Saturday, October 30, 2010

ApA kEs?

keluar dari tandas
selepas ambil wudhu,
nampak mcm ada orang
di muka pintu rumah
tapi
mata kabur.
'hai abg amir...'
eh, sape plak ni...
terus pakai cermin mata.

ooohhhh,
budak ini....

Hisham


dan


DIn
...........................................

aku terharu.
rase nak nangis guling2...
diorang bawakan aku
roti gardenia yg rm4.00 tuh.
air 100plus,
asam lagi...
dan yg paling tak blh bla,
cool fever..!!
fine,
mmg terharu gile...

minggu ni aku memang xbrape sihat...
dan selsema aku masih
belum sembuh lagi ni...
apapun,
terima kasih sgt2!!
aku hargai n terharu weh...

debat perpaduan kat perlis
baru2 nih yg menyebabkan
aku jadi makin rapat dengan mereka...
thankz~


Wednesday, October 27, 2010

oH hAti dAn rAsA III~

hati aku benar2 dah rabak!
aku rasa nak mencarut je skrg...
tapi aku xmaw emosi.

aku kecewa.
benar-benar kecewa...

Tuesday, October 26, 2010

oH hAti dAn rAsA II~


hari ini hari Selasa.
sudah masuk minggu ke-14,
minggu terakhir kuliah
untuk semester ini.

saat ini aku benar2
tidak tahu kondisi perasaan aku.
tak tahu penilaian tentang rasa
yang menginap di sudut hati.
entah,
kosong.
bercambur baur mungkin.
tidak tetap dan tidak berfokus.

bila2 masa saja mahu marah.
kadang2 sedih dan boleh bergelak ketawa.
tapi, yang pasti bukan bipolar disoder!
org selalu tgk aku ketawa,
happy2 buat lawak, gembirakan org...
hakikatnya,
org tak pernah tahu
rasa yang bertamu di ruang hati.

setiap kali bangun pagi,
setelah baca doa bangun tdur,
aku akan senyum selebar mungkin.
supaya seharian hari yang aku lalui
akn gembira utk dilalui.

susah utk aku zahirkan
apa yang tengah aku rasa saat ini.
duhai hati dan rasa,
janganlah begini....
kembalilah ketenangan.
ke marilah kekuatan.
ke sinilah duhai jiwa yang kental...!!

p/s: mahu tukar kata ganti diri 'saya' kpd 'aku'~

Thursday, October 14, 2010

mAsiH mEnjEjAk dEwASa~

maaf buat pembaca semua,
lama rasanya tidak menjenguk
laman kedewasaan ini...
tempat saya meluah rasa,
tempat saya berkongsi ceritera indah
cahaya gembira dan juga lelah derita.



alhamdulillah,
21 tahun telah berlalu.
pelbagai macam perkara saya belajar,
macam2 orng sy kenal,
penuh rencam dn sngat bervariasi.
subhanallah!
dan macam2 perkara itulah
yang mematangkan dn mendewasakan saya.
dan saat ini juga,
saya masih lagi menjejak dewasa...

terima kasih buat yang sering ingat diri ini,
yang selalu mengingatkan insan kerdil ini,
kamu, kalian dan mereka yang sentiasa
bersama dalam perjuanganku,
yang selalu ada di sisiku,
saat susah dn senang
tatkala jatuh dan cuba untuk bangun.
kamu, kalian dan mereka
sentiasa ada.
terima kasih tidak terhingga...!!



tari Batrisya...
ada dan terus kekal
di ruang hati,
kerana kita jatuh bangun bersama...
biar penuh cacian dan makian
biar banyak dugaan dan cabaran,
biarlah apa kata orang.
yakinlah dengan kemampuan kita
apa adanya,
kita berjalan selaju mungkin,
dan berlari sepantas tenaga!!
biarkan dn tinggalkan mereka,
yang sering membenci dan mencaci.
Tuhan akan sentiasa bersama,
percayalah!!



buat family KDBM juga begitu.
benar saya terharu,
sungguh saya gembira.
saat kita berkumpul bersama,
bercanda dan bergelak tawa,
ah, kalian pasti akan tinggalkan jua
bumi kandung ini,
yang pasti menyimpan 1001 cerita sendiri.
terima kasih tidak terhingga!!

terima kasih buat akhir kalianya
buat semua.
kamu, kalian dan mereka...!!
ukhuwah fillah abadan abada~


Friday, October 01, 2010

LEpaKiNg~


lepas bertapa di Library Tuanku Bainun,
saya pun pulang ke kolej.
tibe2 rase nk minum,
lepak2-macam tugasan da setel!!
haha~
msg Apiz,
dye ckp mmg diorang nk g mkn.
so,
lepas mandi n solat,
kami pun ke kedai makan Pelangi.
saya cuma minum Neslo...
kami duk cerita pasal plan esok,
auntie Idris nak buat open house.
esok raya!!
hehe

lepas tuh,
sambung borak2 di rumah Idris.
dah lama xkumpul macam ni,
lepaking!!
borang2, cita mslh, cite ttg hidup...
hurm,
pantasnya masa berlalu.
setahun lebih dah kita kenal,
kita bersama...
jatuh bangun bersama.
yang manis, yang pahit
semua kita harungi...
moga ukhuwah hingga ke akhirNya~

*Afzan. Amir. Idris. Wan. Apiz. Jizul*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails