Tuesday, November 30, 2010

sELipER tERbaNg~

assalamualaikum semua!
exam?
hanya tinggal paper objektif.
alhamdulillah,
paper esei dah selesai semua.

hm,
dengan rasa riang hatinya
saya mencampakkan seliper ke bawah.
dari tingkat atas-tingkat 2.
tanpa rasa bersalah pun.
nak mengamuk?
silakanlah!
oh, itu kisah dulu.
masa saya duduk hostel.

bila seliper tak bersusun saja,
pasti akan ada seliper terbang!
bila saya form 5,
lagi saya konfiden-dah senior la katakan.
jadi,
kalau marah pun,
marah dalam hati.
nak mengamuk pun,
diorang tak berani.
haha. memang kejam!

itu dulu.
sekarang ni, bukan saya tak sampai hati.
entahlah, bila fikir balik
semua dah besar.
bakal cikgu pulak tu!
saya jelah yang beriya susun seliper,
sapu rumah, cuci tandas.
yang lain,
pakat sepah, kotorkan, buat sampah!


kalau ikutkan hati,
nak aja saya terbangkan seliper
dari tingkat 5 ni.
tapi bila fikir balik,
entahlah.
dah nak jadi cikgu pun masing2 ni.
tapi susun seliper pun xmahu!
hish, malulah!

takkan nak saya buat macam ni?

Monday, November 29, 2010

tERuskAN pERjuaNgAN~


esok hari
saya ada paper teori dan kritikan sastera.
hari ni rasa tak sedap badan.

persediaan?
hanya biasa-biasa.
amer pula tiada sebarang berita.
rupanya dia tgh moody.
katanya,
tak baca buku langsung.
sebagai kawan,
saya cuma mampu berikan semangat seadanya.

moga-moga hari esok
dimudahkan urusan dan dapat jawab dengan baik.
biarpun persediaan hanya biasa-biasa,
moga mampu buat yang terbaik
dan natijahnya nanti lebih baik!


selamat meneruskan perjuangan sahabat!~

Sunday, November 28, 2010

pERtunANgaN RahsiA~

jemput baca ini~
ada juga betulnya...

Saturday, November 27, 2010

mAaFkAN sAyA~

disebabkan musim peperiksaan,
saya agak culas menaip entri baru.

biasanya bangun pagi
selepas subuh saya tak tidur.
blogwalking, BH online dan menaip entri baru
menjadi rutin setiap pagi.
tapi dek kerana sekarang musim exam
rutin itu diganti dengan final revision...

cerita baru memang banyak.
cuma tangan tak sempat menaip entri baru saja!
aha. alasan!
oh,
sekarang rehat kejap
sebelum paper minor selasa ni.
syukur dimudahkan urusan masa
menjawab eropah tadi!
tawakkaltu alallah...
terima kasih kerana mendoakan saya!

hm,
dah nama pun manusia kan.
bila susah baru ingat ALLAH.
bila terdesak, sakit, tenat, nak mati
barulah sibuk nak zikir sebut ALLAH!
bila sihat?
bila muda?
bila kaya?
pernah ke nak ingat?
bukan apa,
bila musim exam
barulah nampak kau sentuh sejadah.
solat awal waktu.
bangun awal pagi nak solat subuh.
pegi solat Jumaat.
sebelum ni?
tak pulak...
hish,
macam mana Islam kau ni?
kejap on, kejap off ea?


bila nak exam,
tahu pulak kau nak mintak doa kat Tuhan kau.
tahu pulak kau nak dekatkan diri.
sebelum ni ade kau buat semua tu?
kau lupa!
kau lupa Dia yang bagi kau rezeki.
bila kau berjaya, kaya raya,
kau lupa semua tu Dia yang beri!
apa2 pun aku doakan moga
rasa istiqamah terus tersemat dalam hati.
moga terus berkekalan amalan begitu
untuk menjadi Islam sejati!

maaf buat sesiapa yang terasa.
bukan apa,
itu yang saya nampak.
juga untuk peringatan buat diri saya.
kita kan manusia,
kadang2 lupa...
maaf buat kengkawan blogger,
dah habis exam nanti
saya ziarah teratak kalian.
terima kasih kerana follow saya.
meh ramai2 lagi meriahkan
rumah saya!


maafkan saya semua!~
p/s : hm, ada masa nanti saya sambung cerita APERA.
eh, korang nak ke dengar? aha

Thursday, November 25, 2010

DoAkAN sAyA~

sungguh saya gentar
untuk menghadapi exam Sejarah Eropah esok.
ini bukan cubaan... aha


hari ini hari terakhir APERA.
seronok.
sangat seronok!
penat?
jagan cakaplah.
saya rasa lebih penat daripada
lawan debat.
kalau debat ada 3 perlawanan sehari.
tapi APERA,
dari pagi sampai petang.
entah berapa persidangan
saya pun tak terkira!
apapun,
saya enjoy dengan ilmu dan pengalaman ini!

dapat kenal pembentang dari Jepun,
singapore, Taiwan, China.
oh, ramai lagi...
baik-baik semuanya!
xkedekut ilmu pun...
nantilah ade mase kita cerita lagi.
takut kalian bosan ja! ehe

oh,
Sejarah Eropah?
ulangkaji seadanya.
saya pegang prinsip,
jika kita tolong orang
orang akan tolong kita-
tak kisahlah orang yang sama atau orang lain.
dan ALLAH akan balas lebih lagi!
jadi saya anggap pertolongan di APERA ini
akan dibalas oleh ALLAH
dengan memberikan idea dan ilham yang baik
untuk menjawab esok.
mudah-mudahan semuanya baik2 saja!

setiap manusia berusaha.
setiap manusia juga berdoa.
usaha dan doa siapa yang diangkat,
semuanya rahsia ALLAH.
saya akan terus berusaha dan berdoa.
moga kalian juga begitu!

Wednesday, November 24, 2010

rEdANg RooM~

morning semua!
saya di PWTC sekarang,
baru selesai uruskan majlis di Redang Room.


oh, terima kasih pengalaman baru!
berdebar-debar nak speaking. spontan!
tiada teks yang disediakan.
saya dengar saja presentation mereka
padahal tak paham sepatah haram pun!
aha.

sepatutnya ada 3 orang yang bentang.
tapi pembentang dari Institute of Education UK
tak datang pulak.
so, terpaksala dengar pembentang kedua dari UPM
tapi berdarah Iran.
oh, saya buat2 faham!
aha.
dan lepas tu lagilah tak faham.
pembentang dari Jepun,
yang duk bentang pasal management!
oh,
begini rupanya pembentangan ahli2 akademik!

apapun,
pengalaman baru saya dapat hari ini.
walaupun entah apa benda saya speaking!
aha

kejap lagi ada lagi.
sesi kedua.
okay, jaga diri!

Tuesday, November 23, 2010

LEgENd hotEL~

hai semua!
sekarang saya di The Mall,
depan PWTC,
sebelah The Legend Hotel.
oh ya,
saya menginap di Legend Hotel malam ni.


kata Abang Adnan-presiden briged BHKA
~Badan Hubungan Korporat antarabangsa UPSI~
hotel ni sudah jatuh taraf-
cuma 4 bintang! haha. macam2...
hurm,
cuma perkara yang buat saya terkedu-
kami ni macam wakil Malaysia la.
UPSI jadi tuan rumah untuk persidangan tahun ni.
jadi,
kami ditugaskan untuk menguruskan
persidangan ini hari esok.
ah,
saya kene jadi MC esok!
speak in english plak...
mati larrr!!

~hurm, ini bilik kami...

moga urusan esok hari berjalan dengan lancar.
doakan ya!
dengar cerita,
APERA tahun depan diadakan di Australia.
hurm,
boleh tahan jugak program ni.
okeylah,
sementara ada masa ni
jangan sia2kan ok.
selamat study!

p/s: best of luck awak! moga dapat jawab dengan baik esok...

pERmuLaAn yANg bAik~

alhamdulillah.
selesai sudah paper kajian manuskrip melayu.
terima kasih untuk doa kalian.
doa anda semua!

saya kira permulaan yang baik.
moga2 terus begini hingga paper terakhir
atau biarlah lebih baik lagi...
oh, situasi dalam SITC-
tempat saya amik exam tadi.
tempat duduk saya di bahagian tepi dewan-
kedua akhir dari belakang. (boleh bayang ke?) aha
kakak sebelah kiri saya buat cubaan meniru!
yang depan tunjuk jawapan dgn
kawan belakang dia!
ish,
ganggu betul.
sakit mata saya-
sampai pengawas exam beramai-ramai berkumpul
ala2 menjaga mereka!


apa pun,
fokus saya sekarang ada 3 paper lagi.
ya Allah,
permudahkanlah!
Rabbi yassir wala tua'sir ya Karim!

oh, ya.
saya dapat sms lepas exam tadi.
ada 3 missed called-masa tgh jawab exam.
'tunggu di Audi jam 4.30 ni.'
hurm,
saya akan ke PWTC
kerana terlibat dengan
Asia Pacific Educational Research Association Conference.
cuma membantu setakat mampu.

ok,
saya gerak dulu!
jaga diri ya semua~

SuDah sELasA~

oh, sudah hari Selasa.
hari ini paper pertama untuk semester ini.
moga dapat jawab dengan baik
dan dimudahkan urusan...

hanya ALLAH sahaja yang tahu
apa yang berlaku.
dan sentiasa ada bersama dengan kita.
kita semua...
doakan saya!

Monday, November 22, 2010

tAnDas puNyA KiSaH ii~

masih ingat lagi kisah ini?
hurm,
disebabkan saya tiada paper lagi hari ni
jadi dengan rasa besar hati
dan gigihnya saya telah membersihkan
tandas 1 yang berkulat tuh!
bukan nak beritahu saya rajin atau apa,
cuma agak bengang sebab semua
berebut-rebut nak guna tandas 2.

malam ni,
saya tengok tandas tu dah mula digunakan orang.
oh, baru saya tahu rupanya
memang bukan salah tandas sebab rosak
atau tersumbat,
rupanya sebab manusia
yang malas!

lagi satu kisah semalam.
singki dapur tersumbat,
saya tahu siapa punya kerja.
ikutkan hati,
memang nak sound je
tapi saya bukan jenis macam tu dengan housemate.
dengan orang lain,
mungkin boleh sound.
jadi,
saya guna cara seperti biasa-teguran halus!
ambil kertas dan tulis
'sila buang sisa makanan sebelum gunakan singki.
nak singki ni tersumbat lagi ke?!'

saya rasa teguran kali ni lebih sopan.
roomate pun cakap,
aik elok pulak bahasa kau kali ni.
sebelum ni memang saya tulis dengan emosi.
jadi faham2 lah sendiri.
cara saya memang begitu,
kami tak berapa rapat.
masing2 buat hal sendiri.
saya cuma boleh masuk dengan roomate saja.
yang lain tegur2 gitu saja.
ish,
cepatlah berakhir sem ni!


amacam, bersih tak?
aha. thankz Incik Google!

aLL tHE bEst~

kawan sekelas sastera saya nama dia Amer juga.
nama sama, tapi ejaan tak serupa.
bila orang panggil Amir-kami sama2 pandang,
tak tahu Amir mana satu yang mereka panggil.
oh, dia ni budak major Pendidikan Moral.
nak berkenalan, silakan!
aha

tadi dia sms saya,
mahu datang rumah-study sama
untuk subjek esk.
oh, saya ok saja!
sampai sahaja bukan study,
borak2-dah lama xjumpa kan!
dia merungut,
apa nak baca ni.
kami memang tak tahu apa yang masuk.
tak ada soalan bocor pun! haha

bila saya buat nota kecil tentang
manusia unggul dalam sastera Melayu Islam,
oh, dia relax...
bila saya terangkan tentang Nur Muhammad-
ala2 penerangan supaya
ingatan saya bertambah kuat la kononnya.
lepas tu dia sambung cerita saya,
kaitkan dengan angin, api, air, tanah bla.. bla.. bla...

dalam hati,
gempak gler dia ni!
cakap tak baca lah, tak tahu nak baca apa lah. huh!
rupanya,
dia ada amik subjek ni masa tingkatan 6 dulu.
nak tak nak,
saya kenalah bergigih untuk dapat A
sebab saya tak ada basic,
dan tak pernah belajar sastera pun sebelum ni.

apa pun,
thankz Amer sebab sudi study sama2.
moga dapat jawab dengan baik!
dia cakap,
dia takut pointer jatuh sebab dia tak yakin
untuk score sem ni.
Amer,
hidup kene confident!
moga kamu dapat yang terbaik...
all the best!~

~oh, kami curi2 bergambar dalam kelas kewartawanan!
aha

isTimEwa buAT kaLiaN~

esok saya akan mula periksa akhir semester.
esok juga mereka akan mula periksa,
kata orang tua2 periksa besar...
SPM.

selamat menjawab dengan baik.
moga dilimpahi ketenangan hati dan
mudah untuk menjawab semua soalan
sehingga kertas yang terakhir.

ini adik saya.


buat habis baik!
jika tidak mampu menjadi orang yang bekerjaya besar,
cukuplah menjadi orang yang berguna!
kejayaan memang takkan datang bergolek
tanpa usaha yang gigih...

untuk sepupu2 tersayang,
berilah hadiah istimewa buat kedua orang tuamu
dengan mendapat keputusan yang cemerlang.
jika bukan kita,
siapa lagi yang akan membahagiakan
hati bonda dan ayahanda.
selamat berjuang!
(Eddy, kakak dan Fizul!)

~Eddy~

~kakak~

~Fizul~

jawab baik-baik.
allahumaj alna minannajihin
wala tajalna minarrasibin...
wahayi'lana min amrina rashada,
bismillahitawakkaltu alallah,
wala haulawala kuwwata illa billahil aliyyil a'zim!

salam imtihan~


sALam iMTihAN~


sudah musim peperiksaan!
esok my first paper...
buat sahabat2 seperjuangan,
buat habis baik!
moga natijahnya nanti juga baik2 sahaja.

oh, ini dia!
Selasa (23 Nov) - Kajian Manuskrip
Jumaat (26 Nov) - Sejarah Eropah
Selasa (30 Nov) - Teori dan Kritikan Sastera
Sabtu (04 Dis) - Pengurusan dan Perkembangan Pelajar
- Wacana Akademik

dengan rasa rendah diri
dan hati yang paling dalam,
saya memohon jutaan kemaafan
andai ada hati yang terhiris dan terguris
selama kita menjadi kawan!
halalkan setiap ilmu yang pernah dicurahkan.
buat pensyarah tersayang,
kemaafan jua kupinta
andai ada hatimu terluka.
juga halalkan segala titipan ilmumu yang penuh di dada!
terima kasih~

buat awak, anda, kamu dan kalian,
saya maafkan dunia akhirat.
saya halalkan ilmu yang pernah
kita kongsi bersama.
berdoalah dan terus berdoa.
moga kita sentiasa dilimpahi rahmatNya!

selamat berjuang sahabat!
kejayaan atau kegagalan ialah anugerah.
mungkin diberikanNya dulu kegagalan
agar satu hari nanti kita puas mengenggam kejayaan!
apa pun yang akan kita dapat,
sama ada berjaya atau gagal.
bersyukurlah!
yang penting kita telah berusaha.
biar DIA yang menilai,
kerana hanya DIA yang terbaik!


nAsi goREnG toM yAM~

ini kisah malam semalam.
saya order nasi goreng tom yam.
harga di menu-RM 5.
oh, lebih mahal daripada biasa!

ketika membayar,
saya hulur RM 10.
dia tanya makan apa?
saya jawab, nasi goreng tom yam sahaja.
oh, Rm 5.50.
saya terkejut.

aik,
dalam menu tulis RM 5.00!
sebab ada telur mata-
dia jawab sambil mengambil duit
dan mencari duit untuk pulangkan baki.
saya balas balik,
saya tak nak telur mata pun.
lain kali, tukar menu baru kak ye!

ada mak cik di sebelah dia,
mungkin tuan punye kedai makan
hanya tersenyum.
entah apa mereka cakap-cakapkan,
last-last baki dipulangkan RM 5!
saya tak mahu lagi makan di kedai itu!

kawan saya pula kene charge
dengan harga agak tinggi.
cekik darah!

Sunday, November 21, 2010

tAnDas puNyA KiSaH~


mahu cerita tentang tandas rumah ni...
rumah di kolej saya ni ada 4 bilik,
maknanya ada lapan penghuni la.
tapi ada satu bilik tu,
dia duk sorang.
maknanya ada 7 orang lah kami ni.
tandas pulak ada 2 buah.
kalau dibahagikan,
satu tandas 4 orang yang guna...

masalah sekarang ni ialah,
semua mahu guna tandas yang saya guna!
bukan apa,
tandas lagi satu tu dah tak macam tandas.
manusia yang guna tandas tu beramai-ramai
pindah ke tandas yang saya guna!
okay,
kita ibarat tandas yang saya guna tandas 2 lah.
yang guna tandas 2 ni saya, roomate,
dan abg BM bilik sebelah.
masalah sekarang ni,
manusia2 yang guna tandas 1
semuanya dah beralih ke tandas 2!

so,
diorang taknak pulak sental kulat2
yang ada kat tandas 1 tu!
hish,
takkan nak kami jugak yang buat.
sebab kami tiga orang yang guna tandas 2 ni
bergilir-gilir akan cuci tandas.
kami faham2 sendiri lah...
tapi manusia yang guna tandas 1 ni
buat2 tak paham pulak!

sekarang ni kisahnya,
kene berebut bilik air la nampaknya!
bukan tandas 1 tu tersumbat atau xblh guna,
cuma hitam berkulat dah!
hish,
geram betul!
pelik lah manusia ni!

-nasib baik bukan begini!

iNDaH mAkNanyA~



Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

oH ERopAH~

rehat seketika untuk study
kajian manuskrip Melayu.
kesian Sejarah Eropah,
dah lama xbermanja-manja!

okay,
hari ni kita jelajah Eropah ya.
penat dah belek manuskrip Melayu ni...
aha.
doakan saya ya semua!

tHaNk You ALLAH!~


who should I give my love to?
my respect and my honour to?
who should I pay good mind to?
after ALLAH,
and Rasullullah?
comes your mother!
who next?
your mother!
who next?
your mother!
and then your father...

thank you ALLAH,
for my mother!

oh, lagu Yusuf Islam ini indah!
mampu menitiskan air mata.
terima kasih ALLAH!
kerana menganugerahkan seorang bonda yang istimewa buatku...
sunggu saya bangga!
punya bonda seperti beliau,
biar banyak susah dan payah yang dilalui.

hingga saat ini saya terus yakin dan percaya,
saya berjaya hari ini
kerana DOA seorang ibu.
saya mampu terus hidup hingga saat ini
kerana bonda!
oh, mulianya dirimu...
teruskan berdoa untuk ankanda!
terima kasih ALLAH.
kubersyukur kepadamu!
panjangkan usia bondaku.
limpahkan rahmat dan kebahagiaan buatnya.
luaskan rezeki dan lapangkan hidupnya!
terima kasih bondaku!


p/s : lagu belaian ibu-Hijjaz pun sungguh syahdu!
~senyum bangga seorang bonda~




oH... IpaNEmA~


sudah lama saya mencari sandle begini,


harap2 akan jumpa satu hari nanti!

terima kasih Incik Memoribilia!~

Saturday, November 20, 2010

kEbENgaNgAN~

saya tengah bengang!
bukan apa,
malam ni memang saya mahu tengok TV3.
cerekarama-Karma Salina!
oh, saya memang pencinta drama & filem Melayu!
mana tak bengangnya,
turun ke bawah-bilik TV lelaki.
tengok sukan asia.

berjalan-jalan ke kedai depan kolej,
kot-kot ada kedai makan yang buka TV3 la-
hampeh!
semuanya duk tgk bola!
ish~
berjalan ke tempat tengok TV perempuan.
hanya ada 4 orang saja.
2 orang duk borak-borak.
lagi dua entah buat apa sambil makan jagung cup!
ish, diorang nak tgk TV ke ape?
TV pulak TV8!

mana la saya tak bengang!
last-last naik ke rumah.
maknanya,
tak dapatlah saya tengok Karma Salina di TV3 itu.
takpe,
sabar ya.
aha.
saya ok ja...

p/s : mungkin tak dapat tgk sebab
baca buku lebih penting!
aha. jangan kesali~

sELamAt kEMbALi~


cuti study week semester ini 3 minggu.
sekali dengan cuti Deepavali dan Aidil adha.
cuti study week kali ni
sudah sampai ke penghujungnya.
hari Isnin,
bermulalah peperiksaan akhir semester.

ramai yang sudah balik ke kolej.
kolej kembali meriah.
sudah terang-benderang
dan mula kecoh-riuh!
selamat kembali saya ucapkan!
buat housmate,
sila jangan kotorkan rumah!
aha.


p/s: inilah kolej saya!
9 tingkat tingginya...
oh, rumah saya yang kelima-tengah2 tu.
nampak tak??
tak nampak? haish!
aha

Aku BoLEh~

sekiranya anda memikirkan anda tewas,
tewaslah anda.
sekiranya anda memikirkan anda tidak berani,
jadilah anda tidak berani!

sekiranya anda mahu menang,
tetapi memikirkan anda tidak boleh.
sudah pasti anda tidak boleh!


sekiranya anda berasa akan gagal,
gagallah anda!
kerana dalam kehidupan dunia ini kita dapati,
kejayaan bermula dengan suatu kemahuan.
ia semuanya dalam minda kita...


sekiranya anda memikirkan anda kurang daripada orang lain,
begitulah anda.
anda harus berkeyakinan tinggi untuk bangun,
anda harus mempunyai kepastian diri
sebelum
anda dapat memenangi sesuatu hadiah.

perjuangan kehidupan tidak selalu datang hanya
kepada individu yang lebih kuat dan lebih tangkas,
pada bila-bila masa pun individu yang menang
adalah individu yang berkeyakinan boleh!!


p/s : terima kasih kakak,
untuk pesanan ini!
saya yakin saya boleh...!
biarkan seorang yang mengeji,
tapi ramai lagi yang memandang tinggi!
biarkan orang mahu menjatuhkan,
tapi kita masih lagi ada kehormatan!
biarlah sesiapa mahu membenci,
tapi kita masih ada maruah dan harga diri!
biar apa pun orang lakukan kepada kita,
yakinlah satu perkara;
ALLAH sentiasa ada untuk kita.
selalu ada!

tEntaNg CitA-CiTa~

apabila kita tanya budak kecil,
dah besar nak jadi apa?
kadang2 ada antara mereka yang jawab tak tahu!
ada juga yang kata nak jadi polis,
bomba, cikgu, peguam, doktor dan banyak lagi...
biasanya mereka akan jawab spontan.
ada juga yang fikir dulu,
dah besar nanti aku mahu jadi apa!

jika bercerita tentang cita-cita,
budak kecil biasanya akan jawab
berdasarkan pengamatan mereka.
apa yang mereka lihat.
contohnya, bila ayah peguam
pasti dia juga mahu jadi peguam bila besar.
kadang2 bila suka dengan pengajaran
seseorang cikgu,
dia akan bercita-cita mahu jadi guru...
polis, bomba dan macam2 kerjaya lagi yang ada!


bagi saya,
tidak kisahlah mahu bercita-cita menjadi
apa dan siapa sekalipun,
tetapi yang pasti pengakhiran destinasi kita
ialah mengharapkan rahmat Allah!
betul,
jika kita jadi doktor-
kita akan memeriksa pesakit,
memberi ubat dan berusaha untuk mengubatinya.
yang akan menyembuhkan siapa?
ALLAH!
doktor hanya sebagai agen sahaja.
orang tengah antara Allah dan pesakit
untuk menyembuhkan penyakit.
berbelit ke ayat ni?
aha.


semua kerjaya juga begitu.
kita bekerja juga kerana ALLAH.
ingat setiap yang kita lakukan dikira ibadah
jika dilakukan dengan betul.
dulu saya bercita-cita mahu jadi peguam.
sebab pak cik saya seorang peguam!
masa sekolah rendah,
cita-cita; saya akan tulis peguam.
budak kecil!
tak tahu apa2 tapi sangat jujur!

bila naik sekolah menengah,
saya mahu jadi doktor gigi!
sangat bercita-cita besar...
saya suka tengok gigi orang!
tak tahulah kenapa.
bagi saya,
gigi mencerminkan peribadi seseorang.
bagi saya dulu,
segala-galanya bermula dengan gigi!
haha.
tapi keputusan saya tidak melayakkan saya
untuk sambung pengajian sebagai doktor gigi.
ah, teringat Jordan!
ya, dulu saya teringin nak sambung belajar
di Jordan-pergigian!
tapi rezeki saya ke tingkatan enam.

sekarang pula,
apabila sudah berada di Universiti Pendidikan
menggambarkan yang saya bakal menjadi seorang pendidik!
ya,
inilah jiwa saya sebenarnya!
menjadi pendidik bukan satu tugas yang mudah.
lebih2 lagi pada zaman ini.
seorang cikgu bukan sahaja mengajar tulis baca,
malah mendidik luar dan dalam.
mentarbiah dan menjadikan seseorang itu manusia.
ya, manusia yang berguna!
untuk agama, bangsa dan negara.
mungkin memang sudah tertulis,
saya dilahirkan untuk menjadi seorang guru.
dan saya sudah bertemu jiwa saya,
inilah cita2 saya sebenarnya...


anda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails