Friday, January 01, 2010

2010~

cepat benar masa berlalu...
kejap benar rasa,
hari berganti hari,
tarikh berganti tarikh,
kini,
2010 menjeguk pula...
berapa banyak amalan baik kita??
bagaimana pula dengan nilai keimanan??
rasa kesyukuran??
ahhh....
kerdilnya rasa diri...
tatkala meniti perjalanan,
MENJEJAK DEWASA ini...
sudah mula terasa betapa berlikunya,
begitu banyak cubaan, cabaran dan dugaannya,
oh... inilah kehidupan...
biarlah...
apapun rentak kehidupan kita,
walau apapun jalan yang menjadi pilihan kita,
DIA pasti ada sentiasa bersama dengan kita,
kita sahaja yang selalu melupakanNya...
sedang DIA??
terlalu banyak memberi...
tiap sedutan nafas dan denyutan nadi,
segala rezeki dan pemberian,
nikmat iman dan islam,
kebahagiaan dan kesejahteraan...
banyaknya!!...
sebagai hambaNya,
apalah sahaja yang mampu kita persembahkan??
sedangkan DIA yang MENCIPTA,
sedangkan DIA yang MEMBERI,
sedangkan DIAlah segala-galanya...
moga kehadiran 2010 ini,
detik untuk kita menghayati dan muhasabah kembali,
siapa kita dan kenapa adanya kita??
renung2kan dan selamat beramal~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails