Thursday, November 12, 2009

sEsEkALi~

sesekali...
apa salahnya jadi pencerita...
takkan hanya jadi mahu pendengar sahaja?
sesekali...
apa salahnya masalah itu dikongsi bersama...
takkan mahu disimpan sejuta rasa?
sesekali...
apa salahnya bertanya?
tak kisah khabar berita atau apa sahaja...
kadang-kadang...
memang ada perkara yang tidak perlu kita cerita,
tapi payah benar mahu melihat dirimu bercerita...
susah benar untuk melihatmu menjadi pemula...
rahsiakah semuanya??
tidak salah kita kongsi pelbagai rasa...
tidak haram masalah dikongsi bersama...
sampai bila mahu simpan seorang diri??
atau dirimu lebih percaya dengan DIA??
yang kamu kenal suam-suam kuku sahaja??
yang baik buruk entah mana nilainya??
mungkin diriku hanya teman di pinggir jiwa...
aku cuba sedar siapa diriku...
mungkin TEMAN hanya di bibir sahaja...
di hati??
entah sejijik mana kau campakkan...
entah sejauh mana kau buangkan...
hanya dirimu yang maha tahu...
banyak lagi persoalan yang tidak terjawab...
banyak lagi masalah yang belum dirungkai...
entah bila belum lagi pasti...
namun aku tetap menunggu, waktu untuk SESEKALI itu...
terangkanlah...
luahkanlah...
ceritakanlah...
aku tetap terus menunggu!!...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails