Friday, September 03, 2010

oH hAti dAn rAsA~


sudah masuk hari Jumaat.
minggu kelapan kuliah hampir berlalu,
madrasah Ramadhan juga begitu,
makin malap gemerlapannya...
penghuni KHAR; kolej terchenta
bagi sesetengah penghuninya,
tidak termasuk saya
ramai yang sudah pulang
ke kampung halaman...

kolej makin sunyi,
hati saya pula tak tahulah kenapa.
saat ini saya macam tak tenteram,
tak tahu bagaimana rasanya,
bercampur baur;
gembira, sedih, terharu, geram
macam2....


tadi saya sempat hantar Hafidz
naik bas untuk balik ke Ganu,
juga Dayah yg nak balik ke Kelantan.
ptg td sy berbuka di luar,
bersama abg Razi, Kak Aini dan Nora.
kesian abg Razi,
basnya kena tunda jumaat malam,
jadi kami ajak dia berbuka sama.
bila tgk org balik kampung
naik bas mlm2,
mcm best!!
seronoknya balik kampung,
naik bas malam2-ramai2....

sempat juga saya jumpa junior saya
dari SAMTEN-Maghfur.
lama juga kami berborak.
bercerita tentang pelbagai perkara.
saya doakan yang terbaik untuk kamu!!
ingat,
KEJAYAAN ialah perjalanan, bukan destinasi...
gembira dapat jumpa dia,
dulu dia adik dorm saya.
mmg rajin!!
ingat x, kita hias dorm dulu2
mencari daun pelepah kelapa malam2.
tok imam meninggal pulak...
haha~
yg penting dorm kita menang!!
tapi yg sedey,
gambar tu sume hilang!!
huh


bila KHAR ni sunyi,
jujur saya mati kutu!!
tak tahu mahu buat apa,
nak jumpa org ni,
dah balik kampung!
nak jumpa org tu.
da takde kat bilik!
mmg saya pelik bila fikir mcm mane
ade org yg blh hidup sorang diri.
xpandai bermasyarakat
xreti bergaul
hurm~

tapi sejujurnya saya mmg gembira
juga terharu
bila saya dapat kenal teman2 baru sem ni.
thankz semua!!
Amer, Farah, Dayah-kelas sastera,
Wana, Wani, Afza-kelas wartawan,
Mai n Dilla-kita makin rapat
bila sekelas wartawan...
cerita2 korang membuatkan
saya makin kenal budak2 Sejarah kita,
yang blh wt esaimen,
yg tak boleh harap,
sume kita kongsi cerita...
thankz kwn!!
seronok dapat kenal kalian~
salam aidilfitri,
maaf zahir batin....

hati saya tengah bersedih.
tak tahu apa rasa,
Syawal bakal menjelma tak lama lagi,
Ramadhan pula akan berlalu pergi...
sedih juga bila mengenangkan
cepatnya masa berlalu,
pantas benar Ramadhan pergi!!!
sedih mengingatkan seseorang,
kenapa dia tiba2 senyap?
sms xreply,
telefon xangkat?
saya nak tahu apa salah saya,
kalau tak puas hati
just terus terang...
beritahu apa benda yang kamu
xpuas hati dengan saya,
janganlah tiba2 senyap mcm ni,
mcm sy buat salah maha besar!!
tiba2 menjauhkan diri,
oh, apa ni??
kalau dah tak mahu kawan,
beritahu saya...
saya halalkan semuanya~

sejujurnya saya memang sedih...
oh rasa hati,
semoga stabil kembali....
saya sering memikirkan supaya
biarlah semua himpunan rasa
yang saya ada;
sedih, gembira, geram, terharu,
pahit, masam, manis, dan pahit
menjadikan saya lebih dewasa,
matang dalam berfikir,
rasional dalam tindakan
dan berguna kepada semua....

3 comments:

  1. sy suka ini

    "matang dalam berfikir,
    rasional dalam tindakan
    dan berguna kepada semua...."

    ReplyDelete
  2. moga2 menjadi realiti...
    manusia hanya mampu merancang dan tidak sempurna serba serbi~

    ReplyDelete
  3. baru berkesempatan membaca coretan ini...

    saya juga bangga dan gembira mengenali kamu..
    insan hebat di pandangan mata saya...
    teruskan perjuangan...semoga berjaya mencapai impian:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails