti untuk berserah

Dia sesekali tak pernah menyerah

Kerana bondaku insan gigih berkudrat gagah,


Bondaku permata di dasar hati

Sinarnya berkilau bagai pelangi

Mewarnakan aku menjadi insani

Mencorakkan aku menjadi manusiawi,

Selangi nadiku tidak terhenti

Akan terus kudendangkan

Senandung doa ke langit tinggi

Lambang kesyukuran

Yang takkan mati

Kerana bondaku satu anugerah.


NUKILAN HATI,

AMER RIDZUAN

UPSI, Tanjong Malim.

~SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN BONDA YANG KE-50~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails