Thursday, May 19, 2011

bERmuLaLaH fENomEnA~


Salam kembali blogger-blogger sekalian.
semoga semuanya makin sihat
dengan rezeki dan nikmat daripada-Nya.

Anda tahu hari ni hari apa kan?
hurm, hari Khamis.
Ada apa hari ni ya?
Bagi peminat filem Melayu dan
pengikut setia filem Nur Kasih,
pastinya hari ini akan menyerbu
panggung-panggung wayang
untuk mengetahui kesudahan kisah Nur Kasih.

Drama Nur Kasih yang pernah
disiarkan beberapa tahun lalu
telah menjadi fenomena kan?
betul tak?
saya tahu ramai pengikut setia drama ni dulu.
pasti tak boleh tertinggal cerita berepisod tu.
jadi, nantikanlah filem ini ya! ^^

Monday, May 16, 2011

kERaNa DiA~


PELITA PALING SETIA


Cahaya ilmunya gemilang
mewarnai segenap ruang
laluan kelam
mahupun suram,
dia limpahkan seluruh sinarnya
menyusur lapis atmosfera
menyimbahi seantero buana
menjadi kandil hidup
yang amat berharga.

Dia pemberi paling setia
tanpa mengemis balasan
dan meneguk tetes ihsan,
mengenalkan nombor dan aksara
melorongkan jalan dewasa.
Dia,
melakar tekad dan harapan
menggugah sukma kemanusiaan
di kanvas minda tidak berwarna
mencorak citra kehidupan.

Dia pelita paling setia
menemani saat gelita
menjadi andang keramat
ketika gelap zulmat,
penyuluh akal budi
dalam kesamaran tamadun insani
penerang qalbu
berkerawang noda kelabu,
dialah lentera yang sungguh istimewa.

Bisik aku dalam doa kudus,
'Sejahteralah duhai guruku,
semoga kebahagiaan sentiasa
menyuguhi ruang hidupmu!'
dan berpuputlah pawana
bersama kiriman doa
buat dia yang paling setia.

Senandung Qalbu,
AMIR RIDZUAN
Hulu Langat, Selangor

*Kerana dia, dia dan dia, aku menjadi aku hari ini. Aku menjadi manusia!
Selamat Hari Guru, terima kasih cikgu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails