Saturday, November 20, 2010

tEntaNg CitA-CiTa~

apabila kita tanya budak kecil,
dah besar nak jadi apa?
kadang2 ada antara mereka yang jawab tak tahu!
ada juga yang kata nak jadi polis,
bomba, cikgu, peguam, doktor dan banyak lagi...
biasanya mereka akan jawab spontan.
ada juga yang fikir dulu,
dah besar nanti aku mahu jadi apa!

jika bercerita tentang cita-cita,
budak kecil biasanya akan jawab
berdasarkan pengamatan mereka.
apa yang mereka lihat.
contohnya, bila ayah peguam
pasti dia juga mahu jadi peguam bila besar.
kadang2 bila suka dengan pengajaran
seseorang cikgu,
dia akan bercita-cita mahu jadi guru...
polis, bomba dan macam2 kerjaya lagi yang ada!


bagi saya,
tidak kisahlah mahu bercita-cita menjadi
apa dan siapa sekalipun,
tetapi yang pasti pengakhiran destinasi kita
ialah mengharapkan rahmat Allah!
betul,
jika kita jadi doktor-
kita akan memeriksa pesakit,
memberi ubat dan berusaha untuk mengubatinya.
yang akan menyembuhkan siapa?
ALLAH!
doktor hanya sebagai agen sahaja.
orang tengah antara Allah dan pesakit
untuk menyembuhkan penyakit.
berbelit ke ayat ni?
aha.


semua kerjaya juga begitu.
kita bekerja juga kerana ALLAH.
ingat setiap yang kita lakukan dikira ibadah
jika dilakukan dengan betul.
dulu saya bercita-cita mahu jadi peguam.
sebab pak cik saya seorang peguam!
masa sekolah rendah,
cita-cita; saya akan tulis peguam.
budak kecil!
tak tahu apa2 tapi sangat jujur!

bila naik sekolah menengah,
saya mahu jadi doktor gigi!
sangat bercita-cita besar...
saya suka tengok gigi orang!
tak tahulah kenapa.
bagi saya,
gigi mencerminkan peribadi seseorang.
bagi saya dulu,
segala-galanya bermula dengan gigi!
haha.
tapi keputusan saya tidak melayakkan saya
untuk sambung pengajian sebagai doktor gigi.
ah, teringat Jordan!
ya, dulu saya teringin nak sambung belajar
di Jordan-pergigian!
tapi rezeki saya ke tingkatan enam.

sekarang pula,
apabila sudah berada di Universiti Pendidikan
menggambarkan yang saya bakal menjadi seorang pendidik!
ya,
inilah jiwa saya sebenarnya!
menjadi pendidik bukan satu tugas yang mudah.
lebih2 lagi pada zaman ini.
seorang cikgu bukan sahaja mengajar tulis baca,
malah mendidik luar dan dalam.
mentarbiah dan menjadikan seseorang itu manusia.
ya, manusia yang berguna!
untuk agama, bangsa dan negara.
mungkin memang sudah tertulis,
saya dilahirkan untuk menjadi seorang guru.
dan saya sudah bertemu jiwa saya,
inilah cita2 saya sebenarnya...


anda?

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails