salam semua.
ingat di sekolah dan universiti sahaja ada tugasan?
hurm, di bengkel ini pun
saya sudah mendapat tugasan.
pagi tadi, ceramah tentang genre puisi,
Dr. Lim Swee Tin.
kagumnya saya dengan bahasa Melayunya!
kemudian Abg Wan-Ridzuan Harun
menceritakan perjalanannya dalam bidang penulisan-puisi.
mendengar Kak Ina-Salina Ibrahim
memberi panduan dan bimbingan
tentang penulisan-seronok!
malam pula, bersama kak Nas-Nasriah Abdul Salam.
cerpenis yang sudah dua kali menggondol
hadiah utama anugerah sastera penulisan cerpen remaja...
oh, hebatnya mereka!
lebih-lebih lagi bila duduk depan sekali,
beriya saya mendengar.
kata cikgu masa saya sekolah dulu,
air liur cikgu yang terkeluar tu berkat! aha.
hurm, bukan saya yang mahu duduk depan.
tapi memang sudah ditetapkan pihak urus setia.
apabila masuk sahaja kelas pagi tadi,
sudah diletakkan nama di setiap meja.
jadi, duduk sahajalah.
hurm,
tugasan yang diberi ialah
menulis sebuah cerpen dan 3 buah sajak
bertemakan patriotik.
pagi rabu nanti perlu dihantar
dan akan dilakukan sesi pembedahan karya.
serius,
ilham saya masih tak muncul-muncul!
No comments:
Post a Comment