Sunday, June 20, 2010

wARkaH buAt AyAHaNDa~~


Assalamualaikumwarahmatullah...
apa khabar ayahanda di sana??
anakanda doakan ayahanda sentiasa tenang dan damai,
bahagia dengan kehidupan di situ...


hari ini hari bapa,
walaupun ayahanda jauh,
tapi anakanda sentiasa rasa ayahanda dekat,
tetap bersemi rasa sayang,
tetap menitis embun kasih,
rindu??
rasanya segenap hati dan perasaan anakanda ini,
terlalu rindukan ayahanda...
biar kita cuma dapat kenal seketika,
tapi ayahanda tetap ABAH anakanda,
sampai bila-bila!!


cepat sangat rasanya kita kenal,
belum puas berkasih dengan ayahanda,
belum puas berkongsi anekarasa dengan ayahanda,
belum puas mengenali ayahanda lebih rapat,
lebih dekat dan lebih akrab,
anakanda 4 tahun,
ayahanda sudah pulang semula,
bertemu dengan Sang Maha Pencipta,
moga kita dapat bertemu kembali di kampung abadi...


mungkin ketika itu anakanda masih kecil,
tidak mengerti apa-apa,
tiada sebarang rasa di dalam dada,
namun cukuplah jika anakanda
pernah memanggil ayahanda ABAH,
anakanda tetap akan ingat sampai bila-bila,
sebab anakanda pernah mempunyai seorang lelaki,
yang bernama ABAH,
yang menjadi pemangkin semangat anakanda,
untuk terus menjadi yang terbaik
dalam hidup yang dilalui ini...


rupanya 22 syaaban ini,
genap 16 tahun ayahanda pergi,
rasa seperti cepat benar kan?...
tahun ini pun,
anakanda akan berusia 21 tahun,
memang masa berlalu begitu pantas,
tanpa mengenal siapa kita,
bahkan anak raja sekalipun,
masa terus meninggalkan kita...


16 tahun yang dilalui tanpa ayahanda,
peritnya sukar dilafazkan,
kadangkala indah,
kadangkala penuh duka,
pahit dan pelbagai rasa,
rupanya inilah hidup!
baru anakanda mengerti,
hidup ini satu perjuangan,
memang benar nasihat Luqman Al-Hakim...


manusia juga berbagai-bagai ragamnya,
ada yang baik,
juga yang berwatak hitam,
memang tak boleh tengok kita senang,
anakanda pernah rasa semua itu,
rupanya inilah sepak terajang dunia,
walau pahit mana sekalipun,
anakanda cuba untuk telan,
sabar dan syukur,
akan anakanda pegang sampai bila-bila,
kerana ALLAH itu kan Maha Kaya,
pemilik seluruh alam raya...


syukur,
sekarang anakanda akan masuk tahun kedua,
di menara gading anganan semua,
anakanda akan buktikan,
anak yang tak ada bapa ini,
akan berjaya juga satu hari nanti!
biar yang dengki lebih tahu,
betapa langit itu tinggi atau rendah,
tanah yang dipijak itu,
rata atau berliku...
biarlah,
anakanda akan buktikan!
demi ayahanda tersayang...


hari jumaat kelmarin,
anakanda ziarah rumah ayahanda,
rumput sudah meninggi,
bunga juga mula berkembang,
dek kerana rimas dengan pemandangan sebegitu,
anakanda cabut rerumput itu,
anakanda sedekahkan Yasin buat ayahanda,
moga ayahanda terus tenang dan damai,
bahagia dengan kehidupan ayahanda di sana,
anakanda tahu ayahanda bahagia,
ayahanda jangan bimbang,
selagi nadi anakanda terus berdenyut,
secangkir doa takkan anakanda lupakan,
buat ayahanda yang pernah hadir,
dalam hidup anakanda ini...


sempena hari bapa ini,
anakanda mahu ayahanda tahu,
yang anakanda sangat sayang ayahanda,
biar kita pernah bersua seketika cuma,
biar ayahanda pinjaman sementara,
biar ayahanda terlalu jauh,
biar ayahanda tak pernah mengerti,
tapi ketahuilah,
ayahanda tetap priya terhebat!!
yang pernah hadir dalam hidup anakanda,
abah terbaik buat anakanda...


salam sayang walau jauh,
Al-Fatihah buat ayahanda,

ABDUL RAHMAN B. HAJI MOHAMAD BERAWI~

3 comments:

  1. setiap yg berlaku ada hikmahnya...teruskan perjuangan anda dalam menjejak kedewasaan...

    ReplyDelete
  2. al-Fatihah...

    teranglah dunianya di sana, amiin ya Rabbi.

    ReplyDelete
  3. al-Fatihah amir. insya Allah roh arwah dirahmatiNya :) amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails