Saturday, January 30, 2010

tAhu tAk tAHu~

tak tahu apa yang mahu dicoretkan di sini...

Tuesday, January 26, 2010

sEmaLaM~


benar,

semalam telah berlalu...

semalam adalah kenangan,

semalam adalah pengalaman,

semalam adalah semalam...



semalam,

makan2 bersama keluarga debat,

makan di juara tomyam,

seberang jalan,

lepas tu,

lepak di tepi sungai,

sungai ke??

tepi longkang pon boleh la...

bercerita,

berborak,

bukak kisah dulu,

tapi tak lah lama mana,

sebentar cuma,

kemudian,

terus ke dataran KHAR,

mendengar sudut pidato,

bahang PRK semakin hampir...

tapi,

semalam yang berlalu,

tetap indah untuk dikenang,

biarpun hubungan kita,

terjalin di sini,

manisnya begitu terasa,

erat,

padu,

biar kita lain ayah ibu,

namun kita seakan mengerti,

ikatan adik beradik sangat terasa,

walau terjalin dek kerana,

roh perdebatan sahaja...




~UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA~

Monday, January 25, 2010

bErLaLu~


hari ini hari isnin,

sudah masuk minggu kelima kuliah,

cepat benar masa berlalu,

kesibukan tidak begitu terasa,

keletihan juga begitu,

berapa banyak ilmu yang telah dikutip??

berapa kali kita ingat ALLAH??

berapa banyak sudah kita bersyukur??

bagaimana tahap iman kita??

makin sihat kah??

atau semakin tenat, sakit??

dalam usaha kita menuntut ilmu,

berjuang di jalan ALLAH ini,

jangan dilupa juga perkara sebegitu,

tidak salah sesekali bermuhasabah,

kita bukan sempurna mana,

biar manusia tidak suka kita,

asal kita dicintai oleh Maha Pencipta...


sesekali,

lakukanlah solat sunat, jika mampu solat malammu,

sesekali,

duduklah baca Al-Quran, bacalah walau satu ayat,

sesekali,

apa salahnya berpuasa sunat,

sesekali,

ringankan tanganmu bersedekah jariah,

sesekali,

berzikrullah lah tika lapang,

sesekali,

pujilah DIA,

hanya DIA yang layak dipuji...

sesekali,

fikirkanlah....

renungkanlah....


tanyalah imanmu~

Saturday, January 23, 2010

riNDu~


entah la...

tiba2 rase rindu,

dengan nenek....

teringat 5 tahun dulu,

bila berumrah bersamanya,

ketika itu,

amir form 4,

pergi dengan cik mas sekeluarga,

nenek yang ajak,

tanpa fikir panjang,

terus setuju...

memang kepingin benar mahu jejakkan kaki ke sana...

alhamdulillah,

syukur...

dapat juga jadi tetamuNya...

rindu dengan nenek...

rindu pak cik, makcik,

yang tak pernah henti,

memberikan semangat...
rindu....

rindu mereka...

Monday, January 18, 2010

LEtiH~

agak lama rasenye,
tidak menulis di medan ini,
meluahkan cebisan rasa di laman hati,
hari ini hari isnin,
maknanya ada abg2 dan akak2 senior,
yang dah memulakan latihan praktikumnya,
selamat berpraktikum,
moga dipermudahkan segala urusan,
moga baik2 semuanya...
guru bitara, pendidik anak bangsa~
semalam,
selesai sudah peringkat saringan,
debat piala pengetua KHAR (Kolej Harun Aminurrashid),
peringkat separuh akhir,
yang agak sengit...
pertarungan semalam,
telah mempertemukan KHAR I dan KUO I,
juga KAB I dan KHAR II....
penat otak berfikir,
lelah minda mentafsir,
satu pengalaman baru dapat dikutip,
syukur alhamdulillah...
apabila my team-KHAR II,
dibarisi amir, zurin, kak sue,
bukan pasukan pilihan untuk ke final,
layak beraksi di peringkat akhir...
pertemuan adik beradik,
di pentas akhir nanti,
trio diva-nora, abg pawiz, kak ainie,
pasti akan memberi saingan dan tamparan hebat,
buat kami yang masih lagi baru,
dalam arena pengucapan awam ini...
masih banyak lagi yang perlu diteroka,
banyak lagi yang perlu diperbaiki,
dipelajari,
terima kasih buat mereka...
senior2 merangkap diva,
mis pres-kak nad,
diktator-abg bae,
en pacak-abg joe,
trio kak non-abg radzi, abg pejal, abg kader,
ustazah solehah-kak faz,
cik teknikal-kak minie,
juga mereka yang tidak disebut namanya di sini...
yang gigih memberi tunjuk ajar,
yang setia dengan Kelab Debat UPSI,
yang ingin melihat sesuatu,
daripada generasi baru seperti kami,
insyaALLAH,
kami akan cuba buktikan...
betapa kami mengerti pengorbanan kalian,
kegigihan dan semarak semangat,
mekar menjulang tiada henti...
moga semarak semangat itu,
akan mengalir pula dalam diri kami,
yang akan mewarisi dan mengangkat nama UPSI,
dalam arena ini,
mudah-mudahan...
bangga, terusik, tersentuh, terharu,
tangkai hati ini,
tatkala makin ramai yang memboloskan diri,
dalam dunia debat ini...
sudah pasti ilmu, idea dan pengalaman,
dapat dikongsi,
pasti akan lebih mewarnai dunia perdebatan ini...

Monday, January 11, 2010

sELEsAi~

2 perkara selesai sudah,

pertama AJL yang berlangsung malam tadi,

keduanya pembacaan novel AYAHANDA....

AJL malam tadi,

yang telang mengangkat lagu PERGI,

dendangan Aizat,

lirik Amran Omar dan lagu oleh Pete Teo,

sebagai JUARA LAGU...


hm...
amir mula jatuh hati dengan lagu ini,

sejak menonton filem TALENTIME,

karya ARWAH YASMIN AHMAD....

sejak lagu ini di peringkat separuh akhir lagi,

amir sudah mengagak yang lagu ini,

akan menang untuk AJL edisi kali ini....


benar,

lagu ini berjaya mendapat tempat pertama...

sangat berpuas hati dengan kemenangan2 lagu malam tadi,

agak tepat tekaan amir malam tadi,

cuma agak terkilan kerana BUNKFACE tidak menang...

amir menjangkakan BUNKFACE, YUNA dan AIZAT,

namun hanya tekaan YUNA dan AIZAT sahaja yang tepat...
huhu~

apapun,

sangat berpuas hati dengan keputusan malam tadi,

tahniah kepada yang berjaya,

yang tidak berjaya tu,

mungkin rezeki untuk lagu yang lain,

teruskan berusaha~


beralih kepada analisis pembacaan novel AYAHANDA,
karya AZIZI HJ ABDULLAH,
amir rasa perlu untuk dibaca oleh mereka yang bergelar anak...
analisis keperluannya mudah,
mengangkat tema yang dekat dengan kita,

plot penceritaan yang mudah difahami,

serta persoalan2 yang menyentuh lubuk sanubari...

'DIA AYAH YANG SELALU MENGERTI DAN

AKU ANAK YANG TIDAK PERNAH MEMAHAMI...'


jalan ceritanya mudah,
sebagai anak bongsu,

AKU ingin menyambut hari lahir bapa,

yang ke 97 tahun,

penceritaan dalam menuju sambutan hari lahir itu,

benar2 membuai rasa seorang anak,

betapa si ayah terlalu banyak berkorban...


kadangkala seorang ayah memang tidak pernah menunjuk,

rasa kasih sayang dan ambil tahu kepada si anak,

setiap ayah mempunyai sikap yang berbeza,

ada yang terlalu baik,

ada yang garang macam singa,

ada juga yang tak macam bapa...


hhmmm....
lebih baik anda sendiri yang membacanya,

biar anda sendiri yang merasai,

hayatilah aksara2 yang akhirnya,

menjalinkan sebuah penceritaan....

biar tercerna makna pengorbanan,

dalam lubuk hatimu,

biar kamu makin mengerti perasaan seorang ayah,

biar kamu pelajari lelehan keringat,

tak pernah diluah pun rasa penat dan payah,

biar kamu tahu mendalami perit jerih,

susah gelisah,

andai kamu pula menjadi seorang ayah,

satu hari nanti....

biarpun naskah novel ini agak lama,

namun,

bait bicaranya masih segar,

tidak mati,

agar kita mengerti....





'SEORANG BAPA BOLEH MEMAHAMI


PERASAAN DUA BELAS ORANG ANAKNYA,


TETAPI AMAT MALANG DUA BELAS ORANG ANAK


TIDAK MAMPU MEMAHAMI PERASAAN SEORANG BAPA....'

Sunday, January 10, 2010

siApA??~


malam ini,


kita akan ketahui,


siapakah yang akan bergelar,


JUARA LAGU...



anugerah juara lagu (AJL),


sudah pun masuk edisi yang ke-24,


untuk musim kali ini,


kebanyakannya mereka yang masih baru,


setahun jagung kata orang,


dalam dunia penuh populariti ini....



sama2 kita saksikan malam ini,


malam kemuncak lagu terbaik....


untuk persembahan malam ini,


kita nantikannya...



berikut ialah senarai undiannya:


1-aurora~estranged


2-tak mungkin kerna sayang~alyah


3-cinta adam dan hawa~misha omar


4-masih jelas~hafiz


5-situasi~bunkface


6-pakai buang~stacy


7-pergi~aizat


8-aku skandal~hujan


9-bencinta~faizal tahir


10-aku rindu sayang kamu~black


11-bengang~akim


12-dan sebenarnya~yuna


13-kau aku~aizat


14-rindu terhenti~tomok

iNdAHnYa~


hari ini hari minggu,

tiada kuliah,

sunyi benar rasa pagi,

mungkin ramai yang masih membuta,

mengambil kesempatan waktu cuti,

di gelanggang KHAR ada futsal,

kedah vs kelantan,

sape menang??

entah...


di kampus,

ade bengkel struktur debat,

tak datang ke mir??

tak dapat datang...

nak sgt pg....

jumpa diva2 debat,

jumpa kawan2 baru,

berkongsi cerita,

bertukar idea, pendapat segala,

tapi tula,

luka masih tak berapa baik...

tangan, siku dan muka da baik sikit,

kat lutut ni tak taw lah nak kate,

sakit tu ade jugak lagi,

mudah2an baik lah hendaknye...


dek kerana tak dapat ke kampus,

untuk bersama di majlis ilmu,

maka amir pun tengoklah cerita,

SAYANG U CAN DANCE (SUCD)....


hm,

memang cerita tu dah lama,

saje je tengah boring2 nih....

jalan cerita ok la,

tapi still nampak streotaip,

ebi keras sangat,

ikut skrip gler,

masih belum boleh lagi digelar profesional,

mungkin masih baru,

btw, keep it up guys!!...


apa yang amir dapat,

dalam cerita itu??

PERSAHABATAN,

PENGORBANAN,

KASIH SAYANG....


persahabatan seperti subjek utama,

yang menggerakkan jalan cerita itu,

persahabatan ialah satu perhubungan,

dalam perhubungan pasti ada segala macam perasaaan,

gembira, sedih, rindu, duka, sayang, tak puas hati...

biasa lah tu,

sedangkan lidah lagi tergigit...

syukur amir dikelilingi mereka yang mengerti,

sentiasa memahami dan tahu untuk menghargai...


terima kasih!!...


ahli2 kelab orator yang tidak henti bertanya khabar,

terima kasih....


amir, luka macam mana??

dah ok amir??

amir, kenapa muka ni??

dik non, ko eksiden?? ok ke x skrg??

rasanye kejap benar,

kita saling mengenali,


TERIMA KASIH TUHAN....


kerana megurniakan mereka buat diriku....

apabila bercakap tentang pengorbanan,

tak ramai yang tahu erti dan nilainya,

dalam SUCD,

apabila Remy disahkan menghidap sejenis penyakit,

teman2 tariannya yang lain,

bersungguh2 mahu membantu,

dengan memenangi pertandingan tarian,

yang menjanjikan RM 100 ribu,

mungkin itulah pengorbanan kepada teman,

hanya mereka yang mengerti tahu untuk menilai...


benar....

kasih sayang itu abstrak sifatnya,

agak sukar mahu mengukur kasih sayang seseorang,

jadi bersederhanalah....

jangan hipokrit,

jadilah diri sendiri....

belajar dari kesilapan masa lalu,

pelajari dari sejarah semalam,

biarkan yang berlalu terus berlalu,

tapi apa salahnya jadikan kenangan dan pengajaran....

setiap daripada kita melalui jalan hidup berbeda,

ada yang putih lurus,

ada yang hitam bengkok,

ada yang hijau kelabu,

ada juga yang kuning ungu...

kita berbeza.....


namun,

pengalaman inilah yang mendewasakan kita....


~INDAHNYA PERSAHABATAN~

sAbaR~


mata tak mahu lelap,
entah mengapa,
mungkin penangan kopi susu tadi,
tatkala YM berbicara,
seorang teman mahu berkongsi,
segala rasa yang berselirat di laman hati,
ceritalah,
kongsilah,
menangislah,
luahkan segalanya,
diri ini cuba untuk mengerti,
sekadar menyelami dan memahami,
sebagai teman,
tatkala duka berladung di sanubari,
menangislah sepuasnya,
biar bahu ini menjadi saksi,
aku rela,
tak mengapa teman,
teruskan,
teruskanlah....


>lot of problem la lately ni..

*biaselah, manusia tak pernah lari dari masalah...

> i ni tak la baik pon...

i ade gak lemahnye..

i pon mnusia mir..

prlukan perhatian..

tp dye seolah2 tak phm..

tme aku majuk ke..

dye just tggalkan aku gitu je...

*yes... i paham u,

i kenal u...

kamu antara insan yang terawal amir kenal di sini,

di lapangan dunia pra pendidik ini...

>sorry to sy,

kdg2 aku pk nk jauhkan diri dr sume org je..

including u..

bkoz im the factor of evry bad thing...

aku slalu pk cmni skg..

aku dah putuskan hubungan dengan banyak org...

*itu bukanlah penyelesaian...

mahu tidak mahu,

kita tetap akan berjumpa dengan manusia,

mereka di sekeliling kita,

fahami rentak mereka,

segala karenah,

kemahuan,

sifat,

sikap,

perbuatan dan sebagainya...


kalau rasa tidak serasi,

bermakna kita ada pilihan...

mungkin dia bukan jodoh kita,

sebagai teman, sahabat, kekasih atau sesiapa...


kawan....

apalah dayaku sebagai teman??

sekadar mencurahkan secangkir nasihat,

dan cuba menjadi pendengar,

setiap keluh resahmu,

segala inci masalah dukamu,

mengertilah,

jika kamu rasa aku, dia dan mereka,

tak mampu menjadi yang terbaik,

buat dirimu,

sebagai teman, sahabat mahupun kekasih,


DIA ada sebagai kekasih,

yang abadi lagi hakiki,

tak pernah sepi memberi,

segala rasa cinta yang kamu mahu,

DIA ada,

sentiasa....


apa lagi yang kau mahu??

teman,

hulurlah seluruh rasa cintamu kepadaNya,

sekalipun tidak nampak balasan,

hakikatnya,

tanpa kamu sedar dia telah membalas,

tanpa kamu sedari...

sekadar menjadi pendengar,

dan menasihati apa yang termampu,

bersederhanalah...


berkasih sayang setakat mampumu,

jangan terlalu sayang,

kelak bertukar menjadi benci....

jangan pula terlalu benci,

sampai matinya pun,

kamu tak mahu tahu,

tak kisah walau sekelumit rasa,

nanti yang benci itu menjadi sayang....


-CINTAI ALLAH, SAYANGI MANUSIA-



secangkir bingkisan buatmu TEMAN....

Saturday, January 09, 2010

tEnaNg~


malam ni sungguh damai...


menenangkan jiwaku yang sepi...


keseorangan....



kawan2??


hm, masing2 busy....


takpe la...


seronok juga...



masih dalam proses menghabiskan bacaan,


novel bertajuk AYAHANDA...


moga dapat habiskan secepat mungkin...

Friday, January 08, 2010

DoA~




Ibrahim Adham pernah ditanya,

apakah sebab doa tidak diperkenankan??

sedang ALLAH telah berjanji,

orang yang berdoa,

pasti akan diperkenankan...



jawab Ibrahim Adham,

kerana hati kamu telah mati!!

terkesima, terkejut, terbungkam...

hati mati??

apa sebabnya??



Ibrahim Adham bersuara,

lapan perkara sebabnya...




kamu tahu hak ALLAH,

tapi kamu tak laksanakannya...

kamu baca Al-Quran,

tapi isinya tidak kamu amalkan,

kamu kata kamu cinta rasulullah,

tapi kamu tak patuhi sunnah,

kamu kata kamu takut mati,

tapi kamu tak bersiap untuk menghadapi,

kamu tahu syaitan musuh kamu,

tapi maksiat buat juga, ikut pujuk rayunya,

kamu kata takut akan api neraka,

tapi kamu campakkan dirimu ke dalamnya,

kamu kata kamu suka akan syurga,

tapi ada kamu berusaha, untuk menghuninya??

kamu bangun dari tidur,

kamu sembunyikan aib2 kamu,

tapi aib2 orang lain??

kamu bentangkan, hebahkan, sebarkan!!...




KAMU TELAH MEMUSUHI PENCIPTA KAMU SENDIRI,

MAKA BAGAIMANA MUNGKIN,

DIA MEMPERKENANKAN DOAMU??...

Thursday, January 07, 2010

uJiaN laGi~

selepas kaki lebam,


akibat latihan tarian kuda kepang,


hari ini luka pula....


tangan dan kaki (lagi),


muka dan pergelangan kedua2 tangan,


siku dan lutut di kaki...

memang TUHAN mahu menguji hambaNya ini...

petang tadi pergi joging,

dengan wan n apiz...

lepas joging,

cakap dgn wan,

kite lumba lari jom...

maka,

kami bertiga pun bersedialah di garisan permulaan,

tatkala melihat wan mule memecut,

hm, ni xboleh jadi ni,

maka langkah kaki pun dipanjangkan,

larian pun semakin dikencangkan,

namun,

malang tu tak berbau kan,

akibat badan tidak dapat distabilkan,

badan pun tersembam di atas jalan tar,

ladang kelapa sawit tu...

maka,

terseretlah badan ini di atas jalan tar...

macam nangka busuk,

tapi bukan nangka busuk jatuh,

nangka busuk terpelanting... ha3

time tu ade sorang perempuan di belakang,

nasib baik kenal...

lisa-DPAKK,

di hadapan pulak,

ade 2 orang perempuan,

nak menuju ke sekolah tamil...

time tu fikir darah meleleh-leleh da kat muke ni,

pedih??

jangan cakap la,

diadun pula dengan keringat yang mengalir,

faham2 sendiri lah kan??...

semasa berjalan keluar,

apabila terserempak dengan 2 orang perempuan tu,

sempat lagi diorang,

ok ke x ni??


wah,

malu gak,

tapi tebalkan muke je...

kesakitan dan kepedihan lebih menguasai..

huhu~



sampai sajo rumah,

semua tertanya-tanya,

sampai ade yang xpercaya,

katanye xmacam luke eksiden,

jatuh moto ke,

berlanggar ke,

hm, kalo xcaye,

jawabnye??

diragut??

di*0g*l??

percayalah...

memang jatuh...

mungkin sebab terlalu teruja...

dah lama xlari pecut... he3

thankz alot,

abg shahir

bakal JMK sem depan nih..

mudah2an, amir doakan...

abg ni la yg tolong lapkan luka,

dengan air panas suam,

kalau abg senior umah lain??

ade ke yg sanggup buat macam nih??

hm, harap2nye ade la...

lepas dituam dengan air panas suam,

abg akilul plak tlg sapukan obat,

hm, macam raja kan??...

ha3...



anyway,

thankz alot kepada yg sudi membantu...

esok, abg mizie ,

tlg sapukan obat,

seyes,

pedih sesangat,

time amik wudhu' tahan saja...

lagi2 kat muka,

memang da tak nampak macam amir la..

ntah macam muke sape tah...


memang ALLAH mahu menguji,

mungkin terlalu banyak dosa,

atau sering melupakanNya,

terlalu lalai mungkin,

atau leka dengan nikmatNya,

maka TUHAN turunkan hazab,

di sini lagi,

dunia yg fana...



amir bersyukur....

maknanya, DIA masih sayang akan diri ini,

DIA juga turut kurniakan teman,

yang baik hati serta budi,

sudi membantu tatkala diri ini diuji,

syukur....

segala pujian buatMu,






YA ALLAH,

SEMBUHKANLAH HAMBAMU YANG LEMAH,

LAGI DHAIF INI,

HANYA KAU YANG MENGETAHUI,

SELURUH ISI ALAM....

BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA DIRI INI,

DALAM MENGHADAPI UJIAN, DUGAAN, DAN CABARAN,

MAHA SUCI ENGKAU.....




jutaan kemaafan kepada mis pres-kak nad,

sebab xdapat melangkah ke bitarasiswa,

untuk pengambilan pendebat baru...

malam ni latihan tarian pun tak turun,

sorry abg apiz!!...

bila dah agak sembuh,

amir akan turun latihan k,

debat dan tarian....

uhu~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails