Saturday, November 20, 2010

apA ERti jumAAt~

hari ini sudah sabtu.
mahu cerita tentang semalam.
oh, ya semalam hari jumaat-solat Jumaat.
bagi saya,
masa untuk hari Jumaat terlalu pendek-
masa bergerak begitu pantas.
sebab ada solat Jumaat.


oh,
saya ni dulu jenis susah untuk solat di masjid tempat orang.
contoh-saya sek d Kajang masa ting 6.
saya akan cuba untuk solat di masjid
Hulu Langat-berdekatan rumah.
kawan2 mengajak saya solat Jumaat
di masjid Kajang,
tapi saya menolak.
entah kenapa!
oh, itu kisah dulu,
masa zaman sekolah...
mungkin sebab saya tak suka bukak kasut,
stoking-leceh!

jadi,
bila solat di masjid tempat sendiri
senang-pakai seliper!
haha. entah apa alasan tah!
mungkin serasi kot,
sebab sejak kecil memang solat di masjid itu...

mahu cerita tentang solat Jumaat sekarang.
semalam saya solat di Masjid Jamek Tanjong Malim.
khatib memeberi khutbah di depan,
ada pula yang berkhutbah di belakang!
yang berkhutbah pula budak kecik!
ish, memang saya bengang...!
suara mereka lagi kuat pada pak khatib
yang berkhutbah guna pembesar suara!
apalah ertinya solat Jumaat jika begini...

solat Jumaat ialah wadah peringatan mingguan.
wajib untuk lelaki-lelaki yang rasa dia lelaki!
biasalah, manusia kan mudah lupa.
jadi hari Jumaatlah kita dengar tazkirah mingguan.
hari Jumaat jugalah kita dapat jumpa saudara seIslam lain.
tapi hari Jumaat sekarang sudah disalah erti.
pergi solat Jumaat untuk bukak kedai kopi!
bercerita tentang kerenah manusiawi!
oh, apalah dunia hari ini,
tepuk dada, tanyalah iman sendiri.


Jumaat barakah sudah tiada erti~

2 comments:

  1. salam

    itulah gambaran keadaan sekarang..yg paling rimas tengok bila bilal iqamah baru sampai

    ReplyDelete
  2. salam...

    tulah kisah Jumaat sekarang cikgu...

    taha sabar jela~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails