Friday, December 24, 2010

pErkAmpuNgAn bERakHiR~

salam hari Jumaat semua!
sedar tak sedar sudah sampai
ke penghujung minggu penulis remaja.
rasa keberatan mahu meninggalkan
mentor-mentor, urus setia dan teman
yang bersama mengejar pelangi cita!

semalam majlis graduasi kami.
maka berakhirlah sudah MPR 2010!
banyak sangat ilmu penulisan yang dapat dikutip
daripada mentor-mentor yang amat hebat.
hanya terima kasih yang mampu diungkap,
segala ilmu akan cuba kami amalkan.

buat adik beradik MPR,
ingatlah selalu momen indah di teluk kemang.
potretkan di bingkai ingatanmu!
moga ukhuwah kita terus indah kerana ALLAH.
terus berkarya!

terima kasih untuk doa anda semua~
-perkampungan pun berakhir-

Wednesday, December 22, 2010

LEkAsnYA wAkTu~

esok sudah masuk hari Khamis.
sebentar lagi akan bermula sesi pembedahan karya.
karya kami, 3 puisi dan sebuah cerpen
akan dibedah, dinilai oleh
Kak Ina, Kak Nas, Abg Din & Abg Wan.
dengar cerita karya kami itu mahu dibukukan
sebagai satu antologi,
mudah-mudahan impian itu terlaksana...


cepatnya masa berlalu,
sedar tak sedar
MPR sudah hampir ke hari pengakhirannya.
saya pasti,
tiada manusia yang inginkan perpisahan
selepas berputiknya pertemuan.
tapi, apakan daya
itulah hakikat hidup.
perpisahan itulah yang akan mengocakkan rasa rindu!

semalam,
bila Abg Din tanya -nak balik tak?
hampir semua cakap tak nak...
yalah, dah macam adik beradik.
ukhuwah yang dijalin hampir seminggu
berkongsi kisah yang sama,
minat yang serupa
menjadikan kami akrab.
saya gembira bersama keluarga MPR 2010!


kita jangan salahkan waktu,
yakinlah yang ianya akan terus berlalu.
tapi,
tanyalah pada hati-
yang menjadi kiblat makrifat manusiawi!

LEgA mENggiGiT RasA~

salam semua.
disebabkan perlu menyiapkan tugasan,
maka berehat seketika saya menghidangkan
kisah indah buat anda.
mungkin ada yang rasa rindu,
terima kasih!

lega sedikit apabila tugasan telah dihantar.
benar,
bukan mudah hakikatnya mahu berkarya.
hampir tak tidur saya menyiapkan cerpen
dan puisi semalam.
memang inspirasi ada di mana-mana.
ilham mudah hadir
bila kita merenung alam.
tapi banyak yang saya belajar
bersama abg2 dan akak2 mentor.

okey, mahu ke pantai.
menghayati keindahan petang
ketika camar menari di langit senja!
jumpa lagi~

Tuesday, December 21, 2010

pELaNDuk DuA sERupA~

saya rasa mata saya tak silap.
hari ini dua orang yang saya
macam pernah kenal dan rapat,
tapi turut berada di sini.
Salahuddin dan Kak Salina!
ya, wajah dan gaya Salahuddin
memang seakan junior saya-Sobri Mastori!
saya tanya Khalil.
Lil, muka Din macam siapa?
Sobri!
tulah, aku dah lama nak cakap.
ingat aku sorang je yang perasan, katanya.
hurm...
muka Kak Salina pula?
memang macam mak cik saya di Kedah-Cik Rosma!
memang serupa. sangat!

berada di MPR,
saya berada dalam lingkungan
manusia-manusia yang unik!
itu kata Kak Salina.
semalam Kak Ina ada cakap,
MPR memang menghimpunkan manusia-manusia yang unik.
ya, saya akui!

kata kak Salina,
semasa dia di MPR 1991
dia berada dalam ruang lingkup orang gila!
ada yang berpantun, berpuisi tengah malam.
itu masa zamannya.
rupanya saya turut merasai perkara yang sama!
bersajak dalam tandas,
bersajak sebelum tidur,
mencari inspirasi dengan merenung bulan.
hai macam-macam,
anda mampu? ehe
itulah keunikannya!

tapi saya tidaklah begitu.
sekadar menjadi pemerhati dan pendengar yang setia.
'Mir, okey tak diksi ni?'
'Mir, macam mana dengan sajak aku?'
kadang-kadang komentar dan kritikan itu
mematangkan kita dalam berkarya.
saya bukanlah hebat.
kalau hebat, tak mungkin saya berada di sini.
maknanya, sama-sama masih belajar.


Monday, December 20, 2010

BukAN AmiNuL~

nama penuh Khalil ialah Aminul Khalil.
tapi orang selalu tersilap,
panggil saya Aminul!

nak kata muka saya ada iras Khalil,
tidak lah jugak.
tapi Kak Salina panggil saya Aminul.
ada juga antara peserta yang panggil saya
dengan nama itu.
hurm, pelik!
atau mungkin mereka keliru
Aminul dengan Amirul!

dan agak pelik juga bila ramai
yang memanggil saya dengan nama Amirul!
yelah, saya sudah terbiasa dengan nama Amir,
tiba-tiba ada sekelompok manusia panggil nama Amirul!
rasa sedikit canggung pula.
Khalil pula panggil dengan nama penuh saya,
aduh!

tuGAsAN bAHaRu~

ketika menekuni karya Kak Nas petang tadi,
saya mendapat panggilan telefon
daripada abang Kacak.
oh, ya.
untuk sesi bersama Kak Nas,
kami perlu membaca 3 buah cerpen kak Nas
sebanyak dua kali.
bukan senang nak jadi penulis kan? ehe.

abang Kacak-
amir, amir kena tolong abang.
abang tak kisah,
apa nak jadi, jadilah.
amir kena tolong MSK kali ni.
Amir datang lambat pun tak apalah.
saya tergamam-seketika!
kita memang tak ada MC.
yang penting Amir kena ada masa
majlis bacaan ikrar nanti,
dengan majlis bersama menteri.
sebagai timbalan pengarah 2,
abang lantik Amir sebagai SMS protokol
bekerja dengan abang Adnan!

hurm,
MSK mula 26 Dis kan?
saya mungkin boleh datang 26 pagi.
hurm, tak kisahlah Mir.
asalkan boleh datang...
okey, apa-apahal nanti saya beritahu.

maknanya,
program MPR sampai 24 Dis.
25 nanti saya akan menjenguk walimatul urus Abg Ben-
teman sekerja di Secret Recipe dulu.
26 hingga 31 Dis pula saya akan
menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru!
oh, tugasan baharu yang memang
tak memberi saya rehat...!
moga terus dilimpahi kekuatan...~

tuGAsAN pENuLis~

salam semua.
ingat di sekolah dan universiti sahaja ada tugasan?
hurm, di bengkel ini pun
saya sudah mendapat tugasan.

pagi tadi, ceramah tentang genre puisi,
Dr. Lim Swee Tin.
kagumnya saya dengan bahasa Melayunya!
kemudian Abg Wan-Ridzuan Harun
menceritakan perjalanannya dalam bidang penulisan-puisi.
mendengar Kak Ina-Salina Ibrahim
memberi panduan dan bimbingan
tentang penulisan-seronok!
malam pula, bersama kak Nas-Nasriah Abdul Salam.
cerpenis yang sudah dua kali menggondol
hadiah utama anugerah sastera penulisan cerpen remaja...
oh, hebatnya mereka!

lebih-lebih lagi bila duduk depan sekali,
beriya saya mendengar.
kata cikgu masa saya sekolah dulu,
air liur cikgu yang terkeluar tu berkat! aha.
hurm, bukan saya yang mahu duduk depan.
tapi memang sudah ditetapkan pihak urus setia.
apabila masuk sahaja kelas pagi tadi,
sudah diletakkan nama di setiap meja.
jadi, duduk sahajalah.

hurm,
tugasan yang diberi ialah
menulis sebuah cerpen dan 3 buah sajak
bertemakan patriotik.
pagi rabu nanti perlu dihantar
dan akan dilakukan sesi pembedahan karya.
serius,
ilham saya masih tak muncul-muncul!

mAskuLiN~

salam semua.
hurm, saya nak cerita
tentang kawan lelaki di sini.
kami ada sepuluh orang semuanya.
saya sebilik dengan Syafie dan Hafiz.
bilik 251, Arif Bazli, Fakhruddin dan Salehuddin.
sebilik Khalil pula, Al-Ghazali dan Shamsul Arif.
Al-Khaliq sebilik dengan urus setia, Syukeri dan Hanif.

mengenali mereka,
memang macam-macam ragam.
keletah mereka pula kadang-kadang
mengingatkan kepada orang yang saya pernah kenal.
contohnya, Hafiz ni muka dia macam Hanafi-kawan sekelas Sejarah.
Arif Bazli pula, mukanya ada iras-iras Aliff-kawan baik saya.
wajah dan lagak Syukeri si urus setia
pula seperti Abg Zaini Buzzy!
hurm, banyak orang banyak ragam...

bukan apa cuma nak cerita tentang Syafie.
teman sebilik saya.
sebelum bergerak semalam,
ketika masih di DBP-
sombong sangat gaya budak ni!
bila dah kenal,
saya terus terang kepada dia.
beritahu yang lagaknya memang agak sombong semalam.
sebelum sesi suai kenal,
dia ada bercerita tentang novel yang tengah ditulisnya.
dia menulis tentang seorang wanita
yang dia pernah suka-jatuh cinta!
tapi, cintanya tidak berbalas.
masa sesi suai kenal,
dia ceritakan perkara yang sama
kepada semua peserta dan fasilitator.

oh, ya sekarang dia masih belajar di UNIKL,
jurusan robotik.
katanya semasa sesi suai kenal,
dia lebih sanggup bercinta dengan robot berbanding manusia.
apalagi, ketawalah semua!
lepas tu, dia sering dijadikan bahan usikan para fasi.
si penulis romantisme! aha.
mungkin penulisan begitu adalah kecenderungannya...
kadang-kadang kelakar juga budak ni!

pagi tadi masa bersiap,
dia sempat bercakap dengan saya.
'gaya kau ni maskulin lah Mir.'
saya terkaku seketika.
tak tahu mahu kembang punggung atau apa.
saya rasa dia berlawak-lawak pagi!
hurm, macam-macam lah si Syafie ni...

p/s : maaf, tiada gambar.

Sunday, December 19, 2010

mALam pUN mENjELaNg~

baru usai sesi suai kenal.
berada di minggu penulis remaja ini-


membuatkan semangat makin berkobar!
dikelilingi mereka yang punya minat yang sama,
oh lainnya...
masing-masing punya kehebatan sendiri!

saya sampai di DBP agak awal pagi tadi.
mujur ada Khalil-junior saya.
masih ingat lagi kan?
kami duduk bersebelahan dalam bas.
sampai di Hotel Seri Malaysia,
kami semua terus makan tengah hari.


kemudian baru diberi taklimat
tentang program selama seminggu.

mendapat kawan baru memang satu keseronokan.
oh, macam-macam ragam!
semua berkongsi cerita yang sama.
kami mengimpikan pelangi yang sama!
para fasilitator pun baik-baik semuanya.
seronok dapat kenal Kak Salina Ibrahim,
Kak Nas, Abg Wan...
orang-orang hebat!
esok, bermulalah sesi bengkel.
pagi esok akan bersama Prof Madya Dr. Lim Swee Tin.
moga dapat menyerap segenap ilmu mereka!


walaupun berbengkel,
saya sering teringat delegasi UPSI di UTHM.
kejap-kejap saya sms pengiring,
bertanyakan keputusan, keadaan semasa.
sungguh, hati ini tidak tenang.
selalu sahaja teringat mereka.
doa saya sentiasa untuk kalian!
teruskan perjuangan~

Friday, December 17, 2010

sALam juMAaT~

salam pagi Jumaat semua.
oh, pagi yang indah!
usai menghantar [bersalam & melambai-tata]
delegasi UPSI sebentar nanti,
saya pun akan pulang ke rumah.
berapa lama sudah tidak pulang? huhu


pagi esok pula,
akan memulakan tugasan baharu.
Minggu Penulis Remaja!
jam 8, Alif akan hantar ke LRT Ampang.
dari Ampang, akan berhenti di Hang Tuah.
kemudian menapak ke DBP.
moga urusan saya dimudahkan.

mudah-mudahan saya sentiasa
dianugerahkan ilham untuk menulis.
saya akan cuba mencuri masa untuk berblogging.
buat pembaca setia Menjejak Dewasa,
jaga diri dan buat habis baik
dalam apa perkara sekalipun.
doakan saya selalu!

~Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad~

Thursday, December 16, 2010

mENjEjaK mAHkoTa kEjuARaAN~

selamat malam semua.
oh, esok delegasi debat UPSI
akan bergerak ke debat diraja UTHM.
saat ini gerak kerja terakhir dibuat,
pengumpulan semua bahan
untuk digunakan untuk berdebat nanti.

~inilah keluarga besar debat UPSI~

buat seluruh tenaga kerja;
peserta mahupun pengiring
-selamat berjaya saya ucapkan.
mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan.
ingat,
ramai manusia berusaha.
ramai juga manusia yang berdoa.
usaha dan doa siapa yang diangkat
itu ialah rahsia ALLAH.

~latihan debat diraja 2010~


sebagai hamba,
kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.
jangan lupa DIA.
bila kita sering ingat ALLAH,
pasti DIA tidak akan lupakan kita...
betulkan niat,
yakin kemampuan diri dan
percaya kepada team!
insyaALLAH,
mudah perjalanannya untuk ke pentas akhir!

~terima kasih Abg Azwan!~

saya sentiasa doakan dari jauh,
moga-moga mengejar mahkota kejuaraan sulung
menjadi kenyataan.
buat habis baik dan selamat berjaya!
yang penting,
konfiden jah...!

p/s : bawa pulang piala diraja ya...! =)

HujAN AsyuRA~

hujan membasahi daerah Tanjong Malim saat ini.
mungkin hujan barakah hari Asyura-10 Muharram~

hurm, teringat budak ini!


namanya Sam- Samantha Tan Pei Ying.
oh,
saya kenal masa program ARISE.
masa tu saya kena jaga sekolah Sam-
kira macam fasilitator la.
go SEMESTI go! cewah
program tu untuk pelajar tingkatan 6.
tak berapa lama lepas tu,
saya dapat berita yang budak ni dapat masuk UPSI!
oh, konfiden-guna tiket SPM.
diploma pendidikan awal kanak-kanak!
hurm, sekarang ni sudah pun berada di UPSI...

bukan apa, bila tengah hujan ni teringat kat budak kicik ni!
last semester, dia ada chat di facebook.
dia tanya bila saya last paper lepas tu
dia kata mahu bercuti di Pangkor!
hurm, seronok! -ingat nak ajak sekali! ehe
pastu tetibe dia chat,
anyway nak cakap thanks for helping me the whole semester.
oh, touchingnya dik!
hujan2 ni teringat entri blog tentang hujan dan rindu!
titibe dia cakap begitu.
oh, si budak silent reader,
buat saya terharu pula!


apapun memang seronok dapat kenal Sam ni.
kawan2 dia semua 1Malaysia!
Melayu ada, India ada.
entah-entah dia tak tahu yang dia ni anak Cina!
haha.
tengoklah dulu masa majlis penutup ARISE,
Sam jadi MC-cuak kan muka dia? hehe



hurm,
sekarang ni bukan main aktif budak ni.
ligat!
program sana, nampak muka dia.
program sini, eh muka dia lagi! huhu
apa pun, all the best k dik!
selamat maju jaya~

salam hari Asyura...

Wednesday, December 15, 2010

AKu tAk boDoH~

nak tengok cerita ini!


dah lama tak tengok Kak Amy berlakon filem.
saya juga sangat suka lakonan Kak Dibah.
Kak Dibah Noor selalu berlakon
filem Yasmin ahmad [arwah].
banyak komentar positif mengenai filem ini.

entah bilalah dapat tengok.
siapa dapat teman ni? aha

Tuesday, December 14, 2010

jAwAb soALaN LaH...

saya dijemput untuk menjawab soalan servey daripada cik ini~


Ini dia soalan servay yang perlu dijawab~

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
a) Nokia
b) iPhone
c) Sony Ericsson
d) Samsung
e) LG
f) HTC
g) Blackberry
h) Motorola
i) CSL

JAWAPAN: a) Nokia

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
a) Acer
b) Hp
c) Dell
d) Lenovo
e) Sony
f) Apple
g) Compaq
h) Fujitsu
i) Toshiba
j) MSI

JAWAPAN: a) Acer

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
a) Nikon
b) Sony
c) Casio
d) Canon
e) Kodak
f) Samsung
g) BenQ
h) Panasonic
i) Olympus
j) Fujifilm

JAWAPAN: i) Olympus

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
a) Streamyx
b) P1
c) Maxis
d) Celcom
e) Digi
f) Yes
g) Time
h) Jaring
i) U Mobile
j) Tune Talk

JAWAPAN: h) jaring

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
a) Zara
b) Padini/PDI
c) CK
d) AX
e) Guess
f) Adidas
g) Levi's
h) Prada
i) D&G
j) Romp
k) Soda
l) LV
m) GAP

JAWAPAN: b) Padini/PDI

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
a) Starbuck
b) Old Town White Cafe
c) Mcdonald
d) KFC
e) Pizza hut
f) Chiken Rice Shop
g) Nando's
h) Dunkin Donut
i) Teppanyaki
j) Sushi King
k) Big Apple
l) Secret Recipe

JAWAPAN: d) KFC

7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
a) Tesco
b) Jaya Jusco
c) Giant
d) Carrefour
e) Pakson
f) Clod Storage
g) Mydin
h) Metrojaya
i) SOGO
j) ISetan
k) Ikea

JAWAPAN: b) Jaya Jusco

8) Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
a) HotFM
b) EraFM
c) SuriaFM
d) SinarFM
e) HitzFM
f) RedFM
g) ThrFM
h) FlyFM
i) MuzikFM
j) KlasikNasionalFM
k) XFM
l) IKIMFM
m) MIXFM

JAWAPAN: a) HotFM

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
a) TV1
b) TV2
c) TV3
d) Ntv7
e) 8TV
f) TV9
g) Astro Ria
h) Astro Prima
i) Astro Oasis
j) Astro Citra
k) Astro Warna
l) Astro Ceria
m) AFC

JAWAPAN: c) TV3

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
a) Dunhill
b) Burberrys
c) Gucci
d) Bvlgari
e) Channel
f) Calvin Klein
g) Christian Dior
h) Hugo
i) Davidoff
j) DKNY
k) D&G
l) Escada
m) Estee Lauder
n) Giorgio Armani
o) Lacoste
p) Lancome
q) Tommy Hilfiger
r) Versace
s) Ralp Lauren

JAWAPAN: h) Hugo

11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
a) Remaja
b) Media Hiburan
c) Mangga
d) Intrend
e) Wanita
f) Pesona Pengantin
g) Hai
h) Pa & Ma
i) Maskulin
j) Majalah PC
k) Impiana
l) Arena Bola Sepak
m) Nona
n) URTV
o) Majalah Saji
p) Mastika
q) Novel

JAWAPAN: q) Novel

mAcAm-MacAM nEgERi~

junior 1:
kesian abang Amir
tak balik Sabah kan...
ha? kenapa?
yala, kan abang Amir orang Sabah.
haha-gelak kuat!

junior 2:
abang orang mana sebenarnya ni?
okey, pilih dua negeri saja. tekalah!
hurm, perlis atau johor.
ha? Perlis?
hurm, kak Nad kita segenetik lah! hehe

macam-macam lah pulak.
muka saya seringkali dikaitkan dengan
negeri Sabah di bawah bayu.
hurm, hakikatnya

PiLiHaN & iMpiAN...!

sebelum bergerak ke Gua Musang
-rumah abg Baehaqi [Incik Bae],
sewaktu tunggu abg Eddy dan abg Bob,
Incik Bae sempat tanya saya.
IB: Amir memang tak boleh pergi ke royal [debat diraja] ni?
tak boleh lah bang. clash. kalau tak dah lama pergi.
IB: besar ke hadiah dia nanti?
ni bukan pertandingan la. bengkel.
nak bagi pendedahan kepada penulis muda.
kalau tak clash, memang dah pi royal dah.
IB: oh yeke. hurm...

pertanyaan malam tu membuatkan
saya serba salah.
ish, sukarnya nak buat pilihan kan!
debat diraja atau minggu penulis remaja?
hakikatnya saya dah pun buat keputusan...
saya sayang kedua-duanya!
debat dan penulisan saya sayang.
oh, memang payah jika mahu memilih,
lagi2 kedua-duanya kita sayang!
apa pun saya tekad.
tetap memilih minggu penulis remaja,
saya anggap inilah sahaja peluang yang saya ada.

malam tu terus saya sms kawan baik-
'sungguh, saya tetap cinta debat
kerana ia banyak mengajar saya tentang
CITA. CINTA IMPIAN. & HARAPAN!
saya juga yakin rezeki ada di mana-mana.
tahun depan masih ada masa lagi untuk debat
tapi kursus ini, saya tak sanggup nak lepaskan peluang.
kerana mungkin peluang ini hanya datang sekali.
saya doakan yang terbaik untuk kalian semua...!
terus berjuang...'

esoknya sms dibalas-
'percaturan ini kita yang rancang,
hasilnya, tetap yang di atas tentukan...
saya gembira atas keputusan kamu ke MPR,
kerana saya tahu itu melibatkan impian kamu.
debat, tetap masih di sini menanti kembalinya kamu.
doa kamu kekuatan kami...'

bila kita dihamparkan dengan pilihan,
memang kadangkala kita menjadi sukar.
keliru dan buntu!
apa pun kita perlu untuk memilih
tak kisah baik atau buruk,
bersih atau busuk,
terang atau gelap
kerana keputusan di tangan kita.
kerana hanya kita yang ada jawapannya!

menjadi penulis memang impian saya.
sungguh, sejak dahulu.
sekolah rendah lagi...
moga doa kalian semua menjadi kekuatan
untuk saya menempuh hari-hari mendatang.
tentang pilihan,
saya sudah pun memilih. muktamad!
mudah-mudahan impian saya
untuk menghasilkan novel akan terlaksana.
terima kasih semua...!

-saya mahu melompat tinggi. setinggi langit biru!

-saya mahu terbang segagah helang. mengejar pelangi hingga hujung dunia!

Monday, December 13, 2010

sERoNokNye diA!

salam pagi isnin!
eh, dah nak masuk tengah hari...
tahniah kak CGG!
saya tumpang gembira.
tak lama lagi dapat baby...

saya cuma kenal akak ni melalui blog.
hurm, akak ni follow saya,
saya follow balik.
seronok baca kisah2 akak sorang ni.
lagi2 pengalaman hari bahagianya!

-kak, saya curik ya! ehe

oh, memang indah kan!
bila ikatan perkahwinan itu
diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.
moga kak CGG terus kekal bahagia...
seronok betul dia! tahniah!

Sunday, December 12, 2010

jAgA DiRi MiR~

di saat-saat akhir semester ni,
syahdu syahdan lah pulak!
aha, bukan apa.
senior2 yang agak rapat dengan saya
akan berpraktikum tahun depan.

tulah, nanti saya buat edisi khas
untuk mereka-istimewa!
hurm,
ini tentang abg housemate saya selama setahun.
masa sem 1 dan 2,
kami duduk serumah.
incik ini juga senior sejarah.


nak berkenalan?
hurm, boleh ja tapi kalau berkenan
tak boleh la...
incik ni dah bertunang taw!
hurm,
masa last day ari tu
abg ni belanja saya makan.
pastu bila nak balik tu,
salam peluk bagai-tertouching pulak!
'amir, jaga diri taw!'
okey.
amir, rasa sedih pulak-dia cakap.
uhu. jangan nangis taw-suara saya.
titibe pulak saya rasa air mata saya
yang bergenang!
aha. belagak kuat pulak saya ni.

hurm,
memang baik la abg serumah saya ni.
kalau ada masalah,
mengadu je la kat dia-ala2 bapak2 kan!
dulu,
kalau ada masalah rumah je
saya la tukang membebel kat umah tu.
cuci tandas. bersihkan singki. sapu rumah! hehe
kira dia mengadu la,
amir, rumah kotor.
amir, singki tersumbat. ish, budak2 ni xcuci pinggan!
saya tukang membebel.
masa dulu,
memang saya berani la membebel,
mengamuk sakan.
sekarang?
hurm, xboleh masuk la dgn housmate
sem lepas ni. uhu

malam tu,
dia sms lagi.
amir, abg dah naik bas.
sedih la...
uhu!
oh, incik ni nak balik Ganu.
saya reply,
persahabatan memang indah bila disulami
dengan kejujuran dan keikhlasan.
moga ukhuwah ini kerana ALLAH dan kekal selamanya!
terima kasih. mengenalimu satu anugerah~
amir, jaga diri!
oh, berkali-kali dia ingatkan.
sampai saya rasa amat terharu!
perpisahan memang perit-
walaupun sementara!
oh, saya akan cuba jaga diri...

moga terus kekal bahagia!
Abg Mizie dan Kak Ain~

tAk tAHu~

banyak cerita.
tak tahu mahu mulakan dari mana...

semalam ke Muar.
walimah urus kak Shaiha.
oh, godek punya godek jumpa pun gambar lama...


saya mula kenal cik puan ni?
mula2 saya masuk UPSI ni ha!
masa minggu pertama kuliah,
PERMAS [persatuan mahasiswa sejarah]
buat program besar.
program simfoni warisan...
kakak ni pulak sibuk cari orang
untuk uruskan pendaftaran program sekolah bitara.
oh, dengan konfidennya saya offer diri.
itulah mula2 saya kenal beliau.
orang kuat PERMAS ni!

sekarang?
sekarang beliau ni orang kuat UPSI-wanita besi!
timbalan YDP MPP UPSI.
kelas ko Seha! ehe
lepas program tu,
saya senyum-tegur2 gitu ja
bila jumpa beliau ni.
kami mula rapat bila program ARISE.
wo, mmg best program ni.
pastu program 100 tahun SK Temoh,
kami jumpa lagi.
minggu suai kenal pelajar baru-
pengarah program lagi wanita besi ni!
pastu geng 1001 malam lagi merapatkan kami... haha

oh, banyaknya kenangan!
hurm, cerita lain kali eh?
ha? tak sabar?
okey2, next entri k... ehe.

-memang cantik kakak sorang ni!

apa pun buat cik puan Shaiha Sulaiman,
selamat pengantin baru!
semoga terus kekal bahagia
hingga akhir hayat kalian berdua.
perkahwinan itu perjudian.
namun dalam perkahwinan itulah
tersembunyi sakinah, mahabbah, mawaddah warrahmah!
kita mengenali erti kasih sayang,
tanggungjawab dan hormat menghormati.
hadapilah kehidupan rumah tangga dengan
kesabaran, ketabahan dan kesyukuran!
selamat pengantin baru!


oh, tak tahu nak cerita konon! haha

Tuesday, December 07, 2010

pENjEjAk sEtiA~

oh, lamanya teratak dibiarkan tiada penghuni!
bukan apa,
selepas tamat exam tempoh hari
banyak perkara lain yang perlu dibereskan.
alhamdulillah
semester telah berakhir.
selamat tinggal kenangan~

bila semester berakhir,
ramailah yang sibuk berkemas-kosongkan bilik.
oh, saya baru nak mulakan sesi kemas mengemas!
kolej dah makin sunyi,
ramai yang dah tinggalkan bumi pendidik ini.

entri ini cuma mahu titipkan jutaan terima kasih.
buat penjejak setia teratak menjejak dewasa.
oh, terharu!
walaupun tidak dihidangkan dengan entri2 baru,
masih tetap setia singgah meninggalkan jejak.
terima kasih semua!



okey,
nantikan hidangan-hidangan menarik lepas ni.
mahu mulakan sesi mengemas!
uh, banyaknya barang!



Saturday, December 04, 2010

SuDaH 99??

banyak betul perkara yang berlaku hari ini...
tadi saya ada telefon urus setia MPR.
saya betul-batul mahu mengikutinya,
mengutip segenap ilmu apa adanya.
moga2 ada tempat untuk saya.
doakan ya!

petang pula,
ke tasik Proton City.
menghayati keindahan langit petang.
ah, dah lama tidak ke sana.
tiba-tiba Wan beritahu
laptop dia hilang.
saya menjerit, tak percaya!
biar betul?
patutlah moody semacam dia petang tadi.
lama dia senyap
tak beritahu kami pun.
mungkin hilang masa kami pergi solat Jumaat.
ish,
makin menjadi-jadi pulak!
kawan rapat saya sendiri pun
menjadi mangsa sekarang ni.

lepas tu terus kami ke balai polis.
buat laporan-padahal baru semalam
saya beritahu pasal kes kecurian laptop ni. ish!
esok pula,
kena menghadap 2 paper.
pembelajaran & perkembangan pelajar
dan wacana akademik BM.
moga-moga dimudhkan urusan
dan dapat jawab dengan baik...
oh, persediaan ala kadar lagi! ish3

hurm, follower saya dah 99?
macam tak percaya jugak.
itulah kenyataan kan...
apa pun terima kasih semua!
moga ukhuwah kita kekal berpanjangan.
ukhuwah fillah abadan abada!
ceh, speaking arab pulak... haha
okey, maw sambung study ya!

Thursday, December 02, 2010

hATi gEMbiRA~

hati sedang berbunga riang.
indah!
mengenali kalian satu anugerah!
terima kasih sahabat
kerana sentiasa menemaniku
dalam perjuangan ini!

~Friend 4 ever!

terima kasih Apiz, Moris & Wan~

~semua perasan nak jadi model! so, next? haha


~masa bufday Apiz! terkezut dia kami wat kejutan kat Jusco Klang...


banyak perkara yang membuatkan
hati gembira hari ini.
terima kasih En. Ben Ashaari!
rupanya saya pernah ternampak En. Ben ni
cuma segan nak tegur,
takut salah orang!
kat mana?
PWTC.
masa APERA tempoh hari...
salam kenal~

kak Hani Salwah-
jutaan terima kasih
dari hati yang paling dalam!
ah, mahu saja saya korek
semua ilmu penulisannya!
salam kenal juga~


terima kasih semua...
moga rasa gembira pinjaman Dia
terus mekar dalam hati-berterusan.
sayang kamu, kalian, meraka-semua...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails