Tuesday, March 01, 2011

sENyuM sELagi mAmpu~...

salam semua.
kadang-kadang, bila tengah bermasalah
masa tu memang sangat rajin mencoret cerita.

oh, ya.
anda mesti selalu dengar
senyum itu sedekah kan?
sekarang ni,
baru saya sedar betapa senyum itu
berperanan penting dalam hidup!
yelah, cuba anda bayangkan
manusia di dunia ni semuanya muram,
masam, sugul, sedih.
tiada yang senyum pun!
apa anda rasa?
okey, anggaplah tulisan saya kali ini
monolog hati ya.
sebab mahu tukar saya kepada aku. ehe



(i)
kadang-kadang aku pun tak faham.
besar sangat ke salah aku
sampai muka aku pun kau tak mahu tengok.
muka aku pun kau tak mahu tengok,
senyum apatah lagi!
~terima kasih~

(ii)
aku tahu kau tak suka aku,
kau benci aku.
dengar cerita kau cemburu
tapi aku tak pernah rasa apa-apa.
sebolehnya aku mahu berbaik sahaja.
aku hormat kau,
kau lebih tua daripada aku.
aku tahu banyak lagi perkara yang aku
perlu belajar.
banyak lagi pengalaman yang aku
nak kutip.
sebelum ni,
kau nak senyum dengan aku pun susah.
bercakap apatah lagi.
semua benda yang aku buat
ada sahaja yang salah. entahlah.
tapi bila aku tengok kau tersenyum
dengan aku,
aku benar-benar bahagia.
terus aku anggap kau tak pernah
ada masalah dengan aku.
terus aku fikir kita dah berbaik
walaupun kita tak pernah gaduh.
aku betul-betul gembira bila
tengok kau senyum dengan aku.
~terima kasih!~

kisah (i) entah bila akan berakhir.
sampai kekadang aku dah penat nak fikir,
tapi bila ditanya
tiada apa2 jawabnya.
aku pun manusia biasa,
punya hati dan perasaan.
semenjak dua menjak ni,
tak pernah dah aku tengok kau senyum.
mungkin marah benar dengan aku.
tak apa, marahlah.
mungkin salah aku maha besar
sampai senyum pun dah tak sudi
kau ukirkan di wajahmu.
tapi sejujurnya,
keadaan ini membuatkan
aku tak tahu mahu fikir apa.
tak apalah,
aku mesti senyum sebab aku kena kuat!

kisah (ii) membuatkan aku terfikir sesuatu.
senyuman memang azimat.
penawar dalam kedukaan
dan
menjadi ubat yang amat hebat.
selagi aku mampu senyum,
aku akan senyum
biarpun hati aku tak pernah
menzahirkan kegembiraan itu.

terima kasih buat mereka
yang sering tersenyum denganku.
anda pengubat hati yang duka lara! =)

1 comment:

  1. hanya dgn senyuman..mampu utk mmbahagiakan org,w/pun pd zahirnya hipokrit dgn perasaan kita..ASSLAMUALAIKUM n hai,hello,kata sapaan jg blh mmlegakn hati yg mungkin____________?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails