Monday, January 11, 2010

sELEsAi~

2 perkara selesai sudah,

pertama AJL yang berlangsung malam tadi,

keduanya pembacaan novel AYAHANDA....

AJL malam tadi,

yang telang mengangkat lagu PERGI,

dendangan Aizat,

lirik Amran Omar dan lagu oleh Pete Teo,

sebagai JUARA LAGU...


hm...
amir mula jatuh hati dengan lagu ini,

sejak menonton filem TALENTIME,

karya ARWAH YASMIN AHMAD....

sejak lagu ini di peringkat separuh akhir lagi,

amir sudah mengagak yang lagu ini,

akan menang untuk AJL edisi kali ini....


benar,

lagu ini berjaya mendapat tempat pertama...

sangat berpuas hati dengan kemenangan2 lagu malam tadi,

agak tepat tekaan amir malam tadi,

cuma agak terkilan kerana BUNKFACE tidak menang...

amir menjangkakan BUNKFACE, YUNA dan AIZAT,

namun hanya tekaan YUNA dan AIZAT sahaja yang tepat...
huhu~

apapun,

sangat berpuas hati dengan keputusan malam tadi,

tahniah kepada yang berjaya,

yang tidak berjaya tu,

mungkin rezeki untuk lagu yang lain,

teruskan berusaha~


beralih kepada analisis pembacaan novel AYAHANDA,
karya AZIZI HJ ABDULLAH,
amir rasa perlu untuk dibaca oleh mereka yang bergelar anak...
analisis keperluannya mudah,
mengangkat tema yang dekat dengan kita,

plot penceritaan yang mudah difahami,

serta persoalan2 yang menyentuh lubuk sanubari...

'DIA AYAH YANG SELALU MENGERTI DAN

AKU ANAK YANG TIDAK PERNAH MEMAHAMI...'


jalan ceritanya mudah,
sebagai anak bongsu,

AKU ingin menyambut hari lahir bapa,

yang ke 97 tahun,

penceritaan dalam menuju sambutan hari lahir itu,

benar2 membuai rasa seorang anak,

betapa si ayah terlalu banyak berkorban...


kadangkala seorang ayah memang tidak pernah menunjuk,

rasa kasih sayang dan ambil tahu kepada si anak,

setiap ayah mempunyai sikap yang berbeza,

ada yang terlalu baik,

ada yang garang macam singa,

ada juga yang tak macam bapa...


hhmmm....
lebih baik anda sendiri yang membacanya,

biar anda sendiri yang merasai,

hayatilah aksara2 yang akhirnya,

menjalinkan sebuah penceritaan....

biar tercerna makna pengorbanan,

dalam lubuk hatimu,

biar kamu makin mengerti perasaan seorang ayah,

biar kamu pelajari lelehan keringat,

tak pernah diluah pun rasa penat dan payah,

biar kamu tahu mendalami perit jerih,

susah gelisah,

andai kamu pula menjadi seorang ayah,

satu hari nanti....

biarpun naskah novel ini agak lama,

namun,

bait bicaranya masih segar,

tidak mati,

agar kita mengerti....





'SEORANG BAPA BOLEH MEMAHAMI


PERASAAN DUA BELAS ORANG ANAKNYA,


TETAPI AMAT MALANG DUA BELAS ORANG ANAK


TIDAK MAMPU MEMAHAMI PERASAAN SEORANG BAPA....'

7 comments:

  1. amirul ridzuannn!
    novel ayahanda mmg memberi seribu cetusan makna & pengertian kpd sesiapa yg bergelar anak kn?
    kita berulang2 kali baca novel 2 semasa form 5. pinjam d library sekolah. setiap kali membaca pasti air mata mengalir, gheee~

    antara scene yg paling memberi kesan ialah sewaktu ayah menggantikan tugas anaknya utk menyedekahkan sebuah kipas di surau baru (perasaan malu anaknya tatkala merasa salju & dingin kipas angin itu bagaikan disimbah darah khinzir).

    dan juga sewaktu ayah tetap duduk dgn kaki tegak sewaktu duduk tahiyat akhir (walaupun masa 2 luka di kakinya terbuka akibat duduk begitu)........

    pas baca 2 kita terus minta maaf kat abah kita sampai dia rasa pelik...

    huuu nak baca lg.

    kita syg abah kita.

    ReplyDelete
  2. nuraini munawar!!..

    yup...

    scene itu sangat mengocakkan tasik hati,

    begitulah pengorbanan insan yang bergelar ayah,

    moga kita sebagai anak makin memahami...

    biarpun kejap amir bersama si ayah,

    namun kasihnya tetap mengalir walau dia

    sudah bersemadi abadi...

    moga roh ayahanda bersama orang2 yang beriman

    dan soleh...

    amin~

    ReplyDelete
  3. kat library la ain fathihah...

    ke nak pinjam amir punye ni lu sblm pulangkn

    kat library nih...

    ReplyDelete
  4. maafkan saya menganggu.
    Awak mengikut blog anaklaut?
    beliau seorang yang penciplak karya orang lain. Karya saya diciplak beliau dan di masukkannya kedalam blog anaklaut2009@ webpress dan blog ini telah ditutup kerana saya memprotesnya. Tapi blog ini akudiadanlagu1@blogspot.com juga blog yang diciplak artikelnya.Dan karya yang ditulisnya adalah karya ciplak. Beliau blogger yang tidak ada etika. Menggunakan sajak dan puisi orang lain untuk memikat perempuan dan pengunjung. Hati hati. walaupun beliau seorang guru tapi guru yang sakit jiwa. Beliau bukan orang seni dan mmg tidak ada idea untuk menulis. Hubungi beliau untuk mendapat pengesahannya. dan hubungi saya jika puan tidak berpuas hati. Saya haramkan dunia akhirat artikel saya yang ciplak oleh beliau.
    Tuan/Puan/cik semua telah ditipunya. Hati hati.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails