Monday, January 18, 2010

LEtiH~

agak lama rasenye,
tidak menulis di medan ini,
meluahkan cebisan rasa di laman hati,
hari ini hari isnin,
maknanya ada abg2 dan akak2 senior,
yang dah memulakan latihan praktikumnya,
selamat berpraktikum,
moga dipermudahkan segala urusan,
moga baik2 semuanya...
guru bitara, pendidik anak bangsa~
semalam,
selesai sudah peringkat saringan,
debat piala pengetua KHAR (Kolej Harun Aminurrashid),
peringkat separuh akhir,
yang agak sengit...
pertarungan semalam,
telah mempertemukan KHAR I dan KUO I,
juga KAB I dan KHAR II....
penat otak berfikir,
lelah minda mentafsir,
satu pengalaman baru dapat dikutip,
syukur alhamdulillah...
apabila my team-KHAR II,
dibarisi amir, zurin, kak sue,
bukan pasukan pilihan untuk ke final,
layak beraksi di peringkat akhir...
pertemuan adik beradik,
di pentas akhir nanti,
trio diva-nora, abg pawiz, kak ainie,
pasti akan memberi saingan dan tamparan hebat,
buat kami yang masih lagi baru,
dalam arena pengucapan awam ini...
masih banyak lagi yang perlu diteroka,
banyak lagi yang perlu diperbaiki,
dipelajari,
terima kasih buat mereka...
senior2 merangkap diva,
mis pres-kak nad,
diktator-abg bae,
en pacak-abg joe,
trio kak non-abg radzi, abg pejal, abg kader,
ustazah solehah-kak faz,
cik teknikal-kak minie,
juga mereka yang tidak disebut namanya di sini...
yang gigih memberi tunjuk ajar,
yang setia dengan Kelab Debat UPSI,
yang ingin melihat sesuatu,
daripada generasi baru seperti kami,
insyaALLAH,
kami akan cuba buktikan...
betapa kami mengerti pengorbanan kalian,
kegigihan dan semarak semangat,
mekar menjulang tiada henti...
moga semarak semangat itu,
akan mengalir pula dalam diri kami,
yang akan mewarisi dan mengangkat nama UPSI,
dalam arena ini,
mudah-mudahan...
bangga, terusik, tersentuh, terharu,
tangkai hati ini,
tatkala makin ramai yang memboloskan diri,
dalam dunia debat ini...
sudah pasti ilmu, idea dan pengalaman,
dapat dikongsi,
pasti akan lebih mewarnai dunia perdebatan ini...

1 comment:

  1. Terharu sangat baca entry nieh.. melekat... =) anyway.. korang memang sangat berpotensi pergi lebih jauh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails