Friday, April 23, 2010

pRamErdEka~

perlembagaan persekutuan 1948,
suara bantahan orang Melayu,
kerana tidak puas hati dengan Malayan Union,
akibat british semakin melampau!
selepas dijajah oleh Jepun,
baru orang Melayu ada kesedaran,
selepas dijajah portugis,
belanda,
british dan jepun....
motif cerita sejarah ni sebab,
nak beritahu yang persekutuan Melayu 1948 itu,
ialah pra-kemerdekaan bagi orang Melayu,


konotasinya,
amir juga sekarang merasai seperti itu...
PRA-MERDEKA~
alhamdulillah,
syukur kepadaNya,
tinggal lagi 1 paper je,
english 4 comm II,
kenegaraan,
sej malaysia abad ke-19,
asia tenggara abad ke 8-19,
islam di asia barat abad ke 19-20,
telah berlalu,
yang tinggal kini hanya,
dasar & falsafah pendidikan.....


ade cuti lagi seminggu,
untuk menduduki paper edu itu,
hm......
terasa mahu bercuti,

nak menengkan fikiran,
nak melihat matahari terbenam,
nak mengintai matahari terbit,
nak menghayati keindahan ciptaanNya,
nak merasai nikmat hidup ini,
nak bersyukur,
dan terus bersyukur,
DIA yang melimpahkan segalanya.....


~terima kasih YA ALLAH~

Tuesday, April 20, 2010

nAjihiN fiL iMtiHAn~


semester 2 sesi 09/10,
hampir sampai ke penghujungnya,
ah,
cepat benar masa berlalu.....
benarlah,
demi masa,
sesungguhnya manusia dalam kerugian,
begitulah hebatnya masa,
tak pernah leka walau sesaat,
berlalu dan terus berlalu,
pergi dan terus pergi,
yang berlalu hanya jadi memori,
yang akan memberi kekuatan kepada diri,
untuk terus berdiri dan laju berlari,
lantas dewasa mengenal diri sendiri...

minggu study week study di rumah,
memang agak tidak selesa untuk study di kolej,
syukur dapat diisi dengan pembacaan,
juga penambahan ilmu,
biarpun diselitkan dengan aktiviti lepak di sungai,
menonton SEMERAH CINTA STILLETO,
merasa kek baru secret recipe,
merendam kaki di kolam air panas,
menonton semula LASKAR PELANGI,
menjamah mee rebus johor dan cendol pulut,
juga melepak di old town white cofee....
*sila jangan jeles ye cik NURAINI MUNAWAR!! hehe~

sampai kolej pula,
meneruskan aktiviti penambahan ilmu di kampus,
syukur juga dapat dimanfaatkan dengan baik,
seronok mendapat abang dan kakak yang sangat baik,
makan nasi goreng pagi2 buta,
menjamah roti tisu di mamak bahtera,
balik kolej pagi2 buta,
tatkala orang lain membuat taik mata,
mendengar pelbagai cerita dan luahan rasa,
ah,
sukar dilupakan kenangan ini....

terharu sangat dengan keprihatinan mereka,
siap kejutkan untuk bangun pagi jawab first paper,
terima kasih team 1001 malam,
abg bae, abg rizal, abg adnan,abg eddy,
kak aini, kak mimie dan nora...
(ramai lagi kan team ni?? hehe)
moga ukhuwah ini hingga ke akhirNya....

kepada semua temanku,
sentiasalah berdoa,
moga diberikan kesihatan yang baik,
untuk terus beribadah kepadaNya,
dan dapat menjawab exam dengan baik,
jangan pernah berhenti bedoa,
doa ialah senjata orang mukmin,
juga penghubung kita dengan Maha Pencipta,
semoga dapat menjawab dengan baik,
dan dapat keputusan yang cemerlang....

MAN JADDA WA JADA~

Saturday, April 10, 2010

sELamAT mEnjEjAK dEwAsA~

maaf jika entry ini lambat dipublish,
mungkin agak sibuk
dengan tugasan2 terakhir,
apapun,
entri ini ditujukan buat
temanku,

MOHD SHAHSWAN NIZAM B. SHARUDDIN...


SELAMAT MENJEJAK DEWASA,
semoga panjang umur dan murah rezeki,
moga beroleh KEJAYAAN
di dunia dan akhirat....


dua dekad telah dilalui
segalanya telah ditempuh,
semakin kau MENJEJAK DEWASA
semakin kau mengenal semuanya,
kehidupan,
persahabatan,
kedewasaan,
perasaan dan makna kasih sayang,


yang lalu biarlah berlalu,
biarkan pergi bersama angin semalam,
hari esok yang perlu dihadapi,
laluilah dengan tenang,
jangan pernah mengeluh
jangan sesekali mengalah,
apapun terjadi,
berjalanlah tanpa henti,
bersyukur dan terus bersyukur....

moga meningkatnya usiamu,
turut meningkatkan amalmu,
tiada apa yang akan dibawa
di kampung akhirat
melainkan amal dan taqwa....

moga terus tabah dan senyum selalu,
SELAMAT MENJEJAK DEWASA~

jAwaB jAngaN tAk jAwAB~

maaf buat abg Fawiz kerana lambat menjawab tag daripada beliau,
ini komennye tentang blog amir~

Masih menjejak Dewasa walapupoon aku raser dia dah dewasa..
penulisan belog dier puitisme, romantisme, joom tukar koss.. heheeh



ini header baru ea... wah, sempat g promote~

baru la MENJEJAK DEWASA~ aha....





baiklah,

terus menjawab iltizam persoalan daripada beliau,

7 fakta tentang diriku...

1- anak sulung daripada 3 beradik.

ramai yang ingat amir anak tunggal atau anak bongsu. hm, auta ye!

yang faktanya ialah anak pertama atau anak sulung~

2- sukakan ketenangan dan kedamaian.

kalau bosan atau stress,

selalu lepak sungai, laut tengok kehijauan pepohon dan kebiruan laut.

3- suka mendengar masalah orang.

manusia tak pernah lari daripada masalah,

amir sudi mendengar masalah kawan2,

menjadi tempat luahan hati dan perasaan...

4- suka baca novel, majalah.

mula baca novel, 8 tahun-BIDADARI CINTA,

banyak koleksi novel dan majalah di rumah.

5- suka menulis.

ada beberapa puisi dan cerpen yang sudah terbit

di akhbar dan majalah2.

sekarang dalam proses pembikinan novel pertama,

mudah2 dipermudahkan~

6- mudah beremosi.

amir seorang yang sensetif,

mudah naik angin, mengalirkan air mata,

dan ketawa sekuat-kuatnye....

7- suka berkawan.

berkawan biar beribu,

berkasih biar satu...

alamak, kekasih tiada lagi la~

8- mudah merajuk.

berhati lembut dan cepat tersentuh,

tapi bila dipujuk, ok la kot....

aha, 8 cukup la ye~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails