Saturday, November 27, 2010

mAaFkAN sAyA~

disebabkan musim peperiksaan,
saya agak culas menaip entri baru.

biasanya bangun pagi
selepas subuh saya tak tidur.
blogwalking, BH online dan menaip entri baru
menjadi rutin setiap pagi.
tapi dek kerana sekarang musim exam
rutin itu diganti dengan final revision...

cerita baru memang banyak.
cuma tangan tak sempat menaip entri baru saja!
aha. alasan!
oh,
sekarang rehat kejap
sebelum paper minor selasa ni.
syukur dimudahkan urusan masa
menjawab eropah tadi!
tawakkaltu alallah...
terima kasih kerana mendoakan saya!

hm,
dah nama pun manusia kan.
bila susah baru ingat ALLAH.
bila terdesak, sakit, tenat, nak mati
barulah sibuk nak zikir sebut ALLAH!
bila sihat?
bila muda?
bila kaya?
pernah ke nak ingat?
bukan apa,
bila musim exam
barulah nampak kau sentuh sejadah.
solat awal waktu.
bangun awal pagi nak solat subuh.
pegi solat Jumaat.
sebelum ni?
tak pulak...
hish,
macam mana Islam kau ni?
kejap on, kejap off ea?


bila nak exam,
tahu pulak kau nak mintak doa kat Tuhan kau.
tahu pulak kau nak dekatkan diri.
sebelum ni ade kau buat semua tu?
kau lupa!
kau lupa Dia yang bagi kau rezeki.
bila kau berjaya, kaya raya,
kau lupa semua tu Dia yang beri!
apa2 pun aku doakan moga
rasa istiqamah terus tersemat dalam hati.
moga terus berkekalan amalan begitu
untuk menjadi Islam sejati!

maaf buat sesiapa yang terasa.
bukan apa,
itu yang saya nampak.
juga untuk peringatan buat diri saya.
kita kan manusia,
kadang2 lupa...
maaf buat kengkawan blogger,
dah habis exam nanti
saya ziarah teratak kalian.
terima kasih kerana follow saya.
meh ramai2 lagi meriahkan
rumah saya!


maafkan saya semua!~
p/s : hm, ada masa nanti saya sambung cerita APERA.
eh, korang nak ke dengar? aha

8 comments:

  1. sejuk je hati bila tgk entri kamU:)

    ReplyDelete
  2. cik mus : aha. k, nanti ea...! angpa baca~

    ReplyDelete
  3. F. Aminurrashidd : di sekeliling kita...
    memang ada! ehe

    ReplyDelete
  4. CGG : terima aksih dtg ziarah!
    salam kenal~

    ReplyDelete
  5. salam....

    tak apa...masa exam..tumpukan pada exam dulu...:)

    ReplyDelete
  6. salam.

    terima kasih cikgu sekamar rindu!

    maw pecah kepala da ni~ ehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails