Thursday, October 14, 2010

mAsiH mEnjEjAk dEwASa~

maaf buat pembaca semua,
lama rasanya tidak menjenguk
laman kedewasaan ini...
tempat saya meluah rasa,
tempat saya berkongsi ceritera indah
cahaya gembira dan juga lelah derita.



alhamdulillah,
21 tahun telah berlalu.
pelbagai macam perkara saya belajar,
macam2 orng sy kenal,
penuh rencam dn sngat bervariasi.
subhanallah!
dan macam2 perkara itulah
yang mematangkan dn mendewasakan saya.
dan saat ini juga,
saya masih lagi menjejak dewasa...

terima kasih buat yang sering ingat diri ini,
yang selalu mengingatkan insan kerdil ini,
kamu, kalian dan mereka yang sentiasa
bersama dalam perjuanganku,
yang selalu ada di sisiku,
saat susah dn senang
tatkala jatuh dan cuba untuk bangun.
kamu, kalian dan mereka
sentiasa ada.
terima kasih tidak terhingga...!!



tari Batrisya...
ada dan terus kekal
di ruang hati,
kerana kita jatuh bangun bersama...
biar penuh cacian dan makian
biar banyak dugaan dan cabaran,
biarlah apa kata orang.
yakinlah dengan kemampuan kita
apa adanya,
kita berjalan selaju mungkin,
dan berlari sepantas tenaga!!
biarkan dn tinggalkan mereka,
yang sering membenci dan mencaci.
Tuhan akan sentiasa bersama,
percayalah!!



buat family KDBM juga begitu.
benar saya terharu,
sungguh saya gembira.
saat kita berkumpul bersama,
bercanda dan bergelak tawa,
ah, kalian pasti akan tinggalkan jua
bumi kandung ini,
yang pasti menyimpan 1001 cerita sendiri.
terima kasih tidak terhingga!!

terima kasih buat akhir kalianya
buat semua.
kamu, kalian dan mereka...!!
ukhuwah fillah abadan abada~


1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails