Thursday, July 01, 2010

tEntANg tEmAN sEjAti~

hari ini mahu berbicara tentang teman.
anda juga mesti ada kawan bukan??
teman??
sahabat??
bagi anda, adakah ketiga-tiganya,
memberi maksud yang berbeza??
sejujurnya,
kita dilahirkan di dunia,
sebagai khalifah,
sudah pasti kita akan bertemu ramai orang,
jadi,
mahu tidak mahu,
kita pasti akan berkomunikasi dan berinteraksi,
betul??

sudah namanya manusia,
lumrahlah,
ada yang suka,
ada yang benci,
ada yang sayang,
meluat dan macam-macam...
juga pasti ada yang anda kelaskan,
sebagai teman sejati.
secara generalisasinya,
teman sejati ini,
bolehlah diertikan sebagai,
teman yang rapat,
teman sekepala,
teman yang memahami dan mengerti,
teman yang berkongsi segala rahsia,
teman yang bersama mengharungi suka duka,
teman setia yang menempuh mehnah perjuangan.

jawapan klise juga streotaip,
teman sejati,
sukar dicari,
tak semua yang akan mengerti dan memahami.
itu biasalah,
kadang-kadang teman ini pelengkap diri kita,
apa yang tidak betul,
akan dibetulkannya,
apa yang tidak kena,
akan ditegur sebaik mungkin,
itulah teman sejati...

sekadar ingin berkongsi kisah,
cuba anda bayangkan,
anda baru sahaja mengenali seseorang,
tidak pernah tahu kisah hidup,
juga latar keluarganya,
tiba-tiba dia berkongsi ceritera dan rahsia,
kita juga begitu,
sudi berkongsi anekakisah tentang diri kita,
kita rasa serasi,
walau baru kenal hanya seketika,
sedang teman yang rapat,
teman sekepala,
juga teman yang kononnya mengerti dan memahami,
tidak sebegitu...
kita lebih percaya,
berkongsi kisah dengannya,
kita lebih selesa,
mendengar keluhan masalahnya,
kita lebih serasi,
bila bersama dengannya,
seakan kita melebihkan teman yang baru kenal,
daripada teman yang kita sedia rapat,
jadi,
itukah teman sejati??

teman sejati bukan sahaja serasi,
teman sejati mungkin ada definisi sendiri,
bagi anda mungkin erti teman sejati itu lain,
berbeza,
kerana interpretasinya subjektif,
apapun,
percayalah,
kita perlukan teman,
perjuangan berjemaah lebih afdal...
sekadar renungan,
hargailah teman anda sebaiknya,
jangan nanti,
ditakdirkan perpisahan terjadi,
baru kita mahu belajar untuk mengerti,
baru kita tahu untuk menghargai...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails