Thursday, January 13, 2011

gEMuRuH JiwA~

salam semua.
cepat bukan masa berlalu?
tup tup hampir ke hujung minggu sudah,
penghujung minggu kedua kuliah.

tadi ada pelajar kemasukan Disember
chat dengan saya di FB.
katanya,
abg, masa abg berucap jadi MC,
abg tak gugup ke? tak gementar?
perh, soalan!
apa pun terima kasih untuk soalan itu.

apabila saya jadi MC,
tipulah kalau saya cakap saya tak gugup kan!
lagi-lagi bila majlis besar,
contohnya majlis ikrar pelajar dan
majlis bersama menteri.
sedangkan majlis yang VIPnya tidak berapa besar pun
saya tetap gementar
inikan pula majlis yang melibatkan orang-orang besar.
kadang-kadang present dalam kelas pun,
tangan saya menggeletar! ehe

jadi macam mana saya mengatasi rasa gementar itu?
oh, saya akan istighfar banyak2.
fikir tentang teks, audiens dan majlis sahaja.
saya berusaha untuk tidak akan fikir
tentang perkara yang lain.
saya juga akan minum air banyak2.
sebab tu bila saya jadi MC,
saya akan minum air berbotol-botol!
terima kasih kak Fiza!
sering menyediakan air botol untuk saya
semasa majlis ikrar pelajar dan bersama menteri
kemasukan Disember baru2 ini. hehe

-kak Fiza [timb pengurus program terbaik!]. selalu bagi semangat!
jurufoto itu kak Jaja, SMS protokol juga.


rasa gemuruh memang tak dapat dinafikan
waima kamu sudah biasa macam mana sekalipun.
cuma bagaimana cara kamu mengatasi rasa gemuruh itu
supaya audiens terpukau dengan pesonamu.
semua orang boleh menjadi MC yang baik.
practise makes perfect!

-pasangan MC terbaik saya setakat ini. Noraini Munawar~

ada juga pelajar baru yang bertanya kepada saya.
abang masuk kelas ke
belajar jadi MC?
oh, sampai begitu sekali!
saya kata, tidaklah.
ini tok guru saya.

-saat pertama kali mengenali siapa itu Puan Marini Masdar!

terima kasih puan!
dari majlis ke majlis yang saya acarakan,
saya belajar tentang pelbagai perkara.
abg Bae, kak Fateha, dan kak Priya lah
orang yang mula-mula mengesan bakat saya.
terima kasih!

harapan saya sekarang,
saya mahu melihat ramai lagi pelapis
yang akan meneruskan legasi pengacaraan majlis
dan etika serta etikat protokol UPSI.
saya mengalu-alukan kehadiran anda semua!

rasa gemuruh tetap akan ada.
kita manusia, itu normal.
gemuruh jiwa, semangat membara!
selamat maju jaya~

17 comments:

  1. hup2..amir hebat!tringin gk mncuba jd mc mjlis2 besar..tpi takpela kat kab ni pon mcm2 da progrm jdi mc..seronok kan~

    ReplyDelete
  2. terima kasih Effa. jangan lah begitu sekali. biasa-biasa saja...

    ReplyDelete
  3. Cikgu Akim, terima kasih. betul, memang seronok. kita dapat kenal dengan ramai orang...
    nanti dah pencen di KAB boleh lah jadi MC majlis besr2 ya! ehe. =)

    ReplyDelete
  4. nuraini munawar likes this *like *like *like ^^

    ReplyDelete
  5. wah MC junior, lawan abang dulu..haha

    ReplyDelete
  6. salam ziarah. manis mc sebelah kamu tu ye. hehehe.

    ReplyDelete
  7. Abg Iman, tunggu saya masuk mengajar di STAR! hehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Encik Khairi, terima kasih melawat.
    oh, dia memang manis. si gadis baju merah! hehe

    ReplyDelete
  10. lawat sni :]
    wah hebatnya jadi mc..hikhik

    ReplyDelete
  11. terima kasih melawat...
    alah, biasa2 saja Cik Shark. masih belajar juga lagi untuk jadi yang terbaik!

    ReplyDelete
  12. Samantha Tan Pei Ying double like this post!!! :)) Abang Amir sentiasa menjadi pujaan pengacara terbaik untuk Sam. :)) It seems to be imperfect but YOU totally impressed me somehow.

    ReplyDelete
  13. jemput join segmen di blog. mudah je. blog review.

    http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

    ReplyDelete
  14. shaofie : terima kasih. saya singgah~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails