Wednesday, June 30, 2010

TigA hARi LaGi~

hari ini sudah hari rabu...
tiga hari lagi,
siswa siswi baru akan mendaftar,
hari ahad ini,
bermulalah minggu suai kenal [MSK],
segala ilmu dan pengalaman,
yang dikutip selama dua minggu,
berkampung di Kolej za'ba,
dan mengenali segala macam manusia,
akan diaplikasikan,
segenap tenaga dan kudrat,
akan dicurahkan demi UPSI tersayang...


bengkel MSK dan gerak kerja,
satu pengalaman baru dalam diari hidup ini,
setelah bergelar anak kandung suluh budiman,
inilah masa untuk mengutip ilmu,
dan juga pengalaman daripada yang lebih dewasa,
terima kasih tidak terhingga....

teman-teman baru....

untuk MSK kali ini,
diri ini diamanahkan untuk mengurus
protokol, jemputan dan sambutan,
menjadi pengacara majlis di SITC,
rasanya satu tugas yang agak berat,
juga amanah yang begitu besar,
semoga dapat dilaksanakan dengan baik,
jutaan apresiasi,
istimewa buat mentor yang cuba menggilap bakatku,
Kak Fatihah,

Abg Baihaqi,

Kak Priya,

Abg Adnan,
juga mereka yang sentiasa memberikan sokongan,
moga kita semua dapat buat yang terbaik nanti...
sekretariat protokol, jemputan dan sambutan

begkel gerak kerja kali ini,
terlalu banyak momen untuk dikenang,
terlalu panjang untuk dicoretkan,
segala macam rasa bertamu di sudut hati,
dapat mendalami makna ukhuwah,
dapat mempelajari erti perjuangan,
dan yang paling berharga,
dapat mengerti erti kehidupan!!


kita tetap bersama, menempuh segalanya...
terima kasih untuk persahabatan ini,
moga ukhuwah fillah terus bersemi...

Monday, June 28, 2010

wARkaH buAt Si gADis~


terjumpa warkah ini di sebuah dusun,
untuk seorang gadis yang mungkin istimewa,
di hati seorang lelaki biasa...

buat gadisku,
sudahkah kau lupa akan aku??
atau ingin mainkan perasaan ini??
aku juga seorang manusia,
lelaki biasa yang punya perasaan,
yang ada naluri dan rasa di jiwa,
walau tidak sesempurna lelaki lain...

mengapa tiba-tiba kau menjauh,
marahkan aku atau membenci diriku??
atau ingin menduga makna di hati,
mungkin aku tidak sekuat itu...
jika sudah membenci,
tinggalkanlah aku,
jauhkan diri dariku,
aku sudah cukup mengerti,
mungkin ini hadiah paling beerti buat diriku.

aku sedia terima kehilangan,
aku sedia terima perpisahan,
aku sedia terima tulisan takdir TUHAN...

warkah ini dijumpai di dusun hati,
milik seorang insan bernama lelaki...


~sekadar mengisi masa lapang~

Saturday, June 26, 2010

tELefoN oh tELefoN~

sekarang dunia di hujung jari,
merentas arus globalisasi,
hidup juga perlu bervisi,
agar kita lebih mengerti....

sekarang amir guna telefon ini,




tapi sudah rosak pula,
bila sms boleh,
bila nak call jadi masalah,
orang di sana tidak boleh dengar suara amir,
amir boleh dengar suara mereka,
memang tengah nazak la tu...

ingat nak pakai telefon jenis ini,



tapi entahlah,
tengah dok fikir lagi,
sesiapa yang ada sebarang pendapat,
bolehlah diberikan ye....
amir sedia terima~

Tuesday, June 22, 2010

TeMoh buMi kEnaNGaN~



dahulu,
tak pernah tahu apa itu TEMOH,
tak pernah dengar nama TEMOH,
tak pernah kenal dengan TEMOH,
rupanya TEMOH itu nama tempat,
tanah yang menggamit jutaan kenangan,
bumi yang ada sejarah tersendiri,
kampung yang bisa melahirkan ilmuan bestari,
juga daerah yang menyulamkan damai di hati...

sebelum cuti semester,
amir ada bekerjasama dengan Dr. Badriyah Hj. Salleh,
pensyarah sejarah Malaysia,
juga bekas pelajar SK TEMOH,
yang akan menjayakan jubli berlian,
sambutan 100 tahun sekolah itu,
akhirnya,
12 Jun hingga 15 Jun lalu,
seramai 12 orang anak kandung suluh budiman,
sedia berkhidmat menyemai bakti,
menjadi anak angkat
dan sukarelawan bagi menjayakan majlis
jubli berlian di bumi TEMOH.
4 hari di sana,
banyak pengalaman yang dapat dikutip,
anekaragam manusia yang ditemui,
kami diamanahkan untuk menguruskan program motivasi,
bagi pelajar UPSR, PMR dan SPM,

syukur,
semuanya berlalu dengan lancar,
buat adik-adik,
pewaris generasi TEMOH,
teruskan perjuangan!!
hidup tak pernah berhenti untuk belajar...

biarpun kami cuma 4 hari,
berkampung di daerah TEMOH yang damai ini,
terasa seperti TEMOH itu kampung sendiri,
memang TEMOH menggamit sejuta kenangan,
sukar diungkapkan dengan lafaz kata,
mungkin hanya anak-anak TEMOH,
yang merasainya...

di bumi tenang ini juga,
anak-anak TEMOH,
yang dulu tidak mengenali,
kini sudah akrab,
semakin mengerti dan memahami,
kerana bumi TEMOH yang menemukan kita...

Sunday, June 20, 2010

wARkaH buAt AyAHaNDa~~


Assalamualaikumwarahmatullah...
apa khabar ayahanda di sana??
anakanda doakan ayahanda sentiasa tenang dan damai,
bahagia dengan kehidupan di situ...


hari ini hari bapa,
walaupun ayahanda jauh,
tapi anakanda sentiasa rasa ayahanda dekat,
tetap bersemi rasa sayang,
tetap menitis embun kasih,
rindu??
rasanya segenap hati dan perasaan anakanda ini,
terlalu rindukan ayahanda...
biar kita cuma dapat kenal seketika,
tapi ayahanda tetap ABAH anakanda,
sampai bila-bila!!


cepat sangat rasanya kita kenal,
belum puas berkasih dengan ayahanda,
belum puas berkongsi anekarasa dengan ayahanda,
belum puas mengenali ayahanda lebih rapat,
lebih dekat dan lebih akrab,
anakanda 4 tahun,
ayahanda sudah pulang semula,
bertemu dengan Sang Maha Pencipta,
moga kita dapat bertemu kembali di kampung abadi...


mungkin ketika itu anakanda masih kecil,
tidak mengerti apa-apa,
tiada sebarang rasa di dalam dada,
namun cukuplah jika anakanda
pernah memanggil ayahanda ABAH,
anakanda tetap akan ingat sampai bila-bila,
sebab anakanda pernah mempunyai seorang lelaki,
yang bernama ABAH,
yang menjadi pemangkin semangat anakanda,
untuk terus menjadi yang terbaik
dalam hidup yang dilalui ini...


rupanya 22 syaaban ini,
genap 16 tahun ayahanda pergi,
rasa seperti cepat benar kan?...
tahun ini pun,
anakanda akan berusia 21 tahun,
memang masa berlalu begitu pantas,
tanpa mengenal siapa kita,
bahkan anak raja sekalipun,
masa terus meninggalkan kita...


16 tahun yang dilalui tanpa ayahanda,
peritnya sukar dilafazkan,
kadangkala indah,
kadangkala penuh duka,
pahit dan pelbagai rasa,
rupanya inilah hidup!
baru anakanda mengerti,
hidup ini satu perjuangan,
memang benar nasihat Luqman Al-Hakim...


manusia juga berbagai-bagai ragamnya,
ada yang baik,
juga yang berwatak hitam,
memang tak boleh tengok kita senang,
anakanda pernah rasa semua itu,
rupanya inilah sepak terajang dunia,
walau pahit mana sekalipun,
anakanda cuba untuk telan,
sabar dan syukur,
akan anakanda pegang sampai bila-bila,
kerana ALLAH itu kan Maha Kaya,
pemilik seluruh alam raya...


syukur,
sekarang anakanda akan masuk tahun kedua,
di menara gading anganan semua,
anakanda akan buktikan,
anak yang tak ada bapa ini,
akan berjaya juga satu hari nanti!
biar yang dengki lebih tahu,
betapa langit itu tinggi atau rendah,
tanah yang dipijak itu,
rata atau berliku...
biarlah,
anakanda akan buktikan!
demi ayahanda tersayang...


hari jumaat kelmarin,
anakanda ziarah rumah ayahanda,
rumput sudah meninggi,
bunga juga mula berkembang,
dek kerana rimas dengan pemandangan sebegitu,
anakanda cabut rerumput itu,
anakanda sedekahkan Yasin buat ayahanda,
moga ayahanda terus tenang dan damai,
bahagia dengan kehidupan ayahanda di sana,
anakanda tahu ayahanda bahagia,
ayahanda jangan bimbang,
selagi nadi anakanda terus berdenyut,
secangkir doa takkan anakanda lupakan,
buat ayahanda yang pernah hadir,
dalam hidup anakanda ini...


sempena hari bapa ini,
anakanda mahu ayahanda tahu,
yang anakanda sangat sayang ayahanda,
biar kita pernah bersua seketika cuma,
biar ayahanda pinjaman sementara,
biar ayahanda terlalu jauh,
biar ayahanda tak pernah mengerti,
tapi ketahuilah,
ayahanda tetap priya terhebat!!
yang pernah hadir dalam hidup anakanda,
abah terbaik buat anakanda...


salam sayang walau jauh,
Al-Fatihah buat ayahanda,

ABDUL RAHMAN B. HAJI MOHAMAD BERAWI~

Friday, June 11, 2010

iNiLaH hiDuP~


Lama benar rasanya tidak menulis di sini,
tidak meluahkan rasa hati...
mungkin ada yang merindui,
kerana laman ini lama menyepi...
biarlah....
kini amir kembali,
bersama MENJEJAK keDEWASAan ini....

hari-hari yang berlalu,
terus meninggalkan kita,
pahit manis kehidupan,
ranjau dan cabaran perjuangan,
melewati setiap detik yang ditempuh,
kerana yang pasti,
masa takkan menunggu kita,
hadir dan pergi,
singgah dan terus berlalu....


semester dua di universiti telah tamat,
cepat benar masa bergerak,
setahun telah berlalu,
meninggalkan ceritera tersendiri,
ada yang perlu dijadikan pengajaran,
juga sempadan dan teladan,
kerana hidup yang kita lalui,
membuatkan kita rasa gigih
untuk belajar dan terus belajar....


kadangkala kita jatuh,
hingga tersungkur lalu berdarah,
bangkitlah dan cubalah untuk berdiri,
biar jatuh kali ke tujuh,
bangkitlah untuk kali kelapan!
hidup tak pernah mengajar kita,
untuk cepat menyerah dan mengalah,
selagi ada usaha dan upaya,
selagi ada ruang dan peluang,
nikmatilah setiap detik dan ketika itu,
yang berusaha pasti akan berjaya....


keinginan untuk pergi bercuti,
sebelum semester dua berakhir,
dapat juga direalisasikan,


kenangan di Langkawi bersama Wan dan Lail~



syukur!!
dapat juga diri ini menikmati keindahan ciptaanNya,
merasai keunikan ragam manusia,
menghayati setiap warna lukisan dunia,
indah,
cukup indah!!

kenangan di Penang~

inilah kehidupan,
yang dihiasi pelbagai warna,
yang terlalu banyak jalinan memorinya,
yang telah banyak mengajar diri ini,
juga kita semua,
untuk kita lebih kenal diri sendiri,
merasai indahnya sebuah kehidupan,
menikmati setiap anugerah pemberianNya,
juga banyak mendidik kita,
menjadi lebih dewasa.....!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails