Wednesday, December 22, 2010

LEkAsnYA wAkTu~

esok sudah masuk hari Khamis.
sebentar lagi akan bermula sesi pembedahan karya.
karya kami, 3 puisi dan sebuah cerpen
akan dibedah, dinilai oleh
Kak Ina, Kak Nas, Abg Din & Abg Wan.
dengar cerita karya kami itu mahu dibukukan
sebagai satu antologi,
mudah-mudahan impian itu terlaksana...


cepatnya masa berlalu,
sedar tak sedar
MPR sudah hampir ke hari pengakhirannya.
saya pasti,
tiada manusia yang inginkan perpisahan
selepas berputiknya pertemuan.
tapi, apakan daya
itulah hakikat hidup.
perpisahan itulah yang akan mengocakkan rasa rindu!

semalam,
bila Abg Din tanya -nak balik tak?
hampir semua cakap tak nak...
yalah, dah macam adik beradik.
ukhuwah yang dijalin hampir seminggu
berkongsi kisah yang sama,
minat yang serupa
menjadikan kami akrab.
saya gembira bersama keluarga MPR 2010!


kita jangan salahkan waktu,
yakinlah yang ianya akan terus berlalu.
tapi,
tanyalah pada hati-
yang menjadi kiblat makrifat manusiawi!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails