Monday, January 31, 2011

DikELiLinGi kEtENaNgaN~

salam hari Isnin semua.
ya, di penghujung Januari!
sekarang saya berada di rumah nenda.

sekarang cuti seminggu.
kalau ikutkan hati memang saya tak mahu balik,
ada kerja-kerja yang perlu dibereskan.
tetapi permintaan bonda
saya turutkan.
mungkin balik dalam 3 atau 4 hari.
jam 2 tadi saya sampai Hulu Langat,
singgah rumah nenek dahulu.

berada di rumah,
benar-benar dikelilingi ketenangan.
menatap wajah bonda,
menghilangkan segenap keresahan.
menatap wajah orang tuakan akan
dianugerahkan pahala
selain membaca Al-Quran.
itulah janji kebenaran Tuhan!

biarpun tidak mampu melepaskan lelah
di tepian pantai,
menemani mentari berganti malam,
digirangkan dengan camar yang menari
di langit senja,
saya bahagia saat dikelilingi
mereka yang sentiasa menyokong dan menyayangi.
berada di kampung,
benar-benar membuatkan hati membunga ketenangan.

-jeti Kuala Perlis, saya bercuti ke Langkawi tahun lalu...

moga-moga saya, anda dan kalian semua
akan terus dilimpahi ketenangan.
selepas ini,
kuliah berterusan selama 10 minggu.
pasti memerlukan kekuatan luar biasa;
fizikal, emosi dan rohani!
moga kita semua mampu menempuhnya...
senyum,
tak perlu kata apa-apa!

-pantai Penang, mahu pergi lagi rasanya!

Saturday, January 29, 2011

cuTi pENdEk~

salam hari sabtu.
saya rasa kebanyakan universiti
sudah mula cuti seminggu.
cuti mid sem sekali dengan
cuti tahun baru cina.
selamat bercuti!

hurm,
dengar cerita semalam duit PTPTN
sudah dimasukkan ke dalam akaun pelajar UPSI.
wah, orang kaya baru!
hari ni ramai yang beritahu saya
akan ke KL.
yelah duit tengah banyak kan...
saya bukan peminjam PTPTN,
jadi tengok sahajalah
kegembiraan teman-teman.


apapun,
jimat2 dan kawan perbelanjaan.
jangan boros.
selamat bercuti semua!

Thursday, January 27, 2011

kEkuAtAN hADiR~

salam hari Khamis semua.
moga anda sihat-sihat sahaja.
minggu depan sudah cuti seminggu.
ramai juga yang dah balik,
makin sunyi kolej ni.

sebelum tu saya nak minta maaf
sebab lama juga tidak singgah
mencoret apa-apa di sini.
serius,
minggu ini terlalu banyak perkara
yang tak terduga berlaku.
sampai kadang-kadang saya mahu putus asa.
astaghfirullah!
Allah benci orang yang putus asa ni!

sejujurnya juga
saya bukan lah orang yang kuat
untuk menghadapi sebarang ujian.
sampai ada teman yang katakan saya ni pengecut!
mungkin, benar.
tapi apa yang saya mahu kongsi hari ini ialah
saya sangat bersyukur
dikelilingi insan-insan yang sering
menyalurkan kekuatan
saat saya jatuh dan tak tahu arah tuju.

hari ini bolehlah dikatakan saya agak tenang.
isnin sampai semalam,
ish tak keruan rasanya!
bayangkan hari Isnin lepas,
ada perkara yang perlu untuk saya putuskan
untuk kebaikan semua ahli kelab.
rasanya tak perlulah saya cerita di sini.
kemudian hari-hari
saya bekejar untuk perjumpaan,
mesyuarat, perbincangan dan tugasan.
bukan saya mahu beritahu saya sibuk
atau orang penting.
bukan!
ini semua amanah.
ada apa pada jawatan?
ada apa pada nama?
ish, dunia saja semua tu!
tapi mereka yang memilih saya
untuk mengetuai kepimpinan kelab.
apapun,
saya akan cuba juga buat yang terbaik
kerana saya hormat dengan kepercayaan mereka.
yang tidak suka, tidak apa.
saya tiada apa-apa masalah pun.
terima kasih!

saat Tuhan hadirkan ujian untuk saya,
saya bersyukur kerana saya sentiasa dianugerahkan
teman-teman yang menjadi kekuatan saya.
jujur,
saya memang tak mampu buat seorang diri!
tapi orang-orang kuat di belakang saya
sentiasa ada yang menjadi sandaran
dan tulang belakang untuk saya dan mereka semua
mengemudi kelab dengan baik.
dalam kelab debat, saya ada
Syam, Nora, Mus, Kak Aini, Abg Fawiz dan Din.
juga ahli2 kelab yang lain.
terima kasih!
dalam briged pula,
saya ada Khalil, Sam, Abg Yoyoi,
Moris, Siti Mas, Dancy, Sarra, Bancha dan Kuntum!
terima kasih orang-orang kuat!

-uish budak kecil yang kuat!

anda bayangkan,
semalam saya perlu uruskan tentang kelab debat.
sebelum tu saya ada temu janji dengan pensyarah,
bekejar pula berjumpa dengan penasihat kelab
dan menguruskan beberapa hal lagi.
sedangkan malamnya saya sudah berjanji
untuk buat perjumpaan dengan ahli briged.
saya terlupa tempat perjumpaan tak setel lagi!
mujur Khalil sms saya bertanya tentang itu,
dan saya mohon dia bantu setelkan.
kalau tidak?
kak Aini, maaf tak dapat bersama
untuk pembentangan kertas kerja!
dalam masa yang sama juga,
saya perlu siapkan berita untuk majalah.
artikel? oh, perlahan-lahan...

saya sangat bersyukur
kerana saat ujian hadir untuk menguji,
kekuatan turut hadir dengan adanya orang-orang kuat ini.
kadang-kadang masalah mematangkan kita.
betul tak tipu.
Amir boleh! Amir boleh!
ya,
sms semangat itu juga membuatkan diri saya
masih kuat.
terima kasih semua!
kerana kekutan hadir saat ujian datang bertandang
untuk menguji sejauh mana saya bersyukur
dengan nikmatNya...

Monday, January 24, 2011

tAhAn kE?

salam hari Isnin.
hari ini patutnya ada kelas jam 8,
sudah lengkap bersiap untuk ke kuliah
abg Fawiz hantar SMS,
kelas batal.
maknanya kelas hari ini bermula jam 11 nanti.

okey,
hari ni saya nak cerita tentang cadar katil dan tuala.
nak tanya anda,
berapa kali anda basuh cadar katil dan tuala?
kalau saya,
cadar katil paling lama pun sebulan saya pakai.
lepas tu mesti akan dibasuh dan
digantikan dengan cadar yang baru.
kalau tak pun 2 minggu sekali mesti ganti dengan cadar baru.
anda?

-terima kasih en. Google!

kalau tuala pula,
seminggu sekali mesti saya akan basuh dan
ganti dengan tuala baru.
di kolej sekarang,
saya ada 3 helai cadar katil dan
3 helai tuala.
maknanya mudahlah untuk diganti-ganti kan?
anda macam mana pulak?


bukan apa,
anda tahan ke bila pakai
cadar atau tuala yang sama
sampai berbulan-bulan?
kalau 1 semester tu ada 6 bulan,
6 bulan lah tuala tak dibasuh.
6 bulan lah juga cadar tak diganti.
hish,
macam mana ada manusia yang boleh tahan dengan
keadaan macam tu.
kalau saya,
jujur saya tak tahan.
anda tahan ke?

Saturday, January 22, 2011

SiMpLE~

salam hujung minggu.
harap anda semua sihat,
supaya mudah untuk beribadah
dan melakukan apa jua pekerjaan.

hari ini saya dan beberapa orang
daripada ahli keluarga debat
ke hari terbuka Kolej Za'ba.
usai tamat latihan dalam jam 2,
kami terus ke sana.
saya, abg Fawiz, Hisham, Zalie, Din
dan Mus~satu-satunya wanita yang turut serta.

turun daripada kereta,
saya kata mahu buka jaket yang dipakai.
takkanlah mahu pakai jaket tengah-tengah panas kan?
terkeluar daripada mulut saya,
nak buka jaketlah. macam over saja.
lepas itu,
Mus kata begini
eh, bukan abg Amir memang over ke?
tengok tu bawa beg.
kita pun tak bawa beg. tengok, simple saja.

lepas tu saya terus terfikir.
bawa beg memang over.
lepas tu, tak bawa beg simple.
okey, lupakan walaupun persoalan terdesak! haha
hurm,
saya bukanlah orang yang terlalu simple.
bagi saya, beg itu perlu.
entahlah, sejak dulu saya memang
sering keluar dengan beg.
contonhnya pergi shoping ke, tengok wayang ke.
lantaklah orang nak cakap macam perempuan ke,
over ke. saya tak pernah kisah.

di rumah,
saya agak banyak koleksi beg.
dulu saya selalu beli beg di Maple, Mines.
saya ada beg Cleef, LV, Maple dan beberapa jenis lagilah.
cuma sekarang ini
saya pakai beg jenis Gucci
pemberian seseorang yang istimewa.
terima kasih!
saya bukanlah orang yang gila jenama,
cuma apabila saya suka dengan sesuatu rekaan,
saya akan beli.
tak kisah walaupun harganya beratus-ratus.
kualiti itu penting~

-bersama Kak Salina Ibrahim ketika MPR 2010.
motifnya mahu tunjukkan
beg yang dihadiahkan seseorang yang istimewa
yang saya masih pakai saat ini.
inilah beg gucci itu!

tentang isi dalam beg pula,
saya akan letak satu buku nota-saya akan tulis tentang
pelbagai perkara termasuk nota kuliah (rojak!).
buka nota kecil-jika ada idea tentang sesuatu cerita
atau terilham diksi atau ayat yang indah.
tapi sekarang guna telefon bombit sahaja!
juga mesti ada satu buku untuk dibaca,
tak kisah antologi cerpen, puisi, novel, buku ilmiah atau majalah.
supaya jika bosan boleh juga dimanfaatkan.
tisu, sapu tangan, kopiah, snow cap,
stoking, putik kapas dan alat tulis.
memang pelik kan?
pernah juga dulu saya sumbat berus gigi,
pencuci muka dan ubat.
itulah yang saya bawa ke hulu ke hilir.

-cantik? ini pula beg yang saya idamkan sekarang! oh!

itulah saya.
mempunyai beg yang dapat dimanfaatkan
adalah sesuatu yang indah! haha
pergi ke mana-mana
saya akan bawa beg Gucci itu,
yang tersimpan pelbagai rahsia di dalamnya. hehe
adik Mus,
ya, saya bukanlah orang yang simple.
seperti anda! haha

KupiLiH jALaN iNi~

salam semua.
terima kasih kepada anda
yang sudi menjejak ke sini.
ha?
sudah penghujung minggu ketiga kuliah?
lamanya tak menulis di sini!
eh, cepatnya masa! aha
itu yang nak beritahu sebenarnya...

hurm,
dalam kesibukan saya menguruskan masa
yang 24 jam ini-
pergi kuliah, balik kuliah.
perjumpaan sana,
mesyuarat sini.
tak masuk lagi makan dan tidur-
agenda hakiki seorang manusia normal!
saya cuba untuk tidak tinggalkan menulis.
ada masa lapang sahaja,
saya akan cuba juga untuk menulis
waima satu ayat ataupun satu diksi
untuk melengkapkan sebuah puisi.
menulis memang bukan kerja mudah bukan?

cuba tanya mereka yang ambil
keterampilan penulis semester ini?
hehe.
entahlah,
sekarang ni saya lebih gemar menulis puisi
berbanding cerpen.
sedangkan saya ada saja idea nak hasilkan cerpen,
tak tahu kenapa.
mungkin saya belum cukup kenal dengan watak-watak saya
ataupun plot cerita yang masih belum kuat.
ke saya yang tak mulakan? aduh!


-kadangkala menulis ini satu terapi...


waima sesibuk manapun saya,
saya tetap akan menulis
kerana inilah jalan yang saya pilih.
biarpun saya perlu menguruskan
kelab debat BM dan
briged badan perancangan korporat dan
hubungan antarabangsa (BPKHA),
saya takkan sia-siakan masa wenang
yang ada untuk menulis kerana
itu minat saya.
perkara yang saya suka dan cinta
dan inilah jalan yang saya pilih.

samalah seperti anda.
jika anda atlet,
tentulah anda akan berlatih hari-hari.
jaga pemakanan dan buat habis baik.
kerana itulah jalan yang anda pilih.
atau jika anda penari.
saya yakin anda akan buat yang terbaik
kerana itu jalan yang anda pilih;
untuk menjadi penari...
apapun,
tak kiralah apapun yang anda lakukan,
buat habis baik.
betulkan niat, yakin dan percayalah
kejayaan pasti hadir juga biarpun
bukan hari ini...

Thursday, January 13, 2011

gEMuRuH JiwA~

salam semua.
cepat bukan masa berlalu?
tup tup hampir ke hujung minggu sudah,
penghujung minggu kedua kuliah.

tadi ada pelajar kemasukan Disember
chat dengan saya di FB.
katanya,
abg, masa abg berucap jadi MC,
abg tak gugup ke? tak gementar?
perh, soalan!
apa pun terima kasih untuk soalan itu.

apabila saya jadi MC,
tipulah kalau saya cakap saya tak gugup kan!
lagi-lagi bila majlis besar,
contohnya majlis ikrar pelajar dan
majlis bersama menteri.
sedangkan majlis yang VIPnya tidak berapa besar pun
saya tetap gementar
inikan pula majlis yang melibatkan orang-orang besar.
kadang-kadang present dalam kelas pun,
tangan saya menggeletar! ehe

jadi macam mana saya mengatasi rasa gementar itu?
oh, saya akan istighfar banyak2.
fikir tentang teks, audiens dan majlis sahaja.
saya berusaha untuk tidak akan fikir
tentang perkara yang lain.
saya juga akan minum air banyak2.
sebab tu bila saya jadi MC,
saya akan minum air berbotol-botol!
terima kasih kak Fiza!
sering menyediakan air botol untuk saya
semasa majlis ikrar pelajar dan bersama menteri
kemasukan Disember baru2 ini. hehe

-kak Fiza [timb pengurus program terbaik!]. selalu bagi semangat!
jurufoto itu kak Jaja, SMS protokol juga.


rasa gemuruh memang tak dapat dinafikan
waima kamu sudah biasa macam mana sekalipun.
cuma bagaimana cara kamu mengatasi rasa gemuruh itu
supaya audiens terpukau dengan pesonamu.
semua orang boleh menjadi MC yang baik.
practise makes perfect!

-pasangan MC terbaik saya setakat ini. Noraini Munawar~

ada juga pelajar baru yang bertanya kepada saya.
abang masuk kelas ke
belajar jadi MC?
oh, sampai begitu sekali!
saya kata, tidaklah.
ini tok guru saya.

-saat pertama kali mengenali siapa itu Puan Marini Masdar!

terima kasih puan!
dari majlis ke majlis yang saya acarakan,
saya belajar tentang pelbagai perkara.
abg Bae, kak Fateha, dan kak Priya lah
orang yang mula-mula mengesan bakat saya.
terima kasih!

harapan saya sekarang,
saya mahu melihat ramai lagi pelapis
yang akan meneruskan legasi pengacaraan majlis
dan etika serta etikat protokol UPSI.
saya mengalu-alukan kehadiran anda semua!

rasa gemuruh tetap akan ada.
kita manusia, itu normal.
gemuruh jiwa, semangat membara!
selamat maju jaya~

Tuesday, January 11, 2011

DuHai BaNGsAku~

salam 11 Januari 2011.
bukan menyepikan diri cuma
belakangan ini ada kerja yang harus diselesaikan.
moga-moga terus dipermudahkan urusan,
harap anda juga begitu.

sebagai pencinta sastera tanah air,
saya benar-benar sedih.
kecewa dan terkilan dengan
segelintar manusia yang tidak tahu menghargai sastera.
apabila novel Interlok diperkotak-katikkan,
mereka yang sepatutnya bertanggungjawab
terus berdiam diri.

sampai bila kita harus begini?
cubalah buka minda dan ruang fikir luas-luas!
Interlok digarap berpuluh-puluh tahun lalu.
tetapi apabila novel ini dijadikan teks komsas tingkatan 5,
ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati.
sedangkan apa yang dinukilkan Datuk Abdullah Hussain
ialah sebuah hakikat!
mengapa kita sering memperbesar isu-isu kecil?
frasa 'pariya' menjadi pertikaian yang tiada noktah.

duhai bangsaku,
lenyapkanlah lenamu.
apalah ertinya saat
derai berguguran!

Saturday, January 08, 2011

TuA sANgAt kE~

situasi 1;
Abg Amir,
praktikum kat mana?

situasi 2;
abg sem 8 pun masih kat kolej lagi?
belum mula praktikum ya?

itu baru 2 situasi.
ada beberapa situasi lagi
yang membuatkan kekadang saya terkesima.

ramai pelajar baru khususnya,
ingat saya sudah berada di semester akhir pengajian.
takpun menganggap umur saya
sudah lebih daripada umur sebenar.
ada juga mereka yang tak mengenali saya
memanggil saya 'abang'
padahal kami sebaya!
tak pun dia lebih tua daripada saya hakikatnya!

contohnya semasa MSK [minggu suai kenal] lalu,
ada yang ingat saya sudah sem 7.
ada juga 'kakak' yang panggil saya 'abang'.
dimaafkanlah,
mungkin dia tidak tahu umur saya berapa.
tapi, mesti musykil kan?

bukan apa,
cuma kekadang saya terfikir,
tua sangatkah saya ni?
anda rasa?

-mujur saya bukan yang paling tua dalam kalangan ini [peserta sahaja ya!]

Friday, January 07, 2011

mENgaNyAm mEmoRi~

pagi tadi, Mun telefon saya.
Tai Mun Kit.
satu-satunya peserta MPR 2010 bukan Melayu.
Amir, petang ni pergi DBP?
maaflah Mun, petang ni ada kelas.
memang tak dapat pergi.

oh, ya.
hari ini ada wacana pemikiran Zaen Kasturi.
beliau penerima anugerah SEA Write Award 2010.
jam 3 petang pula,
mereka akan buat lawatan
ke bahagian majalah DBP.
mujurlah saya sudah singgah ketika hari terakhir MPR lalu.
dapat juga jumpa dengan Abg Lan, editor Tunas Cipta,
Kak Zaiton Abu Samah, editor kanan Dewan Siswa
dan editor2 yang lain.

-bersama Abg Zaen Kasturi dan Abg Din [fasilitator puisi]

hajatnya memang mahu pergi.
tapi kelas petang ini perlu untuk dihadiri.
lebih-lebih lagi minggu pertama kuliah kan...
mahu benar berjumpa dengan komrad MPR 2010.
uh, Rincih Sora karya Arif bazli
yang membuai kalbu!
moga2 lepas ni ada rezeki untuk berkumpul lagi.
terus berkarya kalian semua!


-mandi sakan dengan Pok Leh. uh, rindunya!

-hari terakhir kita bersama.
lembayung senja kirmizi, kita menganyam memori!

MiMPi yAng sEmpuRNa~

salam Jumaat semua.
hajat di hati saya mahu meninggalkan
Menjejak Dewasa.
tapi, mungkin tak mampu.
entah, saya tak boleh berjauh.
Menjejak Dewasa benar-benar
mengajar saya tentang kehidupan.
di sini saya mencoret segala rasa...

sedang enak menulis,
lagu ini berkumandang.
benar-benar membuatkan air mata
bertakung di kelopaknya.
ah, sukar mahu menterjemah
hati dan rasa.
payah dan perit!

MIMPI YANG SEMPURNA~

mungkinkah bila kubertanya
pada bintang-bintang
dan bila kumulai merasa
bahasa kesunyian
sadarkan aku yang berjalan
dalam kehampaan
dan bila terpana terbata
semua dalam keraguan
aku dan semua yang terluka
karena kita

aku kan menghilang
dalam pekat malam
lepas kumelayang
biarlah kubertanya
pada bintang-bintang
tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna

aku dan semua yang terluka
karena kita
aku kan menghilang
dalam pekat malam
lepas kumelayang
biarlah kubertanya
pada bintang-bintang
tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna....

~langit Port Dickson, mengerti rona dalam jiwaku~

Thursday, January 06, 2011

LeLAki BiAsA~

aku lelaki biasa
yang punya hati dan rasa.

kadangkala tidak mengerti,
ingin difahami dan disayangi.

pelik,
tapi itulah hakikat.
makrifat tentang perasaan.

anak kecil,
kudus!
erti cinta bagi mereka suci
putih penuh seri.
tak pernah berdusta
tak pandai bermuka-muka.

aku lelaki biasa
sama seperti yang lain,
punya nurani dan jiwa.
mendamba pengertian
biar tersimpul jutaan persoalan!

Wednesday, January 05, 2011

KoSoNG~


entah.
sukar mahu mengungkap perasaan ini.
benar-benar rasa kosong.
tidak tahu.


Monday, January 03, 2011

mENcARi KonkLuSi~

belum tersimpul mati
ikatan itu kubuka sendiri
terus bertempiaran
jutaan huraian
kutakkan mengerti

teka silang kata
membuah parah,
menambah persoalannya
aku tak pasti
yang kita hadapi,
yang kita semua cari

coba tenang seketika
coba pejam mata
biar resah hilang saja,
dan coba diam yang bicara
sediam bersama
ditemani jasad kita
kan kucari konklusi

Saturday, January 01, 2011

pERjaLaNaN mAsih jAuH~

salam hari sabtu.
maaf semua, lama benar tidak menulis.
minggu yang agak sibuk,
menyambut kehadiran warga baharu
anak kandung suluh budiman.
oh, nanti kita cerita lain. hehe

sudah 1 Januari 2011.
lekasnya masa!
semakin cepat masa berlalu,
semakin jauh kita melangkah.
dan hakikatnya
masih jauh lagi perjalanan kita.


kisah 2010 sudah dibingkaikan di potret ingatan.
ada senyum duka nangis tawa sedih dan lara.
tersimpan kisah tersendiri.
momen indah akan tetap terpahat di sudut hati.
yang pahit menjadi pengajaran untuk hari muka.
hidup kan satu proses pembelajaran.
kita tak pernah berhenti belajar dengan hidup!

untuk kalian yang sentiasa ada,
moga-moga tahun 2011 ini
akan terus dilimpahi barakah dan kebahagiaan.
teruslah mencicip kemanisan hidup
kerana
perjalanan masih jauh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails