Thursday, July 01, 2010

LEmbaRaN JuLai~


sudah masuk 1 Julai rupanya,
setengah tahun telah berlalu,
Jun berlalu membawa kisah tersendiri,
begitu juga bulan-bulan sebelumnya,
semakin banyak pengalaman dan kenangan,
yang dikutip dan dilalui,
rupanya inilah erti kedewasaan!!

menjejak kedewasaan ini bukan mudah,
semakin menjejak dewasa,
semakin kita mengerti betapa sukar dan payah,
semakin kita tahu makna perjuangan,
dan juga hakikat kehidupan!!

lembaran Julai ini,
semester baru di tahun baru akan bermula,
pensyarah baru,
juga kawan-kawan baru,
moga-moga semangat baru,
akan mencetuskan transformasi,
buat bekalan diri,
dalam menjejak kedewasaan ini...

1 Julai-Khamis,
akan berpindah ke KHAR,
kolej kediaman asalku,
Kolej Harun Aminurrashid...
bermulalah gerak kerja akhir,
sebelum pendaftaran pelajar baru,
hari ahad ini,
sedih juga kerana berpisah,
dengan teman2 bengkel MSK,
semuanya dibahagikan kepada 2 zon,
tak apalah,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
kalau jumpa di mana2,
tegur2 lah, ajak belanja minum ke....
ngeh3~

apapun,
semoga lembaran Julai,
akan dihiasi dengan kegembiraan dan kebahagiaan,
hidup ini tak perlu sedih2,
kerana hidup hanya sekali,
jadi,
nikmatilah sebaiknya,
yang penting bersyukur seadanya...
kebahagiaan itu anugerah TUHAN,
kepada setiap hambaNya,
jadi,
kenapa kita mahu berduka??
nikmatilah dan hayatilah sebaiknya!!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails