Wednesday, July 28, 2010

pEnAt~

minggu ini sudah minggu ketiga kuliah,
tugasan makin bertambah,
bukan sahaja tugasan kuliah
malah tugasan luar
yang memerlukan kekuatan dan ketabahan,
ketenangan hati jua kesabaran ...

alhamdulillah,
semalam selesai sudah satu tugasan,
mengacarakan majlis SELANGKAH KE UNIVERSITI,
yang dirasmikan oleh
Datin Seri Utama Masnah Rais,
terima kasih tidak terhingga,
buat Puan Marini Masdar @ cik Tini [ngeh3],


yang sering memberiku ruang dan peluang,
untuk menjadi lebih baik,
dalam bidang protokol & pengacaraan majlis.
terima kasih juga buat pasangan baru,
Cik Nora [sblm ni dgn Yati Hassan]...



selesa kerja bersama,
moga selepas ini gandingan kita lebih baik...

hari sabtu ini,
diamanahkan untuk menguruskan bhgn protokol,
untuk program MALAM 1SEJARAH 1WARISAN,
maka,
ilmu yang telah dipelajari sepanjang MSK,
dapat juga diaplikasikan dengan baik,
terima kasih sgt!!
Puan Marini, Kak Fateha, Kak Priya, abg Bae
dan semua yang sudi berkongsi ilmu denganku...
moga2 apa yang dirancang
berlangsung dengan baik....
kita merancang,
ALLAH juga merancang,
namun, perancangan DIA juga yang terbaik....

untuk program ini,
Aqwa dan Yati akan jadi MC.


aku yakin dengan potensi dan kebolehan mereka.
ingat,
jangan kisah apa org cakap k!!
org yg byk ckp tu,
blm tentu mampu buat apa yg kita buat nih...
keep it up guyz!!
all d'bez~

hm, penat....
sebenarnya aku sudah penat
untuk menjaga hati manusia,
pernah satu ketika dulu
aku bercerita dengan kak aini,


tentang hidup yang aku lalui,
cabaran dan dugaan yang datang,
aku tak pernah kisah,
bagiku,
cabaran dan dugaan itulah yang mendewasakan kita,
kerana pengalaman itukan mentor hidup terbaik,
yang menjadikan kita manusia dan dewasa....

benar,
memang penat untuk jaga hati manusia,
cikgu aku juga dulu pernah berpesan,
kesian dulu dgn diri kamu daripada kesiankan org lain,
tapi kdg2,
kita mmg tak sampai hati,
sebab kita ada qalbu,
dianugerahkan dgn perasaan dan hati,
tapi,
kalau asyik kita nak faham org,
tp org sikit pun tak pernah nak faham kita??
macam mana??
kita aje nak hormat org,
tp org sikit pun tak pernah hormat kita,
macam mana??
penat....
memang aku dah penat,
menghadap manusia2 plastik,
penuh sandiwara dan hipokrit...

aku tak pernah kisah orang membenciku,
sebab aku tahu ramai lagi yang sayangkanku,
aku hargai mereka yang sayang aku....
terima kasih kalian~

biar pun aku sudah penat,
aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan,
terlalu banyak nikmat dilimpahNya,
terlalu banyak ruang, peluang dan kesempatan
yang ditebarkanNya,
sangat bersyukur...

terima kasih tidak terhingga TUHANKU~

kubAHagiA~

hari ahad lalu,
saya sempat balik ke rumah,
menghadiri walimah saudara terdekat
di wisma sejarah berhampiran Library negara,
syukur semuanya berjalan lancar...

untuk edisi pulang ke kampung kali ini,
saya angkut ini budak,


sebab kwn2 sy semua busy....
wan, apiz n afzan sibuk dengan kelab penyayang,
moris ada tarian di pusat pelancongan malaysia,
nora n kak aini ada kerja yang perlu dibereskan,
kawan yang lain juga sibuk memanjang,
jadi,
ada jugalah peneman saya sepanjang perjalanan,
terima kasih cik budak~

walaupun keluarga saya tidak berapa besar,
tapi kami masih rapat dan akrab,
moga ukhuwah ini kekal selamanya....
biarpun abah sudah tiada,
tapi saya masih rapat dengan keluarganya,
saya bahagia ada nenek tersayang [mak arwah abah],
saya bahagia ada mak cik dan pak cik
yang menyayangi saya [abang, kakak dan adik abah]
saya bahagia ada sepupu2 yang memahami,
saya cukup bahagia...

bersama nenda tersayang~

adik beradik bonda pula semuanya perempuan,

saya cukup bahagia ada mak cik2 begini,

keluarga yang sentiasa menyayangi dan memahami...

syukur kepada DIA,
kerana menganugerahkan mereka kepadaku,
terasa begitu dihargai
dengan segenap rasa kasih yang mereka kongsikan,
benar,
memang terasa bahagia,
mungkin bila ianya kerana ALLAH~

Sunday, July 25, 2010

HoRmAt dAN sAyaNg~

kadang-kadang kita perlu mendengar
cakap mereka yang lebih tua,
mereka sudah makan garam
terlebih dahulu daripada kita,
sehingga saat ini,
saya masih lagi percaya
dan berpegang kepada konsep
'BILA KITA MAHU DIHORMATI,
HORMATILAH ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU.'




manusia ni selalu cakap je lebih,
hanya tahu mengomen,
mengkritik, mengumpat dan sewaktu dengannya,
sibuk cakap org lain kurang ajar,
tak beradab dan tak sopan...
senang cerita,
tanye diri kita dulu,
dah cukup ke kita hormat orang??
dah cukup ke kita beradab dengan orang??


samalah juga dengan konsep
'JIKA KITA MAHU DISAYANGI,
CUBALAH BELAJAR UNTUK MENYAYANGI.'
kasih sayang itu satu anugerah,
fitrah manusiawi juga sunatullah...
jadi,
sudah cukupkah kita menyayangi orang lain,
andai kita sedar yang kita tidak disayangi??
kita semua sama di mata TUHAN,
hanya Taqwa yang jadi perbezaan,
tak perlu ada rasa membenci,
tak perlu ada rasa menyampah,
andai kita tidak pernah belajar untuk menyayangi!!~




apapun,
biarlah kita orang pertama
yang bertindak terlebih dahulu,
menghormati dan menyayangi...
hidup ini sangat singkat untuk dinikmati,
hanya sementara untuk mengumpul amal dan bekal,
hasilnya yang pasti,
di akhirat perkampungan abadi,

belajarlah untuk MENGHORMATI dan MENYAYANGI...

~sekadar peringatan buat diri juga kalian~

Thursday, July 22, 2010

tEntANg dEbaT yANg DiRinDui~

belum pun habis minggu pertama kuliah,
namun sudah diamanahkan untuk berdebat
tentang alam sekitar...
Universiti Malaysia Terengganu,
menjadi tuan rumah
untuk edisi debat kali ini...


perjalanan yang beribu batu,

dan berjam-jam,

akhirnya memberi kepuasan...

biarpun tiada rezeki untuk ke kalah mati,

perjuangan untuk ke suku akhir,

mengajar aku tentang banyak perkara,

debat memang tidak akan lari dengan rezeki...

maka,

percayalah dengan konsep tiada rezeki~



biarpun percaturan team dibuat di saat-saat akhir,

biarpun kata sepakat dicapai ketika berehat di R&R,

namun aku puas dengan hasilnya...

delegasi alam sekitar UPSI kali ini,

mengadunkan perwakilan 3 generasi,

Kak Nadia Fitriyana

Abg Fawiz

Abg Suhaimi

dan diriku sendiri-Amir Batrisya...





jutaan penghargaan dan terima kasih,

yang tidak terhingga

terutamanya buat teman sepasukan

yang telah memberi kepercayaan kepadaku...

awalnya amir memang xnak masuk,

cukup sekadar menjadi pendebat simpanan,

namun,

setelah percaturan dibuat,

pendebat pertama menjadi posisiku...

buat mereka;

Cik Sya-pegawai yg sporting,

Kak Faz-penterjemah fakta [dr BI ke BM]

Abg Faizal & Abg Kadir-

pencari fakta serta kaunselor pembangkit semangat,

Nora, Kak Aini dan yang lain2,

keluarga KDBM yang tidak jemu2

merangsang dan tak pernah berhenti berdoa,

tanpa kalian semua,

siapalah aku hari ini~



tahniah buat UTP dan USIM,

memang sudah tertulis

bahawa pentas akhir itu milik mereka,

tahniah juga buat BADRI ISHAK,

pendebat terbaik keseluruhan

untuk debat alam sekitar edisi kali ini,

untuk keputusan lanjut UPSI,

bolehlah lihat di sini~



doaku,

semoga impian kak aini jadi kenyataan,

semoga satu hari nanti UPSI akan menjulang kejuaraan...

semuanya bukan mimpi,

pasti akan jadi realiti,

bila kita MAMPU...!!!

anda mampu??

saya mampu....!!!

Thursday, July 15, 2010

tERiNgaT kEnAngAN Di SaBaH~


banyak sebenarnya mahu dicoretkan,
ada juga N3 yang tidak sempat dipost,
kuliah sudah bermula,
macam2 ragam manusia dapat diperhati,
inilah anekawarna kehidupan kampus...

masuk tahun kedua,
aku mula belajar untuk mengerti,
aku mula tahu apa itu kawan dan lawan,
aku baru sedar siapa itu manusia,
aku juga semakin memahami erti MENJEJAK DEWASA...

Saturday, July 10, 2010

kEmbALi mERiaH~

hari ini hari sabtu,
sama seperti sabtu-sabtu sebelum ini,
ada pasar malam,
di pekan Tanjong Malim,
bezanya kini,
pekan Tanjong Malim kembali meriah,
manusia semakin ramai,
suasana semakin bising,
bingit dan riuh,
isnin ini kelas bermula,
ramai yang sudah pulang,
demi meneruskan satu perjuangan,
demi merealisasikan satu cita-cita...
~selamat kembali ke bumi kandung suluh budiman~

Thursday, July 01, 2010

tEntANg tEmAN sEjAti~

hari ini mahu berbicara tentang teman.
anda juga mesti ada kawan bukan??
teman??
sahabat??
bagi anda, adakah ketiga-tiganya,
memberi maksud yang berbeza??
sejujurnya,
kita dilahirkan di dunia,
sebagai khalifah,
sudah pasti kita akan bertemu ramai orang,
jadi,
mahu tidak mahu,
kita pasti akan berkomunikasi dan berinteraksi,
betul??

sudah namanya manusia,
lumrahlah,
ada yang suka,
ada yang benci,
ada yang sayang,
meluat dan macam-macam...
juga pasti ada yang anda kelaskan,
sebagai teman sejati.
secara generalisasinya,
teman sejati ini,
bolehlah diertikan sebagai,
teman yang rapat,
teman sekepala,
teman yang memahami dan mengerti,
teman yang berkongsi segala rahsia,
teman yang bersama mengharungi suka duka,
teman setia yang menempuh mehnah perjuangan.

jawapan klise juga streotaip,
teman sejati,
sukar dicari,
tak semua yang akan mengerti dan memahami.
itu biasalah,
kadang-kadang teman ini pelengkap diri kita,
apa yang tidak betul,
akan dibetulkannya,
apa yang tidak kena,
akan ditegur sebaik mungkin,
itulah teman sejati...

sekadar ingin berkongsi kisah,
cuba anda bayangkan,
anda baru sahaja mengenali seseorang,
tidak pernah tahu kisah hidup,
juga latar keluarganya,
tiba-tiba dia berkongsi ceritera dan rahsia,
kita juga begitu,
sudi berkongsi anekakisah tentang diri kita,
kita rasa serasi,
walau baru kenal hanya seketika,
sedang teman yang rapat,
teman sekepala,
juga teman yang kononnya mengerti dan memahami,
tidak sebegitu...
kita lebih percaya,
berkongsi kisah dengannya,
kita lebih selesa,
mendengar keluhan masalahnya,
kita lebih serasi,
bila bersama dengannya,
seakan kita melebihkan teman yang baru kenal,
daripada teman yang kita sedia rapat,
jadi,
itukah teman sejati??

teman sejati bukan sahaja serasi,
teman sejati mungkin ada definisi sendiri,
bagi anda mungkin erti teman sejati itu lain,
berbeza,
kerana interpretasinya subjektif,
apapun,
percayalah,
kita perlukan teman,
perjuangan berjemaah lebih afdal...
sekadar renungan,
hargailah teman anda sebaiknya,
jangan nanti,
ditakdirkan perpisahan terjadi,
baru kita mahu belajar untuk mengerti,
baru kita tahu untuk menghargai...

LEmbaRaN JuLai~


sudah masuk 1 Julai rupanya,
setengah tahun telah berlalu,
Jun berlalu membawa kisah tersendiri,
begitu juga bulan-bulan sebelumnya,
semakin banyak pengalaman dan kenangan,
yang dikutip dan dilalui,
rupanya inilah erti kedewasaan!!

menjejak kedewasaan ini bukan mudah,
semakin menjejak dewasa,
semakin kita mengerti betapa sukar dan payah,
semakin kita tahu makna perjuangan,
dan juga hakikat kehidupan!!

lembaran Julai ini,
semester baru di tahun baru akan bermula,
pensyarah baru,
juga kawan-kawan baru,
moga-moga semangat baru,
akan mencetuskan transformasi,
buat bekalan diri,
dalam menjejak kedewasaan ini...

1 Julai-Khamis,
akan berpindah ke KHAR,
kolej kediaman asalku,
Kolej Harun Aminurrashid...
bermulalah gerak kerja akhir,
sebelum pendaftaran pelajar baru,
hari ahad ini,
sedih juga kerana berpisah,
dengan teman2 bengkel MSK,
semuanya dibahagikan kepada 2 zon,
tak apalah,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
kalau jumpa di mana2,
tegur2 lah, ajak belanja minum ke....
ngeh3~

apapun,
semoga lembaran Julai,
akan dihiasi dengan kegembiraan dan kebahagiaan,
hidup ini tak perlu sedih2,
kerana hidup hanya sekali,
jadi,
nikmatilah sebaiknya,
yang penting bersyukur seadanya...
kebahagiaan itu anugerah TUHAN,
kepada setiap hambaNya,
jadi,
kenapa kita mahu berduka??
nikmatilah dan hayatilah sebaiknya!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails