tengah lagha-lagha dgn facebook,
dia mula chat.
-khalil zaini-
'salam. macam mana,
dapat p MPR?'
saya jawab tak dapat-
tak ada rezeki.
hurm...
tahniah Khalil!
akhirnya kamu berjaya menempatkan diri.
MPR?
ya, sudah lama saya teringin
menjadi sebahagian daripada itu.
sejak dulu lagi-
ketika mula berjinak-jinak dalam dunia ini.
MPR-minggu penulis remaja.
satu platform untuk mencungkil bakat
penulis2 muda.
terkilan?
sudah tentu!
tipu kalau saya cakap tidak.
sebab dah lama saya impikan
untuk berada dalam kelompok itu.
tahniah Khalil!
kamu memang bertuah.
ala,
relax la Amir. ada masa lagi...
oh, tidak.
MPR terbuka untuk penulis
yang berumur 17-21 tahun.
mereka yang pernah karyanya tersiar
dapatlah menyertai MPR ini.
saya?
untuk syarat karya itu,
alhamdulillah dah lepas lah.
tapi kalau umur,
tahun ini sajalah tahun terakhir
untuk saya berharap!
lepas ni,
umur saya dah terlebih sudah! aha.
anggap sahajalah rezeki saya bukan di situ.
saya terlambat hantar borang-
tarikh sudah tutup! uhu
oh, ya.
Khalil ni junior saya.
kami sama2 menuntut dulu
di maahad addinil islam, batu 10.
sekarang dia di Institut Bahasa.
kami sama-sama bakal guru.
dulu kami tidaklah begitu rapat.
cuma kenal macam2 tu saja.
tapi dunia penulisanlah
yang menyatukan kami kembali.
selepas Khalil menang
skrip drama radio,
dia terus aktif menulis puisi.
katanya dengan saya baru-baru ini,
sekarang novelnya sudah mahu masuk bab 3.
alhamdulillah.
teruskan!
sempat juga dia beri semangat.
katanya,
ada seorang kawan dia di luar negara
mampu berdiri teguh menjadi penulis
tanpa MPR.
kau pun boleh!
pesannya lagi,
sudah-sudah lah tu merajuk.
kita sama2 perjuangkan dunia sastera.
oh, tingginya cecita!
merajuk?
bukan apa.
zaman dulu2 saya simpan karya dalam disket saja.
bila dah ada pendrive, save dalam pendrive pula.
tapi,
bila pendrive dah kene makan virus?
mahu tak separuh nanar!
lama juga saya tak menulis.
bayangkanlah,
bila 18 koleksi puisi dan 5 buah cerpen hilang!
macam tu saja hilangnya!
pembikinan novel pertama
sudah masuk muka surat ke 30-juga hilang!
sadis!
tapi bukan saya merajuk
cuma dah lama tak menulis... [ayat cover]
bila dah lama tak menulis,
idea seakan kontang.
jiwa kacau, tangan tak tenteram!
ish, susah...
sekarang saya cuba juga-perlahan-lahan
cuba mencari rentak semula.
macam dulu-dulu...
buat teman2 semua,
doakan saya mampu menjadi penulis yang baik.
saya akan cuba-yang terbaik!
Khalil Zaini,
tahniah! teruskan perjuanganmu~
semoga terus menulis.
kutiplah setiap inci ilmu dalam MPR nanti.
koreklah segenap pengalaman
dan nasihat daripada mentor-walaupun sedikit!
kamu mampu menjadi penulis yang baik dan hebat.
satu hari nanti,
orang akan kenal Khalil zaini
macam orang kenal Faisal Tehrani!
aku yakin tentang itu...
sama-sama kita terus berjuang!
oh, singgahlah teratak Khalil Zaini...
tahniah dan selamat berjaya-
Aminul Khalil Zaini!
semoga akan tercapai cita2mu
ReplyDeleteterima kasih cikgu Imanshah...!
ReplyDeleteu love writing and create something interesting?? good for u then! well, first time visiting here! maybe we can share something knowledgeable after this!
ReplyDeletethankz Fifiey!
ReplyDeletesalam perkenalan...
salam...
ReplyDeletetak apa cuba lain kali...mpr tu
salam incik SR,
ReplyDeletetak blh da... umur saya dah terlebih.
cuma thn ini saja peluang terakhir utk menembusinya! uhu. xada rezeki... btw, thankz atas sokongan~
yey!masih ada masa lagi...
ReplyDeleteselamat mencube...