Thursday, August 14, 2014

Merungkai Misteri Hidup

Sekian lama tidak meninggalkan sebarang catatan di sini, terasa begitu canggung untuk memulakan tulisan kembali. Memang tidak adil jika kekangan kerja dan masa menjadi alasan sedang kita semua punyai masa yang sama. Mohon maaf buat semua!

Apa yang saudara fikir tentang kehidupan?

-Misteri hidup sukar diduga. Begitu juga perasaan di jiwa.
Apabila saya bertanya teman-teman, pasti saya akan peroleh pelbagai jawapan. Ya, hidup adalah perjalanan. Pastinya kehidupan di dunia ini bukanlah destinasi terakhir kita. Jadi, mana mungkin kesementaraan ini disia-siakan dan tidak dinikmati sebaiknya.

Ada juga yang berkongsi; hidup ini tentang perjuangan. Maka walau celaka manapun kehidupan, ia tetap kehidupan. Begitulah hakikatnya; baik atau buruk kehidupan, kehidupan tetap kehidupan. Kehidupan itu yang sedang kita lalui saat ini. Ya, waktu ini!

Hidup adalah proses pembelajaran. Kehidupan adalah guru yang paling sejati; menjadikan kita orang yang tidak tahu kepada serba tahu. Kehidupan juga yang mengajar kita mengenali anekamacam jenis manusia. Hanya dengan kehidupan kita akan temui manusia baik dan juga sebaliknya, kerana manusia baik dan jahat ada di mana-mana. Berjaga-jaga!

Dalam hidup, saudara pasti tidak pernah menjangka apa yang akan berlaku pada hari esok juga waktu akan datang. Hidup ini misteri. Terlalu misteri. Banyak rahsia yang terlalu sukar untuk diungkap lebih-lebih lagi berkaitan perasaan yang mendiami jiwa. 

Jangan hanya mengharap yang indah-indah dalam hidup kerana tidak semuanya bisa dimiliki. Melihat orang lain memiliki serba serbi mungkin saudara juga terasa mahu begitu, mahu memiliki serba segala sedang hakikatnya manusia itu tidak sempurna sifatnya. Adakala, kekurangan bagi saudara adalah kebahagiaan bagi orang lain yang melihatnya. Bukankah kekurangan itu melengkapkan?

Kadang-kadang, yang tidak terjangka itu lebih indah. Yang datang tanpa diduga itu lebih bahagia. Kerana itu saya sering menitipkan pesanan agar menghargai dan menikmati kehidupan yang cuma seketika ini. Selamat merungkai misteri kehidupan!

2 comments:

  1. Это мы так подошли к вопросу отличного интимного досуга, что всегда обеспечивают Шлюхи Киева Kehidupan juga yang mengajar kita mengenali anekamacam jenis manusia. Hanya dengan kehidupan kita akan temui manusia baik dan juga sebaliknya, kerana manusia baik dan jahat ada di mana-mana. Berjaga-jaga! Подлинное поражение, единственно непоправимое поражение, исходит не от врага, а от самого себя.
    . Обворожительная женщина составит компанию состоятельному мужчине. Подробности встречи по телефону.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails