Saturday, December 31, 2011

Doa Buat Kekasih~


DOA BUAT KEKASIH


Mungkin ini jalan takdir

yang tertulis

agar kau dan aku

mengerti makna cinta

seorang kekasih yang mengasihi.


Tidak pernah sesekali

aku kenal makna jemu

membaja dan menyiram

benih rindu

yang kita tanam semusim lalu

demi sebuah cinta

kekasih yang bertakhta.


Sayang,

kita susuri titian ujian ini

dengan redha dan sabar

lalu hujan kasih dan rahmat

mengguyur dengan lebat

membasahi dusun hati

berselaput daki.


Tuhan,

eratkanlah hati kami

andai tertulis dia jodohku.

Akrabkan rasa cinta

agar mewangi mawar imani

suluhi laluan zulmat

biar jalan menuju puncak cinta-Mu

terasa keramat

dengan limpahan nur

tulus dan kudus.


Tanjong Malim

19 September 2011


Tuhan, jika ini jalan takdirnya; aku redha.

Tuesday, December 13, 2011

Aku Mahu Jadi Bulan...


Saat ini
aku mahu jadi bulan
menyuguhi segenap alam
menerangi kelam malam...

Insan biasa, tidak sempurna.

-13.12.11-

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Hari ini 13 Disember. Selamat ulangtahun kelahiran buat nenda tersayang. Moga redha dan rahmat Allah sentiasa melimpahi ruang hidupmu.

Rasa mahu balik kampung sekarang. Tapi nak buat macam mana, berderet tugas yang perlu diselesaikan. Ada rezeki dan lapang nanti, saya akan pulang.

Adakala saya ini agak manja dalam sesetengah perkara (ceh, perasan!). Bila fikir-fikir balik, mungkin sebab saya membesar dengan nenek saya jadi begitu. Mungkin. Sebab masa sekolah dulu, ustazah saya pernah kata, siapa yang duduk dengan datuk dan nenek mesti manja. Mungkin betul kata Ustazah Noraini tu...

Hm, saya antara cucu yang rapat dengan nenek. Masa kecil-kecil dulu mesti tidur sama. Ish, boleh nangis kalau ingat balik. Banyak kenangan saya dengan nenek. ^^ Yelah dari kecil saya membesar dengan nenek, dah macam emak sendiri dah. Paling manis dan akan saya ingat sampai bila-bila, nenek ajak saya buat umrah. Alhamdulillah, pertengahan tahun 2005 kami mengembara ke tanah haram.

Alhamdulillah, syukur kerana beliau nenek saya. Tuhan, panjangkan umurnya agar dapat aku berbakti dan mengasihi hingga akhir noktah hidupnya.

Saturday, December 10, 2011

Tugas Editor.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca. Hari ini hari Sabtu, genap seminggu sepupu saya kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

Syukur, punya sedikit kelapangan waktu ini. Bukan selalu dapat rehat pada hari-hari cuti begini. Teman sebilik tiada, pergi camping Kelana Siswa (Sunyi- sebab selalu perang mulut dengan dia).

Mahu tulis tentang apa ya? Hurm, sudah tiada fokus. Oh ya, tiba-tiba teringat tentang Antologi Puisi yang akan diterbitkan nanti. Untuk kelas Puisi Melayu, saya telah diamanahkan oleh Dato' Paduka Dr. Rosli untuk mengumpulkan puisi rakan sekelas untuk dibukukan bagi melengkapkan kursus 3 jam kredit semester ini. Awalnya, itu cuma cadangan saya (untuk membukukan antologi puisi) dan alhamdulillah, dato' bersetuju untuk bekerjasama merealisasikan cadangan itu. Moga-moga dimudahkan urusan selepas ini.

Baru saya tahu, bukan mudah rupanya mahu menyelenggarakan antologi ini. Dulu, saya tak tahu juga beza antologi dan kumpulan. Ketika di MPR, barulah saya maklum bahawa antologi itu adalah kumpulan karya yang dihasilkan oleh pengarang yang berlainan. Biasanya kita dengar atau lihat buku antologi puisi atau kumpulan puisi kan, jadi kalau kumpulan puisi itu pula maknanya adalah kumpulan karya yang ditulis oleh seorang pengarang sahaja. Contohnya, Kumpulan Puisi Merindu Alam yang ditulis oleh Ihsan Noorzali dan Antologi Puisi Dalam Redup Wajah Ibu yang diselenggarakan oleh A. Halim Ali (pernah baca?)

Apabila diberi tugas mengumpul puisi rakan-rakan, barulah saya tahu bagaimana peritnya jadi editor. Terima kasih buat seorang teman saya yang membantu saya menyunting karya rakan-rakan sekelas. Sememangnya editor memang akan berhadapan dengan tekanan yang tersendiri yang seharusnya difahami oleh penulis (barulah saya faham). Biasanya jika penulis menghantar sesuatu karya, pasti penulis itu akan ternanti-nanti karyanya tersiar hingga ada yang sering telefon editor bertanyakan bila karyanya akan tersiar (Ini bukan adab yang baik).

Setakat ini, saya ada menulis untuk siaran majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Dewan Siswa, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Saya sering dipesan oleh mentor saya supaya menghormati tugas editor. Kerja kita hanya menulis. Tersiar atau tidak bergantung kepada editor, itu tugas dan hak mereka. Tersiar atau tidak juga bergantung kepada mutu penulisan kita sebenarnya. Jika kita tulis sampah, takkanlah editor mahu siarkan- fikir-fikirkan. Jadi, jika mahu jadi penulis yang baik, fahamilah etika penulis. Saya pun bukan mahir benar, tapi setakat mana yang saya boleh kongsi, saya kongsikan.

-Menulis itu terapi jiwa

Setakat ini, ada beberapa penulis muda yang saya temui karyanya dalam majalah terbitan DBP. Sejujurnya saya sedih juga, UPSI dahulu ketika zaman SITC, MPSI dan IPSI telah melahirkan ramai penulis terkemuka tapi sekarang sudah semakin berkurang lebih-lebih lagi dalam kalangan penulis muda. Jujur, saya sangat bangga apabila dapat menuntut ilmu di tempat lahirnya orang-orang hebat seperti Za'ba, Dato' Kemala, Ali Majod dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat.

Jika anda minat menulis, terus menulis. Jangan pendamkan bakat kerana hanya diri kita yang mampu menerobos potensi diri. Sudah lama saya tidak menulis sebenarnya, sudah tumpul idea!
Patutlah, mereka yang sudah sebati dengan dunia penulisan sering nasihat, jangan berhenti menulis, teruskan. Sudah berapa minggu saya tidak menulis, hingga sampai satu ketika saya duduk berseorangan (konon untuk siapkan satu puisi) namun tidak berjaya! Ilham tidak turun dari langit. Saat itu, saya sudah kehilangan diksi-diksi indah. Itulah penangan kerana sudah lama tidak menulis. Padan muka!

Apapun, buat pembaca yang minat dan punya keinginan untuk menulis (puisi, cerpen, pantun, novel, artikel atau sebarang bentuk penulisan) teruslah menulis. Jika ada idea, rangka baik-baik dan terjemahkan ilham dalam bentuk tulisan yang baik yang akhirnya apabila dibaca oleh pembaca, akan meninggalkan kesan yang bermakna. Sebolehnya, saya akan berusaha membantu sekiranya anda mahukan pertolongan. Tidak tahu menghantar karya di mana dan bagaimana? Saya boleh bantu setakat yang mampu. Sama-samalah kita martabatkan persuratan Melayu yang makin lenyap ditelan modenisasi.

P/s : Makin kuat keinginan untuk punya buku hasil tulisan sendiri. Doakan sahabat! =)

Wednesday, December 07, 2011

Penakut.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Saya baru lepas menelan ubat. Tiba-tiba teringat cerita masa kecil dulu. Saya ni sebenarnya jenis PENAKUT makan ubat! Hahaha (Kalau bakal isteri tahu, buat malu saja!)

Ingat lagi masa kecil dulu, tiap kali makan ubat yang cecair tu, biasanya ubat batuk dan selsema wajib saya muntah! Hehehe. Entahlah, alergic betul saya dengan cik ubat. Sampai satu tahap saya akan makan ubat dalam tandas. Takpun, pejam mata, tutup hidung atau bonda akan bising suruh ingat makan kek atau coklat yang sedap .

-Dulu, saya mesti menangis apabila terpandang ubat begini! Hehe

Kelakar bila ingat balik!

Tengah tak sihat, kesedapan kek dan coklat masih tidak mampu lagi mengatasi rasa ubat itu. Haha. Bila berumur sedikit, macam tu jugalah keadaan saya apabila menelan ubat pil. Saya ingat lagi, saya pernah makan pil paracetamol bersama pisang. Lepas gigit sikit hujung pisang itu, bonda akan masukkan pil dalam pisang (konon-konon tak nampaklah pil putih tu). Sampai macam tu sekali, cara saya makan ubat masa zaman kanak-kanak dulu-penakut! Hehe

-Ubat, agen penyembuh. Yang menyembuhkan tetap Dia!

Sekarang, alhamdulillah dah ok. Sudah hilang rasa penakut mahu makan ubat. Bila ingat balik zaman kanak-kanak saya, pasti akan tergelak sendiri. Mungkin sebab itu juga Tuhan jarang sakitkan saya, saya ini orang yang jenis alergic ubat. Hehe

Apapun, ubat sebenarnya bukan menyembuhkan. Ubat hanyalah alat yang dijadikan Tuhan. Yang menyembuhkan tetap Dia, Maha Tahu segenap perkara.

*Mahu tidur awal, badan sudah penat. Tidak larat. Babai =)

Tuesday, December 06, 2011

Peringatan Tuhan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia AmirBatrisya.

Harap semuanya sentiasa di bawah lindungan rahmat dan redha Allah.
Saya baru baik daripada demam. Alhamdulillah, tidak lama mana. Oleh kerana saya ini orang yang jarang dan susah sakit, tapi bila sekali sakit memang agak teruk sakitnya. Seingat saya, sebelum ini saya demam teruk masa tahun lepas, ketika entri ini ditulis.

Sabtu lepas, saya dapat berita kematian sepupu. Saya pun terus balik ke Jeram selepas kelas pagi Sabtu. Malam selepas kenduri saya terus balik ke Tanjong Malim kerana esoknya (Ahad), saya ada pementasan drama di Negeri Sembilan. Memang Tuhan nak menguji, saya kemalangan. Syukur cuma kemalangan kecil, saya agak trauma tetapi Iswara agak teruk juga. Dan sampai tol Tanjong Malim tangki kereta pecah. Jam dah pukul 2 pagi. Ujian-ujian... Mujur saya pulang ke kampung dengan seorang teman. Ada jugalah yang menemani sepanjang perjalanan.

Sampai di Tanjong Malim, teman-teman yang sering bergelak tawa bersama bukan hanya teman ketika suka. Mereka datang menjenguk saya di tol TM. Tuhan, Syukur benar Kau kurniakan mereka untukku. Terima kasih teman! Setelah tangki ditukar dengan harga RM 200, saya hanya menumpang tidur di rumah kawan. (Setelah jam 12, tak boleh masuk kolej). Jam 5 pagi esoknya, saya terus hantar teman yang menemani saya pulang ke kampung itu ke kolejnya dan saya terus balik ke kolej dan bersiap untuk pementasan drama. Jujur, memang kepenatan!

-Keadaan Cik Iswara. Ini ketika mengisi air untuk diminum
oleh tangki di Tol Bukit Tagar.

-Antara teman-teman yang setia menemani pada jam 2 pagi.
Terima kasih daun keladi!

Sepanjang perjalanan ke Negeri Sembilan, saya hanya tidur. Badan sudah tidak larat sebenarnya, tapi digagahkan jua demi drama. (Subjek minor 3 jam kredit yang membawa kepada keputusan peperiksaan saya). Seharian di Negeri Sembilan sejujurnya tidak menggembirakan lebih-lebih lagi apabila badan dalam keadaan begini. Saya benar-benar lemah sebenarnya. Mohon maaf untuk kumpulan saya, tahu itu bukanlah persembahan terbaik saya. Dah lah selalu tak datang latihan, komitmen entah tahap mana, teruk betul saya rasa. Sampai hari kejadian, saya betul-betul rasa bersalah. Persembahan lakonan saya amat teruk! Tuhan, ampuni saya. Teman, maafkan saya. Kerana saya, drama 'Kubur' kita tidak berapa menjadi. Apapun, inilah pengalaman yang akan saya ingati. Ujian 'takdir' ini hadir berganti-ganti.

Saya tidur sepanjang perjalanan pulang ke TM. Betul-betul sudah habis tenaga. Tekak sudah sakit, rasa tak sedap badan. Isnin, saya tidak hadir ke kelas. Terima kasih kak Nad (mantan presiden kelab debat) yang menjenguk kami di TM. Dia yang menemani saya ke klinik. Setelah jumpa seketika dan selesai rawatan, terus saya ke kolej untuk berehat. Tengah hari itu hanya sempat menjamah waffle kerana tiada selera makan. Saya teringin mahu makan bubur nasi. Aduh, saat ini saya teringat bonda di kampung. Masa saya tidak sihat, pasti akan ada bubur nasi untuk saya... (Oh, itu bukan makna manja!)

Alhamdulillah, mujur roomate tersayang memahami. Dia telah mencari bubur nasi untuk saya malam itu. Barulah rasa bertenaga. Nampak risau juga roomate saya yang hot tu, mungkinlah sebab kena jaga orang sakit kan. Sebelum makan bubur, kami hanya berinteraksi melalui tulisan di telefon. Saya akan tulis untuk memberitahu apa yang saya mahu kerana tekak saya benar-benar sakit-tak boleh bercakap banyak. Ketika menjamah bubur itu, pastinya ingatan saya semakin kuat kepada bonda. Andai ada di sisi, pasti akan dimasakkan untuk saya. Terima kasih Cik Zalie yang hot sebab carikan bubur waktu-waktu malam untuk saya...

Hari Selasa hari Asyura, 10 Muharam. Saya tak larat berpuasa, belum sihat sebaiknya. Saat ini barulah saya mengerti, Tuhan sebenarnya memberi peringatan kepada saya. Diberikannya ujian dan sakit kepada saya, mungkin juga kifarah kepada dosa-dosa silam yang amat banyak untuk dihitung. Biarpun tak dapat berpuasa sunat, tapi saya benar-benar bersyukur apabila dikelilingi orang yang menyayangi. Pernah dulu senior saya pesan, biar seorang yang membenci kita Mir, tapi ingat ramai lagi yang menyayangi kita sebenarnya. Dan, sekarang ternyata benar! Saya malas mahu ambil kisah siapa yang membenci saya, lebih baik saya ambil tahu mereka yang menyayangi saya, lagi bahagia! Sampai ada yang sanggup membawa saya ke Rawang mencari bubur ayam McD. Saya benar-benar terharu! Begitu hikmahnya ujian Tuhan. Terima kasih Tuhan untuk ingatan!

-Bubur, mungkin makanan paling sedap kala tidak sihat begini.

Kawan, bukan hanya ketika suka tapi saat berduka dia hadir menyuluh bahagia. Terima kasih untuk perkenalan dan persahabatan yang indah ini!


*Maaf entri terpanjang sedikit. Harap tidak bosan membaca. =)

Thursday, December 01, 2011

Pilihlah Yang Terbaik...

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Sudah awal pagi Disember. Mata tidak boleh tidur. Entah mengapa. Di dalam bilik terasa panas benar, membahang. Teman sebilik sudah lena. Kesian, mungkin penat benar dia...

Rupanya sudah minggu kesebelas kuliah. Aduh, pantasnya masa bergulir! Bila bersendirian, seringkali saya teringat yang saya ini rupanya PELAJAR. Oh, banyak perkara yang saya perlu belajar. Belajar berkawan, belajar menjadi sahabat yang baik, belajar menyayangi, belajar menjadi manusia yang baik dan paling penting belajar menjadi hamba Allah yang terbaik dalam segenap perkara.

Manusia, manusia. Sering benar kita lupa.

-Pilihlah jalan terbaik dalam hidupmu...

Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita impikan. Biasalah, impian mestilah yang indah-indah. Namun, adakala kita selalu dapat lebih daripada apa yang kita harapkan. Saya yakin anda pun begitu juga. Banyak sebenarnya yang Tuhan anugerahkan lebih daripada apa yang kita minta, lebih daripada apa yang kita harap. Allahuakbar!

Biarpun banyak atau sedikit yang Tuhan beri, pernahkah kita bertanya pada diri; tidak cukupkah lagi dengan apa yang Allah beri? Dan apabila Tuhan turunkan sedikit ujian, mulalah kita menyalahkan Dia. Mulalah kita bersangka buruk dengan Allah. 'Kenapa aku yang kena, Allah tak sayang aku ke? Kenapa mesti aku?' Apalah sangat ujian Tuhan yang sedikit itu jika mahu dibandingkan dengan nikmat yang melimpah ruah yang pernah Dia anugerahkan. Kita sering lupa bahawa ujian yang Allah beri sebenarnya setara dengan kemampuan kita. Allah takkan turunkan ujian yang melebihi tanggungan kita, baiknya Allah! Maknanya, setiap masalah ada penyelesaian. Setiap ujian, mampu kita hadapi sebenarnya. Bersangka baiklah dengan Allah, kerana Dia sebaik-baik tempat untuk mengadu. Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Itulah manusia, selalu tak bersyukur. Sering bersangka buruk dengan Allah sedangkan Dia Tuhan, Pencipta dan Tuan. Kita siapa? Kita hamba, patutlah kena dengar cakap tuan. Tapi, kita mudah lupa. Lupa siapa kita sebenarnya. Sedangkan Tuhan dah janji, Dia ciptakan manusia dan jin adalah untuk beribadah kepada Dia. Adakala niat kita lari, nawaitu kita bukan untuk beribadah tetapi hakikatnya mencambahkan benih riak, takabur dan ujub. Nauzubillah, moga dijauhkan! Betulkan semula nawaitu kita, moga hidup yang dilalui lebih bermakna.

Jalan takdir ini hakikatnya sudah tertulis. Hitam atau putih, kita yang pilih. Keputusan di tangan kita, tanya pada diri. Mahu syurga atau neraka?

Wallahualam.

Saturday, November 26, 2011

Melampau!

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Sekarang saya berada di kampung, di rumah nenek. Damainya. Saya suka suasana begini.
Lebih manis lagi apabila saat ini musim durian berbuah. Sedapnya! Tadi baru lepas makan tempoyak colek. Makan ala-ala kampung gitu!

-Tiga hari lepas baru makan durian di Tanjong Malim.
Kali ini makan durian Langat. Yummy!

Baru lepas kongsi cerita dengan nenek pasal teman serumah. Entahlah, geram betul. Makin nak habis semester ni, makin banyak pula barang hilang. Mula-mula dulu cermin Zalie, dia letak dalam tandas-hilang. Kesian teman sebilik saya yang 'hot' tu...

Lepas tu, creamer yang selalu saya minum dengan nescafe hilang. Sekali dengan balangnya sekali pulak tu. Geram betul! Letak payung kat ruang tamu, kejap ja. Hilang jugak! Aduh la... Semalam nak makan tengah hari dengan Zalie. Konon-konon nak buat air teh o ais. Sekali jag air hilang juga. Mengamuk jugalah masa tu. Geram sangat!

Selama duduk kolej, tak pernah lagi orang usik-usik barang saya macam tu. Nak pakai beritahulah. Saya bukannya jenis berkira pun. Tapi bila kau pergi rembat, melampaulah kan! Seliper pun dah hilang juga dicuri ****** tu! Geram geram...

Ini memang melampau. Lepas ini entah apa pula lagi barang saya yang akan dirembat. Mujurlah di kampung ini damai. Dah, malas nak fikir banyak-banyak...

Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun. Salam Maal HIjrah! Sayang semua pembaca AmirBatrisya =)

-Doa akhir tahun. Baca lepas solat Asar hari ini.

-Doa awal tahun. Baca lepas solat Maghrib nanti.

Moga bermanfaat dan selamat beramal! =)

Thursday, November 24, 2011

Rindu...

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Entahlah. Sejujurnya saya tidak suka rasa yang sedang saya rasa saat ini. Sebenarnya rasa apa yang membelenggu saya saat ini pun saya tak tahu. Entahlah. Entah. Saya benar-benar tidak tahu.

Rindu.

Ya, saat ini saya rindu dengan semua kenangan yang pernah hadir. Saya rindu zaman asrama dulu. Yang banyak mengajar erti ukhuwah. Ukhuwah itu indah! Rindu masa kerja di Secret Recipe. 2 tahun saya kerja dan mula kenal apa itu dunia. Barulah saya mula tahu orang jahat ada di mana-mana.

-Hari terakhir saya berkhidmat di Secret Recipe.
Terharu apabila diraikan begini, New York Cheese kek kegemaran saya
yang ditulis 'Dejavu to our beloved Amir' menjadi saksi.

Saya rindu zaman tingkatan enam. Terima kasih Sue sebab kenalkan saya dengan dunia yang tak pernah langsung saya fikir. Dulu, sayalah orang pertama yang katakan tidak kepada tingkatan enam, tapi hakikatnya memang indah. Masa itulah baru saya tahu apa itu persaingan dan sentiasa belajar jadi yang terbaik dalam segala-galanya. Dan kerana tingkatan enam jugalah, saya layak berada di sini, ya di UPSI. Alhamdulillah...

-Melepak di Sungai Gabai. Kini, masing-masing dengan
haluan sendiri. Moga terus berjaya!

Banyak. Terlalu banyak rasanya yang telah saya lalui dalam hidup ini. Adakala apa yang saya peroleh lebih daripada apa yang saya harap. Allah itu baik, sangat baik! Allah Maha Besar. Saya rasa kerdil benar jika mahu dibandingkan dengan segala nikmat yang Tuhan anugerahkan. Banyak. Sangat banyak. Segala puji hanya layak untuk-Mu Allah!

Saya rindu masa dulu-dulu. Rindu senior debat. Rindu. Sangat-sangat rindu!

Wednesday, November 16, 2011

Manusia.

Aku tak pandai marah-marah.

Aku tak suka marah-marah.

Aku pun manusia, punya hati dan rasa.

Kau pun begitu, manusia.

Punya hati dan rasa.

Kita sama, manusia.

Tapi kita tak serupa...

Wednesday, October 12, 2011

Cerita Tingkat 9...

Assalamualaikum warahmatullah semua pembaca.

Semester ini saya duduk di tingkat sembilan. Pada awalnya, memang saya geram. Lama juga saya menyumpah-nyumpah, tak puas hati. Yelah, sejak sem 1 lagi saya selalu duduk di tingkat 5 dan 6 sahaja, tup tup sem ni kena duduk atas sekali. Aduhai!

Kenapa saya tak suka duduk di tingkat 9? Airnya kecil! Ya, memang tak puas mandi! Saya ni orang yang jenis guna air yang banyak bila mandi tapi bila dah dapat tingkat 9, sabar je lah... Ada juga yang bercerita tentang makhluk lain, mahu menakut-nakutkanlah kiranya. Moga-moga, semangat saya terus kuat! Di tingkat 9 ni pun, budak yang se'badge' saya hanya tiga orang itupun tak berapa rapat (berbeza kos). Yang ramainya budak junior sem 2. Nak melepak rumah lain, dah tak ada kawan. Kawan-kawan Sejarah lain kebanyakannya dah duduk rumah sendiri (rumah sewa). Jadi bertapalah saya seorang diri! Haha tragis!

Tapi, ada teman saya beritahu masa dia duduk di tingkat 9 beberapa sem lalu dia mendapat keputusan peperiksaan paling baik. Kira sepanjang sem, masa dia duduk di tingkat 9 tu, result examnya paling tip top lah. Moga-moga tuah dia terkena jugalah dekat saya yang duduk tingkat 9 sem ni. Haha. Tapi dia duduk blok perempuan (Dah dia perempuan, takkan nak duduk blok lelaki pulak kan!) Harap-harapnya sem inipun result saya akan tip top! Mudah-mudahan...

Sekarang, hampir sebulan lebih jugalah saya dah bertapa di tingkat 9 ni. Ulang alik pergi kelas, naik turun bawah dan saya sudah jatuh hati! Haha. Tulah, kadang-kadang sesuatu yang kita benci tiba-tiba kita boleh sayang. Dan apa yang kita sayang pun boleh jadi benci, dengan kuasa Allah. Tuhan kan Maha Hebat! Sekarang saya sudah seronok di tingkat 9 ni.

Petang-petang saya selesa buat kerja di ruang tamu sambil dengar kicauan burung. Pagi-pagi saya suka tengok kabus yang menyelimutkan alam. Petang-petang senja saya selalu tenung langit, tengok mentari terbenam. Aduh, memang asyik! Saya sudah selesa berada di sini, tempat yang pernah saya tidak puas hati. Tidak bersyukurnya saya sebagai hamba!

Alhamdulillah, sekarang bila berada di sini saya benar-benar tenang. Kadangkala juga ilham untuk menulis melimpah ruah datang, dan barulah saya mengerti kenapa Tuhan tempatkan saya di sini. Terima kasih Tuhan! ^^


-Lokasi rumah saya, nun yang tinggi itu. ^^

Tuesday, October 11, 2011

kEciL HaTi...

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera.


Nampak gayanya macam seminggu sekali sahaja saya 'post' entri baru. Haha =)
Hurm, sengaja saya mahu kongsi cerita tentang kecil hati kali ini. Bukan apa, semenjak dua menjak ni ramai betul teman-teman yang berkongsi cerita, tak kawan dengan budak itu, gaduh dengan budak ini, tak layan dia, tak tegur budak sana dan macam-macam lagi lah.

Sebenarnya, kalau nak cerita pasal kecil hati ini banyak ruang dan peluang yang membolehkan kita kecil hati. Yelah, kadang-kadang sebab perkara kecil pun kita dah kecil hati. Macam yang selalu saya nasihatkan teman-teman, biasalah kita ini kan manusia. Ada hati dan perasaan, adakala kita akan terasa dengan sesuatu perkara. Manusia ni pelbagai macam perangai dan kerenah. Ada yang cepat terasa, ada juga yang tak pernah ambil kisah. Mungkin hanya anda sahaja yang tahu di manakah kondisi perasaan anda.

Betul saya kata, kalau mahu cerita tentang kecil hati, banyak sangat ruang untuk saya kecil hati tapi kadang-kadang saya malas mahu ambil kisah. Yang saya fikir, saya mahu lalui hidup ini dengan indah. Saya mahu satu hari nanti kenangan yang akan saya ingati semuanya manis-manis. Buat apa kita mahu kecil hati sedangkan perkara itu kecil dan remeh, hidup ni sekejap sangat. Entah esok lusa, kita akan dipanggil ke negeri abadi.

Moga-moga kita terus bersemangat untuk lalui kehidupan yang mendatang. Selamat bermujahadah!

Tuesday, October 04, 2011

HaRi uLaNGtaHuN yANg mANis...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.

Syukur kerana masih lagi dipinjamkan usia untuk meneruskan sisa-sisa kudrat. Terima kasih banyak-banyak untuk setiap doa dan ingatan sempena hari ulangtahun kali ini. Mungkin ia sekadar angka, tetapi ia menggambarkan perjalanan hidup. Sudah berapa banyak yang kita telah capai sepanjang hidup yang kita lalui.

Yang manis mungkin boleh dijadikan kenangan, yang pahit bolehlah dijadikan pengajaran supaya untuk umur yang akan datang tidak tersasar langkah. Alhamdulillah, sepanjang Tuhan meminjamkan saya nyawa, banyak harapan dan impian yang telah tertunai. Saya bahagia dan saya cuba untuk terus membahagiakan insan-insan di sekeliling, yang banyak memberi, menemani, meminjamkan semangat, menghulur tangan saat saya terjatuh dan setia bersama di sisi.

Ulangtahun kali ini lebih manis dan indah. Terima kasih Tuhan. Hanya Seketika, pengalaman yang mendewasakan. Ikram, Buat yang terbaik untuk PMR hari ini. Doa ustaz mengiringi perjuangan kamu!

HANYA SEKETIKA

Pertama kali bersamamu
menatap segenap wajah
tulus dan polos
tiada secalit gundah
yang berselirat.

Setiap redup matamu
merenung mulus
mendamba pengertian
tentang cita tentang cinta dan tentang hidup
yang bakal kautempuh
dewasa nanti.

Jalan hidup ini harus kaupilih
hitam atau putih
berbekal sabar dan taqwa
agar molek pekerti dan jiwa
berteman imani yang mewangi
mencorak luhur di relung hati.

Seketika bersamamu
ada sejalur impi
yang kauharap
dan pasti mahu kaudakap,
kejarlah semahunya
tautlah dengan erat
dan akrab
andai sudah mewarnai genggamanmu.

Tuhan temukan kita
hanya seketika,
untuk aku mengerti
dan kau menghargai
anugerah hidup beranekawarna.

Dan setiap langkah
dalam jalan dewasamu
ingatlah tentang aku
dan secebis kisah tentang kita
yang pernah singgah
menjadi tetamu
dalam ruang hidupmu
walau hanya seketika cuma.

-Istimewa buat anak didikku!

*Utusan Melayu Mingguan, 3 Oktober 2011 (Sisipan Jawi)

Monday, October 03, 2011

Oh OkTobER..!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia.

Sudah masuk hari baru, minggu baru dan bulan baru. Hari ini sudah masuk minggu keempat kuliah. Sejak 5 Syawal lalu sehingga hari ini saya sudah tidak jenguk-jenguk kampung. Oh, rindunya!

-Kampung di Kuala Lumpur! aha

Semalam, saya dapat sms daripada Ajim.
'Bang, satu hari pasti kita akan jumpa balik. Abg jaga diri. Maaf sebab tak contact. Semoga ditabahkan hati dan sentiasa positif =) '

- Potret kenangan, beberapa tahun dahulu. Masih muda! ^^

Saya tahu dia sibuk untuk semester akhir diplomanya. Moga-moga terus kuat melalui hari-hari mendatang dan ingat, jadi yang terbaik dalam segala-galanya! Biarpun kejap ingatan dia kepada saya, saya sudah bersyukur dan dia seakan mengerti kegusaran di hati kecil ini.

Dia seorang adik yang kuat. Biarpun masih muda tetapi sudah 'terpaksa' mendepani konflik hidup yang agak hebat. Pengalaman memang mengajar manusia menjadi dewasa. Hidup, pasti ada pahit dan manis untuk dikenang selagi hayat dikandung badan.

Saya yakin, pengalaman hidup yang dilaluinya telah mendewasakan dia. Begitu juga kita, yang membezakan setiap antara kita ialah ilmu dan pengalaman. Ya, mungkin pengalaman hidup yang anda lalui lebih indah daripada saya. Mungkin.

Dan kerana perbezaan hidup yang kita lalui inilah yang mengindahkan jalan dewasa kita. Ya, adakala hadir gembira yang menyelubungi apabila dikelilingi teman-teman dan anugerah yang menikmatkan. Syukur. Kadangkala pula, Tuhan berikan ujian, bukan kerana Tuhan membenci tetapi sekadar menguji setinggi mana iman kita, sejauh mana syukur kita kepada Dia.

Tuhan itu adil, menghadirkan ujian setakat yang kita mampu untuk hadapi dan tangani. Allah itu dekat. Berdoalah selalu dan selamanya, kerana Dia pasti mendengar doa kita dan diperkenankan andai tiba saatnya...

-Moga Ajim terus kuat dan dimudahkan urusan untuk menyelesaikan pengajian.

Thursday, September 29, 2011

MaSa tERus bErLaLu...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua pembaca.

Syawal sudah pun berakhir. Pergi seperti Ramadan dan bulan-bulan sebelumnya. Moga-moga kita dipanjangkan usia untuk bertemu lagi merai keindahan dan kemenangan pada musim-musim akan datang.

- Oh, sepupu-sepupu yang semakin membesar! ^^

Syukur, kita masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus beramal dan beribadah kepada Dia. Syukur, kita masih sihat menikmati indahnya hidup dan merasai segenap anugerah pemberianNya. Syukur, segala puji hanya untuk Tuhan dan hanya layak untuk Dia, Allah Maha Tinggi, Maha Kaya, Maha Pemurah dan Pemberi.

Oh, sudah di tahun tiga pengajian! Rasa macam semalam baru mendaftar. Pantas benar encik masa! Moga saya dan teman-teman yang lain diberi kekuatan untuk menyelesaikan pengajian dan dimudahkan segala urusan.

'Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya'

Monday, August 29, 2011

SaLaM LEbARaN...

Salam semua.

Hari ini hari terakhir Ramadan. Esok Syawal akan menjelma. Hari kemenangan dan hari kesyukuran buat seluruh umat kerana dipanjangkan usia untuk menempuhi madrasah ujian dan tarbiah, Ramadan al-Mubarak.

Saya bersyukur dikelilingi dengan mereka yang tersayang. Tidak tahu mahu luahkan bagaimana lagi, benar-benar bersyukur dengan nikmat dan kurniaaan Tuhan ini. Saya benar-benar bahagia!

Sempena bulan mulia ini, mohon maaf zahir dan batin andai ada hati yang terguris sepanjang mengenali saya. Saya cuma insan biasa, tidak sempurna. Moga ada rezeki untuk kita bertemu di lain waktu. =)

Wednesday, August 24, 2011

iNiLaH HiDuP!

Salam semua pembaca.

Lama saya berehat daripada menulis di sini.
Malam ini malam terakhir saya di sini, Labu. Mata pun tak mahu lelap, segar semacam.
Esok, hari terakhir saya akan berkhidmat di sini.
Banyak perkara yang saya belajar, terima kasih Tuhan kerana 'menjodohkan' saya dengan sekolah ini.
Terima kasih juga buat Ustaz Saifudin dan Ustazah Sharifah yang sudi menerima saya untuk berkhidmat hanya seketika di sini. Benar-benar bersyukur kerana dipertemukan dengan insan hebat ini. Terima kasih sebanyaknya!

Tadi semasa hantar Ikram balik ke rumah (setelah belajar), saya lihat wajahnya sugul; tidak ceria. Sebelum bertolak pulang semula ke sekolah (dari rumah Ikram) saya bergurau dengannya, 'Ikram, jangan nangis!'.
Semasa membuat latihan tadi, saya pulangkan semua buku latihan yang saya pegang dan saya beritahunya yang saya akan balik petang esok.
'Lah, ingat ustaz balik Sabtu.'
Saya sayangkan dia, macam adik sendiri. Doa saya, moga dia dapat yang terbaik untuk PMR nanti.

Anak-anak murid yang lain, pastinya saya akan merindui saat bersama mereka. Walaupun hanya seketika di sini, terlalu banyak kenangan yang akan saya ingati. Benar-benar indah! Apapun, adat pertemuan pasti ada perpisahan. Mereka murid pertama saya. Tidak banyak yang saya minta, cukuplah mereka menghadiahkan Al-Fatihah saat mendengar berita kematian saya nanti. Moga-moga semuanya berjaya dalam hidup dan menjadi manusia berguna.

Saya cuba untuk tidak menangis, semua ini sementara. Perpisahan itu biasa. Moga-moga berjumpa di kampung abadi nanti.

Hidup perlu terus melangkah ke hadapan. Sesekali toleh juga ke belakang, mentamsil kekhilafan diri agar menjadi manusia yang berbudi...

Tuesday, August 16, 2011

-270-


Salam semua blogger.
Sudah pertengahan Ramadan.
Alhamdulillah, sudah boleh menarik nafas lega. Selesai juga saya menyiapkan soalan peperiksaan akhir tahun- tugas akhir sebelum meninggalkan Sekolah Al-Irshad ini.

Anekamacam rasa yang bertandang di jiwa,
terasa berat pula mahu tinggalkan sekolah ini. Anak-anak ini sudah serasi. Syukur, mereka mula nampak masa depan. Mereka sudah tahu tentang impian dan mula kenal kehidupan.
Dan saat ini, saya mula mengerti - tugas murabbi bukan mudah. Moga-moga kekentalan jiwa sentiasa dianugerahkan Tuhan buat saya, juga kepada mereka yang diamanahkan Tuhan untuk mendidik.

Terlalu banyak kenangan saya di sini, yang manis juga pahit. Yang menjadikan hidup saya indah, juga yang menghidupkan hidup saya - kalian teristimewa!



-Mereka yang bakal saya rindui! ^^

p/s: Menjejak Dewasa, sudah kisah yang ke-270!

Wednesday, August 10, 2011

SibuK sEbENtAR...

Salam kepada semua blogger...

Maaf sangat kerana agak sibuk semenjak dua menjak ini.
Moga nanti kita dapat bertemu lagi dengan bingkisan cerita yang lebih menarik.
10 Ramadan telah berlalu. Sudah masuk ke fasa maghfirah, moga kita sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya...

Friday, August 05, 2011

pEsAN KhAtiB...


Salam buat semua blogger.

Saya benar-benar terkesan dengan khutbah Jumaat tadi.
Pesan khatib, bulan Ramadan ialah bulan kesabaran. Bulan untuk kita melatih diri berubah menjadi lebih baik. Nikmatilah sebulan Ramadan ini dengan baik kerana setiap amalan yang kita lakukan akan diganjari dengan pahala yang berganda.

Hati saya mula sebak,
ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Pertama ketika berbuka puasa dan kedunya apabila bertemu Allah nanti.
Bergenang air mata saya, layakkah nanti saya bertemu Dia, Yang Mencipta saya dan kalian semua.

Hakikatnya kita perlu sedar, kita dihidupkan untuk apa? Hanya untuk beribadah kepada Dia. Terang-terang dirakam dalam kalam suci, 'Maka aku ciptakan manusia dan jin hanyalah untuk beribadah kepadaKu.' Di kesempatan ini, tanyalah diri kita sejauh mana persiapan untuk kita bertemu Dia? Sebanyak mana amal untuk kita persembahkan di hadapanNya nanti...

Mohon maaf atas keterlanjuran dan kekhilafan diri. Moga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan redhaNya.

Selamat Berbuka Puasa! ^^

RiNDu KeNaNgAN iTu...


Salam Jumaat penuh barakah.

Selasa lepas saya mula bertugas setelah seminggu bercuti untuk membantu menguruskan Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-13. (Isnin cuti-awal Ramadan)^^

Malam itu, saya menjadi imam untuk solat terawih. Awalnya saya tolak, serius dah lama saya tak menjadi imam terawih. Seingatnya, kali terakhir saya mengimamkan solat terawih ketika saya tingkatan lima - bertahun sudah berlalu.
Ingat lagi saya dengan Al-Quran besar yang kami (imam-imam) baca ketika terawih. Satu rakaat, satu muka surat.

Ramadan di sini, mengingatkan saya dengan kenangan lalu. Ish, benar-benar rindu! Teringat ahli-ahli usrah saya yang sekarang ini sudah bertebaran menuntut ilmu di universiti seluruh Malaysia. Ada di UIAM, UTM, USIM dan UiTM. Entah apalah khabar mereka agaknya. Moga baik sentiasa dilimpahi rahmat dan redhaNya. Moga-moga...

Dua tahun saya berpuasa di bumi keramat, Tanjong Malim. Dan dua tahun itu jugalah saya sudah tinggalkan tadarus, cuma mengaji seorang diri. Rindu sebenarnya jika dapat berkumpul semula dengan teman-teman lama, pasti banyak cerita lama yang akan ditawakan - nakalnya masa itu! Kalau berbuka puasa, (mungkin) kamilah yang paling bising - konon 'senior'! Dan saya masih ingat lagi ketika jamuan asrama dan penyampaian hadiah bagi pertandingan keceriaan dan kebersihan dorm, oh manisnya momen itu untuk dikenang!

-Yang membezakan manusia itu ialah ilmu dan pengalaman. Ilmu dan pengalamanlah yang mematangkan dan mendewasakan kita. Tapi, apapun semuanya kita yang pilih - jalan hitam atau putih...

-Ini potret kenangan dengan teman sepengajian ketika
di tingkatan 5 Muslim.
Alhamdulillah, masing-masing dah berjaya-jadi manusia!

Thursday, August 04, 2011

JaNgAN buAt pALaT!

Salam Ramadan semua blogger.
Ramadan bulan mulia, ikutkan hati memang aku tak mahu marah-marah.
Tapi kau kena ingat aku ni manusia tahu, ada juga hati dan perasaan!

Masa zaman asrama dulu-dulu, junior-junior aku selalu cakap 'jangan buat palat!'
Kau orang carilah sendiri maknanya!

Okey, aku ni bukan orang yang jenis berkira tahu. Tapi kalau kau lebih-lebih sangat (terlalu berkira dalam pelbagai perkara), setiap sen aku akan berkira nanti!
Tolonglah jadi dewasa, kau tu dah tua tahu. Aku malas nak cari gaduh dan jangan cari aku pulak kalau kereta kau terbakar! haha (Dahsyatnya Amir Batrisya!)
Takdalah, aku tak sanggup buat macam tu.
Tapi kau tak sedar-sedar lagi kan, sebelum ni kereta kau kena conteng 'sial', kena pecah cermin tapi perangai kau tu...

Mungkin Tuhan hadirkan kau untuk uji aku, tapi kesabaran manusia tu ada had juga. Aku bukan maksum dan sempurna macam Muhammad, Rasul aku dan kau! Tapi kalau dalam banyak benda kau nak berkira, bila-bila masa aku boleh ucap Selamat Tinggal.
Aku hormat kau, dan jangan sampai aku hilang hormat dengan manusia macam kau!
Kau pandang aku kecil besar, kecil besar tapi dengan aku kau jangan buat palat!

#Oh, harap maaf. Ini cuma luahan rasa yang dah tak tertahan di dada!
Tak pernah aku marah-marah orang macam ni... Astaghfirullah...

Friday, July 29, 2011

sAyAng dE SayANg!


- Sayang, moga terus maju jaya!



- Terima kasih untuk semua, segalanya!


'Moga jalan dewasa yang kita lalui ini
dirahmati
dan
diredhai
Dia- yang sering
tahu
dan
sentiasa mengerti!'

KisAh HaTi~


Salam Jumaat barakah.

Mungkin tak ramai yang faham aku, dan mungkin juga tak ramai yang kenal aku.
Dalam sesetengah perkara mungkin aku cerewet, tapi tidak semua.
Kadang-kadang aku jenis tak kisah, malas nak ambil 'port' (pun dalam sesetengah perkara).

Semakin aku menjejak dewasa, semakin aku belajar tentang pelbagai perkara.

Dulu aku belajar untuk jaga hati dan perasaan orang.
Ada orang pernah nasihatkan aku, jaga hati dan perasaan kita dahulu. Siapa lagi yang nak jaga hati kita kalau bukan kita sendiri?

Perlahan-lahan aku cuba mengerti dan menghadam pengertian itu.

Aku tengok orang sekeliling,
ya! Ramai yang tidak pernah kisah pun.
Mungkin sekarang sudah tidak ada istilah 'jaga hati' lagi. Aku tidak kisah.

Dan sekarang, perlahan-lahan aku cuba untuk sebegitu.
Tidak menjaga hati dan perasaan kamu...!
Tengok muka aku pun kau tak sudi senyum, aku pun boleh buat begitu malah lebih dari itu!
Bukan kejam, tapi kadang-kadang aku dah penat.
Ya, letih dengan manusia-manusia dungu macam kamu. Berubahlah...

Tuesday, July 26, 2011

pERasAaN ApakAH iNi?

Alhamdulillah,
bermula sudah istiadat konvokesyen UPSI kali ke-13.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya akan bertugas bersama-sama pegawai bahagian perancangan korporat (BPKA) untuk melancarkan lagi istiadat konvo ini.
.
.
.
Pagi tadi, saya rasa mahu menangis.
Tapi saya tak tahu apa sebabnya...
Entahlah, macam-macam rasa berhimpun.
Sejujurnya, saya sendiri tak tahu mentafsir perasaan itu.
Yang pasti, saya mahu menangis.
Ya, menangis semahunya.
dan sekuat-kuatnya!



Monday, July 25, 2011

kADaNg-KaDaNg...

Kadang-kadang Tuhan hadirkan masalah
untuk mematangkan dan mendewasakan kita.
Mungkin untuk menguji sejuah mana
kebergantungan kita kepada Dia.
Mungkin juga ujian itu hadir
supaya kita lebih menghargai apa itu hidup.
Mungkin, mungkin dan mungkin...
.
.
.
Kadang-kadang memang sukar untuk membuat pilihan
dan pilihan itu sebenarnya menyakitkan!
Hakikatnya,
manusia memang sering dihamparkan dengan pilihan
dan kita perlu memilih.
Kita perlu bertanggungjawab dengan
jalan yang kita pilih.
Ya, sebab itu yang kita mahu!
.
.
.
Kadang-kadang aku tak kuat.
bukan aku bacul, bukan aku pengecut.
Tapi aku ialah aku...
.
.
.
Kadang-kadang baru aku sedar,
aku merancang, Dia juga merancang
tapi perancangan Dia tetap yang terbaik!
Tuhan, limpahkan kekuatan kerana
mungkin aku memohon kepadaMu
hanya
KADANG-KADANG...

Saturday, July 23, 2011

JiwA pEnDiDiK...



Salam semua teman-teman blogger.
Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai di tanah keramat, Tanjong Malim.
Petang tadi, ada mesyuarat guru. Saya gembira. Berbunga-bunga rasa di hati.
Ustazah taski beritahu anak muridnya suka dengan saya.
Walaupun saya hanya mengajar setiap hari Isnin dan Jumaat, mereka seronok.
Ya, kata ustazah, mereka seronok belajar dengan saya.
Alhamdulillah, Tuhan anugerahkan kekuatan untuk memanusiakan anak-anak ini.
Saya bersyukur, sekurang-kurangnya kehadiran saya yang hanya seketika disedari.
Anak-anak 5, 6 tahun pun reti untuk menghargai. Terima kasih! ^^

.
.
.

Semalam, Mubin mengaji dengan saya.
Seperti biasa, dia akan mulakan dengan tangisan. Kemudian, dia berhenti menangis.
Dia sudah kenal huruf jawi. Saya gembira lagi.
Tak tahu bagaimana rasanya mahu gambarkan perasaan saya ketika itu.
Rupanya, mungkin begini agaknya rasa seorang guru apabila anak muridnya berjaya.
Saya bertekad, sebelum saya meninggalkan sekolah itu ada sesuatu yang akan saya sumbangkan. Ya, modal insan!
Di sudut kecil hati saya, memang saya sayangkan mereka. Tidak sanggup untuk melihat mereka rosak, biarlah menjadi 'seseorang'- berguna!
Hakikatnya, tinggal beberapa minggu sahaja lagi saya di situ.
saya mula serasi, mungkin saya sudah ketemu jiwa saya. Ya, jiwa pendidik!

-Anak-anak tahfiz ini, saya mengajar mereka Bahasa Melayu.

.
.
.

Petang tadi, semasa mesyuarat guru saya mendapat panggilan telefon.
Dia perkenalkan diri, dari Utusan Malaysia. Katanya karya saya tersiar- 'Lelaki Berkopiah Itu'. Dia mahu pastikan nama penuh dan alamat untuk pembayaran cek.
Sajak itu sudah tersiar bulan lepas, bulan Jun!
Sudah dua kali saya tidak perasan karya saya tersiar.
Minggu lepas, bonda beritahu ada cek sampai di rumah dari karangkraf.
Rupanya sajak yang saya hantar di Mingguan Wanita telah tersiar 'Usah Dikenang Cinta Itu'.
Hampir sebulan juga sudah tersiar, tanpa saya perasan penyiarannya.
Syukur, hanya itu yang mampu saya lafazkan. Terasa seperti banyak benar nikmat yang Tuhan limpahkan.
Tuhan, hati saya benar-benar gembira.

.
.
.

Sekarang saya sudah di Tanjong Malim. Cuti lagi setelah minggu lepas cuti untuk Minggu Suai Kenal pelajar DPLI dan Perasmian Muzium Pendidikan Nasional.
Kali ini bercuti untuk Istiadat Konvokesyen pula. Ramai 'senior' yang akan menamatkan pengajian.
Doa saya, moga selepas ini semuanya berjaya dalam bidang masing-masing.

Menjadi murabbi hakikatnya memang perit dan payah. Lebih banyak pahit daripada manisnya. Moga-moga ilmu yang bermanfaat dapat menyelamatkan kita di daerah sana nanti, saat terputusnya semua amalan. ^^

-Adik beradik Temoh ini pun akan menamatkan pengajian.
Moga cerita tentang kita tak akan berhenti di sini...

-Ini antara 'senior' debat saya yang akan bergraduasi.
Jangan lupa kenangan kita, tukar konsep di saat akhir!

* Dan 'senior-senior' yang lain, yang tidak ditempekkan
gambarnya di sini,
Selamat Maju Jaya!
Laluilah hari-hari dewasa ini dengan indah.
Bugarkan rasa kasih sesama insan,
dan kembangkan kelopak cinta kepada Tuhan... ^^

Friday, July 22, 2011

AnEkAcERitA~


Sebenarnya terlalu banyak kisah yang mahu aku kongsikan buat tatapan semua.
Nanti-nantilah.
Bila ada masa dan kelapangan, aku tulis di sini tentang aku, dia dan mereka; yang mewarnai kisah kehidupan bernama aku!

Aku tak mahu biarkan sang hati terus bergalau. Hidup ini lebih indah jika dinikmati sepenuh hati. Terima kasih Tuhan, kerana sering bersama! ^^


-Aku, masih setia menjejak dewasa!


Sunday, July 10, 2011

sEnyuM~


Salam semua.
-Sekarang berada di Tanjong Malim.
Berbakti kepada universiti! ^^
Menyambut ketibaan pelajar Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) dan menguruskan Minggu Suai Kenal (MSK) mereka.

-Petang ini akan ke Labu. Sekolah saya akan mengadakan makan malam amal di Seremban. Saya akan pulang semula ke Tanjong Malim pagi esok.

Tuhan, kau sentiasa ada di hati. Moga kekuatan sentiasa akrab dan dimesrai... =)

-Kenangan MSK Disember yang lalu.

Thursday, July 07, 2011

HiDup iNi ANugERaH!

Salam semua pembaca. Terlalu banyak sebenarnya cerita yang mahu saya kongsikan. Serius, saat ini saya dihimpit dengan tugasan yang pelbagai. Moga-moga kekuatan sentiasa bersama!

(i)
Rabu- Saya gantikan ustazah Taski kerana beliau pergi mesyuarat. Jadi, saya ajar budak 6 tahun.
Boleh pula ada seorang budak tanya, 'ustaz, ustaz dah kahwin eh?'
Lepas tu ada budak perempuan tiba-tiba cakap 'Eeee, apa cakap pasal kahwin-kahwin ni? gelilah!'
Nak gelak pun ada juga bila budak 6 tahun cakap pasal kahwin-kahwin ni. hehe
Apapun, saya seronok sebab Alim sudah boleh ketawa dan tidak berdiam diri lagi.
Sebelum ni saya ajar mereka Bahasa Arab setiap Isnin dan Jumaat tetapi Alim mesti senyap sahaja sebab dia pernah menangis semasa pertama kali saya masuk kelas mereka.
Dia takut sebab tak dapat jawab soalan sampai menangis. Suara tangisannya tak keluar tetapi sedar-sedar air matanya dah mengalir. Syukur, dia sudah ok!

(ii)
Sedar tak sedar, rupanya sudah hampir sebulan saya mengajar di sini. Saya benar-benar seronok apabila pelajar mengingati nama saya.
Untuk kelas Taski pagi, saya hanya masuk kelas mereka untuk mengajar Bahasa Arab pada hari Isnin dan Jumaat sahaja.
Bila saya masuk tadi untuk ganti guru, pelajar 6 tahun memberi salam dan saya terkejut sekejap sebab mereka tahu nama saya. Alhamdulillah, rupanya kehadiran saya disedari.
Sekolah Agama Rakyat(SARA) petang pun begitu, pelajar pra (5&6 tahun) hingga tahun 5 sudah tahu nama saya dan saya dikenali sebagai 'ustaz garang'.

Kata Guru Besar, baguslah garang. Zaman garang saya dah berlalu, katanya.
Saya bukannya garang pun, tak terniat nak marah cuma besar dan tinggikan suara sahaja. Mungkin keadaan itu, budak-budak ingat saya tengah mengamuk! Sejujurnya, saya seronok dengan mereka!



(iii)
Ahad ini, sekolah ini akan adakan makan malam amal untuk mengumpul dana bagi pembangunan sekolah.
Mesyuarat semalam saya tak pergi sebab pergi ke Seremban untuk carikan bahan folio untuk Ikram.
Tadi saya dengar cerita, bahagian logistik dan pameran berebutkan saya tapi bukan itu yang saya mahu kongsi.
Saya cuma mahu beritahu yang saya bersyukur sebab saya kenal banyak perkara semasa di UPSI. Jujur, saya belajar tentang pelbagai perkara.
Ruang dan peluang ketika saya berorganisasi menyebabkan saya tiada masalah apabila diberi sebarang tugasan oleh pihak sekolah. Mudah-mudahan saya mampu lakukan-yang terbaik!
Hakikatnya saya bangga berada di dalam kelab debat, briged sukarelawan dan sekretariat protokol MSK. Terlalu banyak perkara yang saya belajar. Saya bersyukur!

-Sebahagian daripada keluarga debat- semasa Debat Munsyi abdullah 2010.
Aduh, rindu kalian!


-Bersama orang kuat Briged Korporat UPSI.
Bila lagi nak melepak sama-sama? ^^


-Family protokol baru, ini baru edisi Jun.
Seronok mengenali kalian!

Friday, July 01, 2011

TaHu MaLu...

Salam semua pembaca setia.
Hari ini mahu kongsi cerita
dengan kamu semua.
Nak baca? Jom...

Okey,
sekarang ni setiap petang
lepas saya mengajar dari jam 2.30-5.30
kelas fardhu ain (sekolah agama petang),
saya akan ajar mengaji pula.
Menyemak bacaan dan membetulkan
kesalahan tajwid.
Alkisahnya,
sebelum ini saya hanya ajar dua orang sahaja.
Sekarang sudah bertambah lagi.
Ni nak cerita tentang seorang budak ni,
namanya Mubin.
Saya ingat umurnya 8 tahun
rupanya sudah 9 tahun.

Setiap kali mengaji,
mesti dia akan menangis.
Padahal saya tak rotan pun.
-Sebelum ni memang saya agak rajin merotan.
Saya cuma tinggi dan besarkan suara sahaja.
Mungkin dia takut dengar suara saya. Mungkin.
Sudah dua kali saya mengajar,
dia mesti menangis.
Kali pertama dulu saya pujuklah,
saya cakap dengan dia
sampai bila tak pandai baca Al-Quran?
Kalau susah, sebab tulah kita belajar.
Balik rumah,
mesti ulang balik bacaan okey. Saya pesan.

Semalam-Khamis,
dia menangis lagi.
Saya tanya, kenapa?
Dia diam.
Dah lama tu saya ribakan dia,
lepas tu saya tanya lagi,
kenapa Mubin menangis?
Lepas tu dia cakap perlahan,
malu.
Saya katakan lagi,
Mubin kena pandai baca Al-Quran.
Kawan-kawan lain semua dah naik
Al-Quran, sampai bila Mubin nak baca Iqra'?
Oh ya, dia masih lagi di Iqra' 2-amat
merisaukan saya sebenarnya.
Saya pesan lagi,
Mubin kena pandai baca Al-Quran.
Mubin lelaki,
macam mana nak jadi imam?
Mubin kena buktikan dengan ustaz
yang Mubin tak bodoh, boleh?
Dia angguk dan tersenyum.

-AlQuran, mukjizat teragung dan petunjuk sepanjang zaman!

Di sudut hati kecil saya,
saya doakan dia mengerti.
Moga dia mudah dan lancar membaca
selepas ini.
Bukakan hati mereka agar mudah
menerima ilmu yang saya kongsikan... ^^

Tuesday, June 28, 2011

BiLa tERasA RiNDu...

Salam semua. ^^
Hari ini mula sekolah.
Semalam saya cuti,
berehlah bersama pelajar tahfiz
di Port Dickson.
Banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Hari ni saya nak siapkan
kad kemajuan,
hari Jumaat ini akan bertemu ibu bapa.

Oh ya,
esok 27 Rejab.
Negeri Sembilan cuti.
Jadi saya fikir
petang ni lepas habis mengajar
nak terus memecut ke Tanjong Malim.
Serius,
nak dekat 3 minggu saya tinggalkan
tanah tempat saya menuntut ilmu itu,
saya sudah mula rasa rindu!
Eleh, Amir Batrisya semua rindu!
Aduh, betul ni.
Jujur!

Hurm, semalam saya borak
dengan seorang pelajar ni.
Namanya Ikram.
Dia bukan budak tahfiz.
Dia pelajar di sekolah luar
cuma duduk di asrama sini sahaja.
Lama juga kami berborak,
sebetulnya saya mahu dia berkongsi
masalah jika dia ada.

Sudah seminggu saya berkongsi ilmu
dengannya,
setiap malam saya akan ajar 4 orang
pelajar luar kerana pelajar tahfiz
ada jadual sendiri.
Jadi, 4 orang ni saya bagi latihan
dan kadang-kadang ajar perkara yang
mereka tak faham.
Pelajar UPSR, tingkatan 1,
Shah dan Ikram.
Sejujurnya saya kasihan dengan Ikram.
Bagi saya dia ada potensi untuk lebih berjaya
tapi masalah yang ada pada dirinya ialah
kurang keyakinan diri!

Setiap kali buat latihan math,
bila saya ada di sebelahnya
mesti dia akan teragak-agak mahu beri jawapan.
Sedangkan jawapan yang ditulisnya itu sudah betul.
Katanya, saya takut jawapan saya salah.
Pernah satu hari dia berterus terang
yang dia memang kurang yakin dengan diri.
Saya tahu dia ada masalah lain,
tapi dia jenis simpan-pendam.
Ustaz di sini pun akui perkara yang sama.
Apapun,
saya akan cuba sedikit demi sedikit.
Membantu mana yang mampu.
Selagi hayat dikandung badan,
kami tetap berbakti!

-Kolej saya pada waktu malam, Kolej Harun Aminurrashid.

Tanjong Malim,
nantikan kedatangan saya!

Monday, June 27, 2011

rAjuK Si MuRiD...

Salam Isnin.
Moga-moga cukup rehat
semasa berhujung minggu semalam...

Ahad-semalam
'Ustaz, tolong pegangkan dompet saya.
Ada RM25 tau ustaz'
Okey.

Khamis-minggu lepas,
dia merajuk.
Saya suruh buat latihan matematik,
dia buat-buat tidur.
Saya letupkan jari kakinya.
Mungkin agak kuat-sakit.
Dia terus keluar daripada kelas
dan bila diintai oleh kawan yang lain
dia sudah tidur di asrama.
Oh ya, ketika itu
saya hanya buat kelas
untuk 4 orang sahaja-kelas tambahan.

Jumaat-minggu lepas (esoknya),
Semasa saya hendak ke masjid-solat Jumaat,
dia baru balik sekolah.
Saya tegur dia,
'Shah, ok ke ni?'
dia senyap.
Terus buka songkok dan samping.
'Shah marah dengan ustaz ke?'
Senyap lagi.
Dia terus melipat samping
dan gantung di dalam almari.
'Shah?'

Okey, saya terus berlalu
ke kereta.
Dalam hati berdoa agar dia ok
juga nanti.
Alhamdulillah,
rajuknya tidak panjang.
Dia sudah ok dengan saya.
Dengan anak sekecil ini pun saya
gusar dengan rajuknya,
inikan pula dengan rajuk orang dewasa!

-Shah, berbaju hijau di hujung sekali.
Umurnya baru 14 tahun. Saya curi
gambar ini di dalam FBnya. Habis mengajar
di sekolah ini, baru saya akan add dia! haha

Friday, June 24, 2011

sEmANgaT kERamAt~

Salam Jumaat penuh barakah.
Pagi tadi saya terlelap sekejap
dalam pukul 7 lebih.
Ketika terlelap seketika itu
saya pun bermimpi.

Saya bermimpikan fasilitator semasa
Minggu Penulis Remaja tahun lepas
bercakap sesuatu kepada saya.
Wajahnya memang jelas
tapi kejap benar- tidak sempat
saya menghadam butir bicaranya.
Terus saya pun terjaga!
Oh, apakah petanda itu?

Tapi sejujurnya
memang dah lama saya tak menulis.
Puisi terakhir yang sempat saya siapkan
8 Mei lalu,
Moga Kau Mengerti dan
Kuala Lumpur Sudah Berubah.
Selepas itu, lama benar rasanya
saya tidak menulis apa-apa.
Cuma sekarang ini,
saya baru siapkan draf untuk cerpen
yang mengisahkan tentang pembunuhan.
Entah akan siap atau tidak,
tak tahulah...
Draf saja baru siap,
ceritanya entahlah bila mahu mula tulis.

Mungkinlah mimpi itu peringatan,
bila dicongak-congak
agak lama juga saya tak menulis.
Moga-moga mimpi pagi tadi sebagai petanda
untuk terus semangat berkongsi
pelbagai kisah dengan pembaca setia.
Ada juga teman-teman yang bertanya
tentang penulisan saya- aduh malunya!
Tapi bila katanya rindu mahu menatap
tulisan saya,
semangat pun mula datang menyelinap
ke urat nadi.
Aduh, moga-moga semangat keramat
hadir tampilkan diri!
-Rabbi Yassir wala tuassir Ya Karim...

-Pena sudah di jari. Lembaran putih begitu dahaga untuk diisi.
Dengan aneka kisah yang mulus-
moga-moga menjadi pedoman diri dan
menyedarkan manusiawi!

Wednesday, June 22, 2011

jATuH CiNtA!

Salam hari Rabu semua.
Ketika entri ini ditulis,
tanah adat pepatih ini
masih lagi dibasahi hujan.
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam...

Masuk minggu kedua mengajar,
saya mula rasa penat
tapi
jujur
saya telah jatuh cinta!
Ya, saya sudah jumpa jiwa saya.


-Senyum selalu...

Monday, June 20, 2011

mENdEwAsAkAN Aku!

Salam hari Isnin.
Hari baru, minggu baru-
moga semangat terus marak membara!
Minggu kedua meneruskan perjuangan
mendidik anak pertiwi...

Semalam,
saya borak2 bersama budak tahfiz.
Ada beberapa orang yang ulangkaji,
ada beberapa orang yang tekun
mendengar cerita saya.
Oh ya, minggu ni minggu periksa
bagi pelajar tahfiz.
Kelas mereka sebelah bilik tidur sahaja.
asrama dan kelas di bangunan yang sama. aha

Saya berkongsi cerita dengan mereka.
Cerita politik Malaysia, cerita isu semasa,
cerita di selatan Thai, cerita di Eropah dan banyak lagi.
Saya selit2 cerita sejarah- supaya mereka tahu!
Saya selit2 juga cerita motivasi- bagi mereka
terus semangat untuk jadi yang terbaik!
Saya pinjam kata-kata kak Aini Ahmad
kepada pelajarnya;
selama awak hidup, apa pencapaian awak?
Saya tanya kepada pelajar2 tahfiz saya pula.
Moga2 mereka mengerti...

Alhamdulillah,
mereka memberi respon positif.
Ustaz, bestlah. ustaz semua tahu kan?
seronok dengar cerita ustaz.
mana ustaz tahu semua ni?
saya jawab, membaca.
Kalau awak semua banyak baca,
banyaklah tahu.
Kalau tak apa benda pun tak tahu.
Mereka diam sekejap.
Moga2 menghadam butir bicara naif saya.
Moga-moga...

Dan hakikatnya,
UPSIlah yang mendewasakan saya.
Saya banyak belajar di situ,
bumi Malim penuh sejarah.
Saya banyak belajar dengan Kelab debat.
Debat membuatkan saya perlu banyak mengupas isu,
menganalisis dan mengetahui segenap
jalinan cerita- dan kerana itulah!
Ya, kerana debat!

-Kenangan debat integriti di UMS, sabah.

- Debat IKIM

-Debat alam sekitar di Terengganu.

Saya amat kagum dengan penasihat kelab- En. Nizam.
Saya yakin ramai pelajar yang kagum dan
beliau mampu menginspirasikan ramai orang.
Katanya, guru yang mampu mengajar
dengan cara yang luar biasa akan melahirkan
manusia yang luar biasa!
Bila kamu hafal peta, dan lukis di hadapan kelas
mesti pelajar kagum.
Saya cuba lakukan apa yang pernah dipesan oleh beliau.
Jika anda berpeluang jadi cikgu nanti,
anda cuba.
Tapi pastikan hafal peta dulu! aha

* Rejab semakin menghilang... Dan saya mula
merindui keluarga debat,
juga senior2 debat!
Dah lama tak kacau diaorang!
Oh, Kak Nad dan kak Faz! hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails