Saturday, December 26, 2009

sEMestER 2~

salam kembali di bumi kandung suluh budiman,
rasa seperti kejap benar masa berlalu...
sedar atau tidak,
semester satu tahun pertama sudah meninggalkanku,
semester dua pula mula menjengukkan diri...
moga semester ini lebih baik daripada semester lepas...
moga rakan2 seperjuangan baik2 juga!!...
all the best!!..
*congratz kpd kwn2 yg dpt dean list...
*thankz alot shahswan nizam n congratz 4 ur bez result!!..
*congratz 2 hafizuddin hamzah too!...

Friday, December 18, 2009

saLaM mAaL hiJRaH~

MAAL HIJRAH
menyingkap sejarah
perpindahan nabi dan umat islam...
.
.
.
ALHAMDULILLAH,
bertambah lagi usia kita,
meneruskan perjuangan dan liku-liku kehidupan.
MASA berlalu,
dan terus berlalu...
tanpa menunggu dan menanti,
yang leka terus terlena,
yang lupa terus alpa,
yang tak mahu berubah terus di takuk lama...
.
.
.
bermula perpindahan inilah,
dari kota Makkah ke kota Madinah,
agama Islam terus bersinar megah,
terus dijulang, tersebar ke seluruh dunia,
HIJRAH inilah pencetusnya...
HIJRAH inilah yang memulakannya...
.
.
.
MAAL HIJRAH ini,
moga kita semua dilimpahi
NUR,
KASIH SAYANG,
KEREDHAAN,
KEIMANAN dan KETAQWAAN ALLAH...

Tuesday, December 08, 2009

RoyAL dEbaTE @ UM~

pertama kali melangkahkan kaki di Bumi UM,
sebagai peserta Debat Diraja antara IPT Malaysia,
pelbagai macam perasaan wujud dalam hati,
berdebar-debar segenap jiwa apabila mendaftar sebagai peserta.
delegasi UPSI~


di kafe sains UM~
alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...
selesai sudah semuanya,
tatkala berkampung di Bumi UM,
untuk melaksanakan amanah,
melunaskan tanggungjawab,
meneruskan perjuangan yang menuntut pengorbanan...
TERKEJUT, TERHARU, TERUJA...
benar,
pengalaman dan kenangan inilah yang pasti,
banyak mengajar erti
KEHIDUPAN, PERSAHABATAN DAN KEDEWASAAN...

ketika kuarantin~



wif nora lepas lawan UNIMAS~


kuarantin lawan UPM~

apabila kalah 3 pusingan pada hari pertama,

semakin kuat azam untuk menang pada hari esoknya.

ALHAMDULILLAH,
tatkala menang pusingan kelima,
semakin berkobar pula azam untuk ke peringkat suku akhir...

namun,

inilah yang dikatakan rezeki...
mungkin untuk edisi Debat Diraja akan datang,

ada rezeki untuk kami ke pentas perdana....

mudah-mudahan...
perlawanan kami ~UPSI muda II~

1-kalah dengan UPM muda I

2-kalah dengan USIM muda I

3-kalah dengan UPNM utama II
4-menang dengan UMT utama II

5-menang dengan UNIMAS untama I
6-menang dengan UMP muda I




~bihah-nora-amir-madi~



setelah berjuang 6 perlawanan,

pasukan kami,

NORA-AMIR-MADI-BIHAH,


cuma berjaya menduduki tangga kesembilan,

untuk ke peringkat kalah mati,

cuma 8 pasukan sahaja yang layak untuk mara,

inilah konsep tiada rezeki...

lagi 1 tangga sahaja laluan untuk ke perlawanan kalah mati.
ALHAMDULILLAH,
amir sangat terharu dengan kedudukan ini.
pada awalnya,

bukanlah untuk mengharap sebarang kemenangan,
cuma menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman,
namun,
apabila team kami tersenarai di tangga kesembilan,

terbit rasa sayu dan terharu,
mungkin ini sahaja yang mampu dilakukan oleh kami...

ALHAMDULILLAH,
amir tersenarai di tangga ke-46,

pendebat terbaik keseluruhan,
tempat ke-16 pendebat junior...
moga dapat belajar lagi sesuatu,

pada masa akan datang...

TAHNIAH!!
kak bieb-pendebat terbaik ke-3,

abg joe-pendebat terbaik ke-9,

abg bae-pendebat terbaik ke-15...
juga kepada pasukan UPSI MUDA I,

ABG SUHAIMI, ABG FAWIZ, KAK AINIE, KAK Z,





mudah-mudahan rezeki untuk kita pula,

untuk edisi debat akan datang...

kekalahan dan kegagalan ialah guru yang terbaik,

yang banyak mengajar kita untuk terus bangkit,

berjuang, berusaha dan terus ke hadapan...


Thursday, December 03, 2009

tHAnKz~


sebagai wakil team junior B,

amir nak ucapkan TERIMA KASIH,

kepada semua pihak yang banyak

membantu, bertukar fikiran dan berkongsi ilmu...

esok,

team debat bahasa melayu dan bahasa arab UPSI,

akan bergerak ke UM,

pertandingan debat diraja...

alhamdulillah, usai latihan jam 4 pagi tadi,

banyak ilmu yang telah dikongsi...

pelbagai idea dicambah daripada pelbagai dimensi...

hm, apapon...

di kesempatan ni kami -team junior b-

nak ucapkan TERIMA KASIHkepada ABG BAE-diktator

yang terlalu banyak mengajar kami ilmu perdebatan,

yang sangat banyak memberikan kami semangat dan inspirasi...

beliau amat baik dan kadangkala sangat terharu dengan tindakannya.

menyalin semula teks debat...

mengajar kami membuat konsep...

menganalisis penghujahan dan pembidasan yang baik...

moga ALLAH sahaja yang akan membalasnya...

amin...

TERIMA KASIH juga kepada mis pres~KAK NAD,

banyak berkongsi ilmu dan pengalaman,

memberikan semangat tatkala kurang keyakinan,

tatkala tiada jiwa untuk berdebat...

jasamu dikenang!!...

TERIMA KASIH~ABG RADZI, ABG PEJAL, ABG KADIR, AIN, WAN...

memurnikan bahan dan fakta kes...

bersengkang mata demi semua...

moga ada KEJAYAAN untuk delegasi UPSI!!...

TERIMA KASIH~ABG JOE, KAK BIEB, ABG KAMA...

ABG MIE, ABG FAWIZ, KAK AINI, KAK Z...

berkongsi ilmu dan idea,

dengan team kami yang tak seberapa...

segala nasihat, tunjuk ajar, komentar dan kritikan,

membantu kami yang baru setahun jagung dalam dunia ini...

akhir sekali~

NORA, MADI, BIHAH....

kita perlu memberikan yang terbaik...

sekalipun kalah, biarlah kalah yang bermaruah,

biarpun menang, ingatlah ALLAH...

DIA yang memberikan kemenangan itu,

jangan cepat mengalah,

jangan mudah menyalah dan rasa bersalah...

masih panjang dan berliku jalan yang harus kita tempuhi...

moga debat kali ini pencetus untuk kita terus membina,

nama UPSI yang pernah bersinar suatu ketika dulu...

TERIMA KASIH BUAT SEMUA...

Monday, November 30, 2009

coRetAn aiDiLaDhA ii~

khamis-sehari sebelum aidiladha...
mak ngah datang...
mak uda...
mak sue....
oleh kerana kami tinggal dengan wan (nenek-mak sebelah mak),
jadi aidiladaha kali ini semua pulang beraya...
adik beradik mak semua perempuan-5 orang semuanya,

...mak sue-mak uda-mak lang...

...mak ngah-wan-mak long...



maka riuhlah rumah~
bermacam-macam agenda dirancang...
mak long datang pagi aidiladaha,
selepas solat raya...
kali ini, majlis makan2 kesyukuran...
anak mak ngah-nana
berjaya dapat 5A dan mumtaz,
dalam UPSR dan PSRA...
jadi, makan2 la kitorang,
tapi tak lah sakan mane...
dolu2, mandi sungai...
makan2, sambut besday...
hm, sonok gak la bile semua berkumpul...


sepupu2 amir~


ari sabtu, masing2 ke rumah mertua pula...
amir??
pergi rumah nenek (mak sebelah abah)....
rindunya sama nenek...
pastu cik mas (my best auntie) ade pulak...
masak2 sedap gler...
makan!!
sonok dan bez sangat...
hm, jawabnye pasni??
seluar semakin tak muat dan perut makin memboyot!!..
haha~
petang ahad KEMBALI PULANG,
ke bumi tanjong malim....
huhu~
p/s: gambar ini ialah gambar hari raya aidilfitri tahun lepas...

Sunday, November 29, 2009

coRetAN aiDiLaDhA~

selesai menghantar nora,
langkah kakiku terus menuju stesen LRT hang tuah,
bertemu teman lama di Times Square.
firdaus bahador-uum
syazwan noor-uiam
teman seperjuangan ketika di sekolah menengah dahulu...

...amir-wan noor-fyda dado...


ketika berjalan-jalan di dalam Times Square,
bertawaf dari satu kedai ke satu kedai,
dapat sms-from abg bae:
amir katne? lepak KL sentral jom!!..
dalam hatiku, apalah ada kat KL sentral tu...
huhu~
jgn marah abg bae!!...
amir kat Times Square ni,
dgn member2 lame...
ok2, jp g bro sampai!!...
hm, tak pasal2 abg bae pon join kitorang
main bowling!!..
...amir-abg bae ~my senior~...
sonak sangat...
terlepas jugaklah sedikit tekanan...
haha~
pastu, kami lunch di KFC...
pepon sangat sonok!!..
thankz sume~

Wednesday, November 25, 2009

kEmbALi puLaNg~

8.30am ni amir akan pulang ke kampung...
semalam ain, bihah n abg pejal da balik ke penang,
abg razie ke ganu,
abg muz ke johor,
abg kaza ke sabah,
abg hairie n abg bae ke klate...
abg muz, abg kaza n abg hairie akan praktikum lepas ni...
sekejapnye rase kenal diorang...
sangat seronok dapat mengenali mereka...
pagi ni amir akan balik bersama dengan nora,
nora akan kembali pulang ke johor...
seronok rasa apabila berkampung d KHAR,
bersama-sama dengan keluarga debat...
berkongsi idea dan cerita,
berkongsi kisah suka dan duka...
indahnya~
semalam,
kami ke proton city~
pelbagai cerita tercoret di ruang fikir,
bermacam-macam karenah terpahat di sanubari,
moga KENANGAN TERINDAH ini akan terus terpateri di laman hati kerdil...

Tuesday, November 24, 2009

uSuL dEbaT diRajA 2009~

POLITIK

1. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.
2. UMNO Perlu Rakan Kongsi Baru.
3. Kerajaan perpaduan perlu diteruskan
4. Pakatan Rakyat tidak lagi relevan
5. Isu Bai’ah: Sandiwara Politik.
6. Pindaan Perlembagaan UMNO Adalah Penawar.
7. Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan.
8. Krisis MCA: Cerita Lama Pelakon Baru.
9. ISA Melindungi Keselamatan Rakyat Malaysia.
10. Ancaman Pengganas Hanya Propaganda Kuasa Besar Dunia.
11. Korea Utara Perlu Diberi Peluang.
12. Ahmadinejad Hang Jebat Dunia Islam
13. Obama mengecewakan misi keamanan dunia.
14. Tarian Pendet Hanya Alasan.
15. Palestin Perlu Beralah.
16. 1 Malaysia Simbol Politik.
17. Penjanjian Nuklear As-Iran Berat Sebelah.
18. Keselamatan Laluan Perdagangan: Kita Tidak Bersatu.
19. Wilayah Autonomi Penawar Krisis.
20. Hadiah Nobel Keamanan Dipolitikkan.

EKONOMI

1. Pengeluaran KWSP Untuk Menunaikan Haji Wajar.
2. Wakaf Alternatif Ekonomi Sejagat.
3. F1 1Malaysia satu pembaziran
4. Bajet 2010 membebankan rakyat
5. OIC perlu matawang sendiri
6. Pasar Raya Besar Lubuk Emas IKS.
7. Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi.
8. Liberalisasi ekonomi tidak liberal
9. Sudah Tiba Masanya Sistem Bretton Wood Diganti.
10. FAO Perlu Transformasi.
11. Bioteknologi Menjana Ekonomi Negara.
12. Pembangunan Ekonomi Meruntuhkan Moral Masyarakat.

SOSIAL

1. Bola Sepak Malaysia: Hampas Bukan Teras.
2. Pembangunan Sukan Di Malaysia Tidak Mencukupi.
3. Masyarakat Malaysia Tidak Minat Sukan.
4. Malaysia Di Sukan Olimpik: Ibarat Pungguk Rindukan Bulan.
5. Atlet Malaysia Tidak Sedar Diuntung.
6. Mansuh PPSMI Bukan Jawapan Terbaik.
7. Pendidikan kita ketinggalan
8. Pertandingan Ratu Cantik satu Penghinaan
9. Universiti APEX Tidak Cukup Satu.
10. Biofuel: Iklim Nombor Satu, Makanan Nombor Dua.
11. Pendidikan Alam Sekitar Wajar Diajar Di Sekolah.
12. Drama Berunsur Tahyul Perlu Diharamkan.
13. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia memuaskan
14. Afdlin Shauki: P.Ramlee Generasi Baru.
15. Rancangan Realiti: Kebajikan Plastik.
16. Bank Bayi Perlu Diwujudkan.
17. Demi Kesihatan Sudah Tiba Masanya Rokok Diharamkan.
18. Orang Gaji: Hamba Sahaya Zaman Moden.
19. Jualan Murah Gimik Peniaga.
20. Facebook: Lebih sudu daripada kuah


HUMOR/PERIBAHASA

1. Perkahwinan Bukti Cinta.
2. Kanak-Kanak Perlu Lebih Bermain.
3. Hitam Itu Menawan.
4. Panas Lebih Baik Dari Hujan.
5. Pisang Lebih Enak Dari Epal.
6. Poligami Perlu Disokong.
7. Bergelap-Gelap Didalam Terang.

Monday, November 23, 2009

piNdaHkAn bARaNg!!...

fuhhh....
hari dapat rumah baru,
berkumpul lah sume dak2 debat...
check out umah lame...
bye 2.5.8...
check in umah baru...
2.7.3...
ingat ckit je barang,
rasenye ari tu dah bawak turun simpan dalam bilik pool...
skali banyak da~!!
macam mane la nak balik ni...
rase macam banyak gler!!
hm, bak kate senior kat umah amir,
baru sem 1, barang dah macam bdk sem 7..
hehe~
yg mulut lagi puaka,
taw lah dibuang keluarga...
tapi janganlah tunjuk sangat!!
kuang ajor!!
hm....
berkampung lah kte d KHAR ni ye~

Sunday, November 22, 2009

sEcEbiS cERiTeRa~


semua dah pulang....
pagi tadi akilul...

semalam adam...

kelmarin fitri....

balik dah sume...

sekarang tinggal lah amir dengan team2 debat...

khar makin sunyi...

tapi hari ni kemasukan pelajar2 KEMAS,

guru2 pra sekolah yang menyambung pengajian...

hm, bertambah sunyi...



latihan debat~

alhamdulillah...

semakin berlatih

semakin banyak belajar

semakin banyak tahu...

komentar2, pendapat2 daripada senior2 semua...

terima kasih kerana menjadikan amir,

daripada tak faham kepada faham...

daripada tahu kepada lebih tahu...

benar~

indahnya seni perdebatan itu...

baru diri ini mula mengerti....

terima kasih buat semua...


abg bae

abg kama

abg joe

kak bib

kak nad

abg razi

abg pejal

abg fawiz
kak aini

abg mie

ain kiut-katenye!-



my teammate~ nora, madi n bihah...

sekalipun kita tidak menang kes,

kita mampu memberikan persaingan

serta memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan...

dunia ini memang indah...



dunia perdebatan...

yang banyak mengajarku menjadi lebih lahar,

yang selalu mendidikku bijak menganalisis,

yang menyedarkanku INDAHNYA UKHUWAH!!...

Thursday, November 19, 2009

syAhDu~


saat entri ini ditulis,

semua kawan2 dah balik...

terasa sediihnye...

huhu~

tinggal sorang je??

housemate pon da balik....

tinggal abang mizie je...

kelmarin hantar apiz,

dye balik marang,ganu...

pagi semalam anta wan,

balik bota, perak...

huhu~

semalam abg isham n abg shahir balik...

hm, cdey2!!...

selasa-paper terakhir...

dengan rasminya berakhir sudah semester satu!!...

cepatnye masa berlalu..

haha~

macam2 perkara berlaku....

banyak benda amir belajar dalam MENJEJAK KEDEWASAAN ini...

uhu~



selepas abis paper eng 4 comm selasa tu,

kami ke pekan...

ala2 macam nak meraikan la,

kukunon da merdeka la...

hehe~







bak kata abg abu...

ALHAMDULILLAH!!... -susah sangat ke nak ucapkan??-

gpon, malam tu apiz nak berangkat da...

pulang ke kampung halamannya yang terchenta...

hm.....

pepon, sem 2 t kte jumpa lagi kawan2!!...

amir tak taw g ble nak balik...

ala, ble2 pon blh balik kan...

hehe~

Sunday, November 15, 2009

mAkaN~ 2.5.8

abg shahir-abg ijam-abg mizie

apiz(ganti muslim)-amir-abg isham

fizie-yin~roomate terbaik~





malam ni makan dengan teman2 serumah...

seronok jugaklah duduk semeja berkumpul semua,

cuma teman sebilik amir yang da balik...

examnye da abis awal, so balik la...



abang2 senior umah ni memang bez2 gler

perangai diorang gler2 jugak la...

macam2 perangai~

huhu




abang isham-pend muzik

abang ijam-pen sn sukan

abang mizie-pend sejarah

abang shahir-pend bahasa melayu

fizie-pend geografi

yin-pend sejarah

muslim-pend pengajian perniagaan (da balik da)

apepon memang bez sangat duduk serumah dgn diorang...

walaupun fizie slalu tak lekat kat umah,

yela selalu lepak ngan gang2 ganunya saja...

hehe~




hari2 biasa pun kami makan malam semeja...

cuma hari ni saja lepak kat luar,

dah nak hujung sem kan...

makan sama2 kat luar loh...

budak2 sem 1 bukan selalu pun makan semeja...

selalunye abg2 senior je..

haha~




apapon,

harap dapat jadi sweet memory kte...

next sem~abg isham da duk luar....

uhu~

tadi sume baju tema itam...

abg ijam-baju itam seksi

~so pakai baju kat luar...

apiz-tak maw pakai katanye...

hm....

DoA buAt aBaH~

Apabila aku lalui
Lorong kedewasaan ini
Baru aku mengerti
Luhurnya kasihmu semalam
Meniti jalanan memori
Kita bersama
Mengapa baru kini
Aku mendalami pengertian itu?

Terbuai rasa rindu
Di laman momen semalam
Kita jalan seiringan
Tanda jiwa kita bersatu
Tanda hati kita berpadu
Mengisi lakaran sejarah silam

Kini pabila aku sedari
Hanya kenangan yang menyatukan kita
Kerana kau sementara cuma
Mengertilah duhai abah
Kalungan doa takkan kulupa
Kerana dulu kita pernah bersama,
Secangkir Al-Fatihah buatmu.
teringat abah~

Friday, November 13, 2009

piSAu cuKuR & jaLaN2~


selepas dirancang sebaiknya,

akhirnya jadi juga plan kami tok jalan2...

ke MINES, JUSCO BALAKONG, PUTRAJAYA...

hehe~

bertolak dari tanjung malim jam 8am...

kemudian, amik afzan di KTM serdang...
then, kami ke mines...
bergambar di mines~
amir~apiz
supermodel jalanan!!... ehe~

sampai mines, takde pulak cerita PISAU CUKUR...

so, terpaksa la kami ke jusco balakong,

tempat kerja lame amir~secret recipe...

selepas beli tiket wayang~1.45 petang,

kami pun g jalan2 carik baju-hehe
ogy n cockroaches...
tom n jerry~

selepas shopping segala bagai, makan time!!

wan nak makan mcD, sorry amir tak makan...

akhirnya, secret recipe jadi pilihan...
amir-wan-afzan-apiz @ sercet~
yummy!! spagetti~
black pepper chicken~
senyum wan!!...
kawan kerja lame~ kak lyn, kat ecah, kak tipah...

selepas makan, solat~wayang time!!

dlm panggung~xramai org...
bez sgt citer tu...

4.5 bintang!!
lakonan mantap~fazura, maya karin, aaron aziz n plakon kacak baru...

huhu~

ingat next week nak tgk 2012 plak...

ehe~

selesai wayang segala,

terus bertolak ke putrajaya...

hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami,

sempat juga bersolat di masjid besi putrajaya...

yang sedih,

akibat hujan lebat~tak dapat g tasik...
masjid putrajaya...

jalan2 dan bergambar sakan...

mungkin akan datang~bowling sekali!! hehe

pastu singgah umah amir jap...

alang2 dah sampai kan~

lepas isyak baru bertolak balik tanjong malim...
sorry sgt wan~xdpt g mandi sungai!!

lain kali ea amir bawak...

thankz wan~pengarah program terbaik!!

thankz apiz~tolong picit apabila amir letih dan hampir ngantok tatkala memandu...

thankz afzan~lawak gile2 mu!!
masjid besi putrajaya~

anyway, sorry sbb xdapat puaskan hati korang sume...

pepon, hope dapat jadi sweet memory kite time sem 1 ni k...

friendship 4 ever!!...

Thursday, November 12, 2009

sEsEkALi~

sesekali...
apa salahnya jadi pencerita...
takkan hanya jadi mahu pendengar sahaja?
sesekali...
apa salahnya masalah itu dikongsi bersama...
takkan mahu disimpan sejuta rasa?
sesekali...
apa salahnya bertanya?
tak kisah khabar berita atau apa sahaja...
kadang-kadang...
memang ada perkara yang tidak perlu kita cerita,
tapi payah benar mahu melihat dirimu bercerita...
susah benar untuk melihatmu menjadi pemula...
rahsiakah semuanya??
tidak salah kita kongsi pelbagai rasa...
tidak haram masalah dikongsi bersama...
sampai bila mahu simpan seorang diri??
atau dirimu lebih percaya dengan DIA??
yang kamu kenal suam-suam kuku sahaja??
yang baik buruk entah mana nilainya??
mungkin diriku hanya teman di pinggir jiwa...
aku cuba sedar siapa diriku...
mungkin TEMAN hanya di bibir sahaja...
di hati??
entah sejijik mana kau campakkan...
entah sejauh mana kau buangkan...
hanya dirimu yang maha tahu...
banyak lagi persoalan yang tidak terjawab...
banyak lagi masalah yang belum dirungkai...
entah bila belum lagi pasti...
namun aku tetap menunggu, waktu untuk SESEKALI itu...
terangkanlah...
luahkanlah...
ceritakanlah...
aku tetap terus menunggu!!...

Wednesday, November 11, 2009

mERungKai REsoLuSi~

diri ini....
sentiasa berharap dan berdoa,
semoga selepas ini keadaan kembail baik dan tenang...
sudah malas lagi mahu berprangsangka,
sudah penat hati ini untuk terasa,
biarlah....
bila hati ini terhiris dan terguris lagi,
biarlah....
jiwa dan perasaan ini menjadi mangsa...
tak mahu lagi memanjangkan persengketaan,
tak molek rasanya bila
yang negatif berlegar di ruang fikir...
moga kita akan menjadi SAHABAT sampai bila2....
kucuba terima dirimu kembali!!...

Tuesday, November 10, 2009

tEmAn sEjAti.....

Setiap kali aku menoleh ke belakang
Mencari-cari titik punca keretakan
Kusedari tak wajar dipersalahkan
Dirimu yang kian ketandusan perasaan

Sesungguhnya yang tersilap diriku sendiri
Menaruh harapan padamu terlalu tinggi
Sangkaku orang memberi kita berbahasa
Tak terlintas susu disaji, dibalas tuba

Setiap pengorbanan
Setiap pemberian
Kulakukan untukmu penuh ketulusan
Tiada yang diharap
Salain kejujuran
Bila diri dikhianati
Sungguh aku terkilan

Sememangnya bukan engkau, bukan dia
Penilaianku dulu dikelabui mata
Namun kutemui hikmah disebalik tragedi
Teman sejatiku hanyalah Dia yang abadi...

Monday, November 09, 2009

cukuplah~

Hati ini diuji lagi…
Perasaan ini diduga kembali...
Entahlah...
Rasanya,
Cukuplah...
Mungkin sampai di sini sahaja kisah PERSAHABATAN kita...
Benar2 sudah tawar bertakhta dalam diri...
Rasa begitu tersiksa hati sanubari,
Rasa tersekat jiwa yang sunyi,
sudah lenyap segala rasa,
Sudah hilang serinya...
Tiada lagi gembira,
Tiada lagi suka,
Tiada lagi bermacam-macam rasa...
Biarlah ia menjadi sejarah...
Dah tak sanggup lagi terhiris dan terguris...
Dah tak sanggup lagi menunggu...
Entah sampai bila,
Mungkin jawapan itu ada padamu....

makan time~

sebelum majlis bermula~

abg muz dan abg hairie~

antara mereka yang hadir...


semua...

mereka~

kak bieb model~

red carpet...

abg hairie crite pengalamannya...
cikgu bm bace sifir!!...

aksi 'chicken dance' terlampau!..

lagu ape abg johan nyanyi???




majlis meraikan senior sem 7...
kelab debat bahasa melayu,

UPSI....

alhamdulillah,
selesai dan terlaksana jua akhirnya...
terima kasih kepada senior2 yang sudi melapangkan masa untuk hadir~
abg kama,

abg hairie,

abg johan,

abg faiz,

abg muz,

kak bieb...
apa pun anda semua tetap yang terbaik!!....




bukan sahaja makan2 menjadi agenda,

sempat juga sambut bufday abg hairie...

HAPPY BELATED BUFDAY ABG HAIRIE!!...

lepas tu, semua senior kene main ala2 kotak beracun la,

tapi tak la beracun mane kan...

hm, abg johan kene nyanyi untuk seorang yang berlainan jantina...

kak minie menjadi pilihan...

kak bieb pula perlu menjadi model...
dan abg faiz menjadi teman...
abg hairie diminta menceritakan pengalaman pahit semasa berada dalam kelab orator ini...
abg kama perlu membuat aksi 'chicken dance' diiringi muzik...
kak nad~pres KDBM menjadi teman seangkatan...
abg faiz pula perlu katakan I LOVE U kepada siapa yang disukainya...
sudah tentulah kak bieb yang menjadi pilihan..
haha~

motif sangat!

abg muz pulak kena baca sifir 12 dan 7...
cikgu bahasa melayu kene bace sifir!
memang saat abg muz bace sifir kelakar...
terkeluar penanda wacana, kata hubung dan sebagainya...
ehe~



apapun, makan2 tetap meriah walaupun mereka yang ada paper
turun juga melapangkan waktu...
amir, abg fawez, kak ainie, abg abu, madi, bihah dsbg...
hm,
moga KDBM UPSI selepas ini
semakin terus berdiri teguh, kukuh
dan terus begemerlapan dalam dunia orator universiti...
mudah2an...
nanti2 kita sambung lagi, ade paper ari ni....
uhu~

Saturday, November 07, 2009

misi tercapai~HAPPY BUFDAY APIZ!!



hm...

ritu amir ade cite yang amir bincang dengan wan pasal misi kami kan??

alhamdulillah...

misi tercapai!!


suprize party tok bufday apiz
akhirnya jadi kenyataan...

thankz a lot kepada semua yang terlibat!!

haha wan n afzan je...

ade ke amir terlantik jadi pengarah program??...

hm, anyway,

thankz wan-timb pengarah

thankz afzan-s/u dn bendahari

hehe~


jadi juge akhirnya plan kami...



tapi kalo nak taw,

sengsara jugak lah petang tadi...

amir n wan pinjam motor hanafi tok amik kek,

kami ke pekan n kampus...

thankz HANAFI!!





oleh kerana hujan terlalu lebat,

amir n wan lepak kat kedai bahtera deret 7 eleven 2...

kami mmg tak boleh nak gerak,

hujan lebat gler2...



pastu, angin pulak macam mahu menerbangkan kami...

lagi2 wan yg ala2 lidi tapi persis model maskulin tu!!

haha~





ni kek black forest n pizza black pepper yg kami beli~






akhirnya,

kami redah jugak sebab takut plan kami tak jadi...

basah pun basah la labu!!..




risau jugak takot2 terserempak dengan apiz...

yela, mane taw terjumpa dalam lif!

hm, sebelum tu afzan dah mainkan peranan die...

afzan sms apiz ajak makan same malam tu...

hm, kami bertiga pun plan la pakai baju tema itam..

hehe~



da susun2, siapkan segala bagai...

afzan pun kol apiz,

boleh plak apiz tengah tido!!

hm, takpe..

mungkin sonok layan ujan kan...

setelah tunggu apiz sume,

kami bersiap sedia di posisi masing2..

haha~ motif!





lepas ketuk je pintu...

kami pun~

suprize!!!!!!!




happy birthday to u...


happy birthday to u...


happy birthday to apiz...


happy birthday to u...


apiz macam terkesima, terperanjat dan ter-ter-ter...



aha~


hm....

then, ape lagi?

potong kek n makan2 la...

hm,

sonok gak la~

memang kami rancang tak maw wish apiz langsung...

kokonon tak ingat la bufday dye rini...

hm...



anyway,

hope apiz happy sangat rini...

dengan makanan yg biase2 saje...

dengan keadaan kite yg tengah exam ni...
dengan kelemahan dan kekurangan sepanjang party berlangsung~
haha~ motif!





moga piz panjang umur,

murah rezeki,

beroleh kejayaan di dunia dan akhirat,


mendapat kebahagiaan yang hakiki

dan

tercapai segala yang diimpi!!....



*pasni active2 la tulis blog~

nak tunggu entry piz seterusnye ni...aha~







hm...

tak taw pe nak tulis g....

hayati je la gambar2 ni...


mungkin menggambarkan happynye kami,

n

hopefully apiz happy n enjoy with party yg tak seberapa ni...


thankz alot wan n afzan!!


HAPPY BUFDAY MY BELOVED FRIEND!!


~MOHD HAFIZUDDIN HAMZAH


07 NOVEMBER....




1-posing sblm apiz sampai... hehe~

2-ya ALLAH!! nape tu wan?? hm...

3-HAPPY BUFDAY APIZ N BELATED BUFDAY AFZAN!

4-bufday boy~apiz...

5-apiz, afzan, wan, amir.....

6- happy bufday piz!!...

7-happy belated bufday afzan!!...

8- wan n afzan~

9-amir n wan~

10-amir n apiz~

11-penat sangat ajk program ni... uhu~

























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails