Thursday, January 27, 2011

kEkuAtAN hADiR~

salam hari Khamis semua.
moga anda sihat-sihat sahaja.
minggu depan sudah cuti seminggu.
ramai juga yang dah balik,
makin sunyi kolej ni.

sebelum tu saya nak minta maaf
sebab lama juga tidak singgah
mencoret apa-apa di sini.
serius,
minggu ini terlalu banyak perkara
yang tak terduga berlaku.
sampai kadang-kadang saya mahu putus asa.
astaghfirullah!
Allah benci orang yang putus asa ni!

sejujurnya juga
saya bukan lah orang yang kuat
untuk menghadapi sebarang ujian.
sampai ada teman yang katakan saya ni pengecut!
mungkin, benar.
tapi apa yang saya mahu kongsi hari ini ialah
saya sangat bersyukur
dikelilingi insan-insan yang sering
menyalurkan kekuatan
saat saya jatuh dan tak tahu arah tuju.

hari ini bolehlah dikatakan saya agak tenang.
isnin sampai semalam,
ish tak keruan rasanya!
bayangkan hari Isnin lepas,
ada perkara yang perlu untuk saya putuskan
untuk kebaikan semua ahli kelab.
rasanya tak perlulah saya cerita di sini.
kemudian hari-hari
saya bekejar untuk perjumpaan,
mesyuarat, perbincangan dan tugasan.
bukan saya mahu beritahu saya sibuk
atau orang penting.
bukan!
ini semua amanah.
ada apa pada jawatan?
ada apa pada nama?
ish, dunia saja semua tu!
tapi mereka yang memilih saya
untuk mengetuai kepimpinan kelab.
apapun,
saya akan cuba juga buat yang terbaik
kerana saya hormat dengan kepercayaan mereka.
yang tidak suka, tidak apa.
saya tiada apa-apa masalah pun.
terima kasih!

saat Tuhan hadirkan ujian untuk saya,
saya bersyukur kerana saya sentiasa dianugerahkan
teman-teman yang menjadi kekuatan saya.
jujur,
saya memang tak mampu buat seorang diri!
tapi orang-orang kuat di belakang saya
sentiasa ada yang menjadi sandaran
dan tulang belakang untuk saya dan mereka semua
mengemudi kelab dengan baik.
dalam kelab debat, saya ada
Syam, Nora, Mus, Kak Aini, Abg Fawiz dan Din.
juga ahli2 kelab yang lain.
terima kasih!
dalam briged pula,
saya ada Khalil, Sam, Abg Yoyoi,
Moris, Siti Mas, Dancy, Sarra, Bancha dan Kuntum!
terima kasih orang-orang kuat!

-uish budak kecil yang kuat!

anda bayangkan,
semalam saya perlu uruskan tentang kelab debat.
sebelum tu saya ada temu janji dengan pensyarah,
bekejar pula berjumpa dengan penasihat kelab
dan menguruskan beberapa hal lagi.
sedangkan malamnya saya sudah berjanji
untuk buat perjumpaan dengan ahli briged.
saya terlupa tempat perjumpaan tak setel lagi!
mujur Khalil sms saya bertanya tentang itu,
dan saya mohon dia bantu setelkan.
kalau tidak?
kak Aini, maaf tak dapat bersama
untuk pembentangan kertas kerja!
dalam masa yang sama juga,
saya perlu siapkan berita untuk majalah.
artikel? oh, perlahan-lahan...

saya sangat bersyukur
kerana saat ujian hadir untuk menguji,
kekuatan turut hadir dengan adanya orang-orang kuat ini.
kadang-kadang masalah mematangkan kita.
betul tak tipu.
Amir boleh! Amir boleh!
ya,
sms semangat itu juga membuatkan diri saya
masih kuat.
terima kasih semua!
kerana kekutan hadir saat ujian datang bertandang
untuk menguji sejauh mana saya bersyukur
dengan nikmatNya...

9 comments:

  1. semoga awak kuat menghadapinya amir..

    Tanggungjawab jangan pernah sekali diabaikan...

    ReplyDelete
  2. mempersoalkan pasal amanah bukan sesuatu y mudah..

    do the best a.amir ^^

    ReplyDelete
  3. thankz Dayah.
    kerana amanah jugalah kadang-kadang membuatkan saya tidak kuat!
    anda juga kekuatan saya~

    ReplyDelete
  4. Cik Mus : terima kasih.
    sama-sama kita mengemudi kelab!

    ReplyDelete
  5. wah..pjgnyer luahan aty die..hik3..

    ReplyDelete
  6. panjang ke? terima kasih baca.
    hurm, sombong dah ea org kuat UPSI!

    ReplyDelete
  7. kuat ye, abg amir..selagi kita bernama manusia,kita memang lemah..tetapi itu bukan mnjadi perkara yg akan melemahkn kita..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails