Tuesday, December 08, 2009

RoyAL dEbaTE @ UM~

pertama kali melangkahkan kaki di Bumi UM,
sebagai peserta Debat Diraja antara IPT Malaysia,
pelbagai macam perasaan wujud dalam hati,
berdebar-debar segenap jiwa apabila mendaftar sebagai peserta.
delegasi UPSI~


di kafe sains UM~
alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...
selesai sudah semuanya,
tatkala berkampung di Bumi UM,
untuk melaksanakan amanah,
melunaskan tanggungjawab,
meneruskan perjuangan yang menuntut pengorbanan...
TERKEJUT, TERHARU, TERUJA...
benar,
pengalaman dan kenangan inilah yang pasti,
banyak mengajar erti
KEHIDUPAN, PERSAHABATAN DAN KEDEWASAAN...

ketika kuarantin~



wif nora lepas lawan UNIMAS~


kuarantin lawan UPM~

apabila kalah 3 pusingan pada hari pertama,

semakin kuat azam untuk menang pada hari esoknya.

ALHAMDULILLAH,
tatkala menang pusingan kelima,
semakin berkobar pula azam untuk ke peringkat suku akhir...

namun,

inilah yang dikatakan rezeki...
mungkin untuk edisi Debat Diraja akan datang,

ada rezeki untuk kami ke pentas perdana....

mudah-mudahan...
perlawanan kami ~UPSI muda II~

1-kalah dengan UPM muda I

2-kalah dengan USIM muda I

3-kalah dengan UPNM utama II
4-menang dengan UMT utama II

5-menang dengan UNIMAS untama I
6-menang dengan UMP muda I




~bihah-nora-amir-madi~



setelah berjuang 6 perlawanan,

pasukan kami,

NORA-AMIR-MADI-BIHAH,


cuma berjaya menduduki tangga kesembilan,

untuk ke peringkat kalah mati,

cuma 8 pasukan sahaja yang layak untuk mara,

inilah konsep tiada rezeki...

lagi 1 tangga sahaja laluan untuk ke perlawanan kalah mati.
ALHAMDULILLAH,
amir sangat terharu dengan kedudukan ini.
pada awalnya,

bukanlah untuk mengharap sebarang kemenangan,
cuma menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman,
namun,
apabila team kami tersenarai di tangga kesembilan,

terbit rasa sayu dan terharu,
mungkin ini sahaja yang mampu dilakukan oleh kami...

ALHAMDULILLAH,
amir tersenarai di tangga ke-46,

pendebat terbaik keseluruhan,
tempat ke-16 pendebat junior...
moga dapat belajar lagi sesuatu,

pada masa akan datang...

TAHNIAH!!
kak bieb-pendebat terbaik ke-3,

abg joe-pendebat terbaik ke-9,

abg bae-pendebat terbaik ke-15...
juga kepada pasukan UPSI MUDA I,

ABG SUHAIMI, ABG FAWIZ, KAK AINIE, KAK Z,





mudah-mudahan rezeki untuk kita pula,

untuk edisi debat akan datang...

kekalahan dan kegagalan ialah guru yang terbaik,

yang banyak mengajar kita untuk terus bangkit,

berjuang, berusaha dan terus ke hadapan...


3 comments:

  1. huuu terharunya kita...
    insyaAllah, kita sama2 usaha ya!

    ReplyDelete
  2. tahniah tuk korang...
    hope to see u in next tournament...

    ReplyDelete
  3. comelnya kak aini gambar bawah sekali tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails