mata tak mahu lelap,
entah mengapa,
mungkin penangan kopi susu tadi,
tatkala YM berbicara,
seorang teman mahu berkongsi,
segala rasa yang berselirat di laman hati,
ceritalah,
kongsilah,
menangislah,
luahkan segalanya,
diri ini cuba untuk mengerti,
sekadar menyelami dan memahami,
sebagai teman,
tatkala duka berladung di sanubari,
menangislah sepuasnya,
biar bahu ini menjadi saksi,
aku rela,
tak mengapa teman,
teruskan,
teruskanlah....
>lot of problem la lately ni..
*biaselah, manusia tak pernah lari dari masalah...
> i ni tak la baik pon...
i ade gak lemahnye..
i pon mnusia mir..
prlukan perhatian..
tp dye seolah2 tak phm..
tme aku majuk ke..
dye just tggalkan aku gitu je...
*yes... i paham u,
i kenal u...
kamu antara insan yang terawal amir kenal di sini,
di lapangan dunia pra pendidik ini...
>sorry to sy,
kdg2 aku pk nk jauhkan diri dr sume org je..
including u..
bkoz im the factor of evry bad thing...
aku slalu pk cmni skg..
aku dah putuskan hubungan dengan banyak org...
*itu bukanlah penyelesaian...
mahu tidak mahu,
kita tetap akan berjumpa dengan manusia,
mereka di sekeliling kita,
fahami rentak mereka,
segala karenah,
kemahuan,
sifat,
sikap,
perbuatan dan sebagainya...
kalau rasa tidak serasi,
bermakna kita ada pilihan...
mungkin dia bukan jodoh kita,
sebagai teman, sahabat, kekasih atau sesiapa...
kawan....
apalah dayaku sebagai teman??
sekadar mencurahkan secangkir nasihat,
dan cuba menjadi pendengar,
setiap keluh resahmu,
segala inci masalah dukamu,
mengertilah,
jika kamu rasa aku, dia dan mereka,
tak mampu menjadi yang terbaik,
buat dirimu,
sebagai teman, sahabat mahupun kekasih,
DIA ada sebagai kekasih,
yang abadi lagi hakiki,
tak pernah sepi memberi,
segala rasa cinta yang kamu mahu,
DIA ada,
sentiasa....
apa lagi yang kau mahu??
teman,
hulurlah seluruh rasa cintamu kepadaNya,
sekalipun tidak nampak balasan,
hakikatnya,
tanpa kamu sedar dia telah membalas,
tanpa kamu sedari...
sekadar menjadi pendengar,
dan menasihati apa yang termampu,
bersederhanalah...
berkasih sayang setakat mampumu,
jangan terlalu sayang,
kelak bertukar menjadi benci....
jangan pula terlalu benci,
sampai matinya pun,
kamu tak mahu tahu,
tak kisah walau sekelumit rasa,
nanti yang benci itu menjadi sayang....
-CINTAI ALLAH, SAYANGI MANUSIA-
secangkir bingkisan buatmu TEMAN....
No comments:
Post a Comment