Saturday, April 23, 2011

~kEmbALi

April bakal melabuhkan tirainya...
sedar tak sedar,
tahun kedua pengajian
di tanah bersejarah ini pun
bakal menemui penghujungnya.
aduh, pawana kenangan pun
menyapa ujana ingatan
dan
rindu pun mula bertamu...

dua tahun ini,
benar-benar mengajarku tentang
pelbagai perkara.
aku mula tahu makna hidup,
aku juga makin kenal
siapa kawan dan siapa lawan.
oh, ini bukan luahan perasaan...

cukuplah,
'percutianku' daripada berblog
telah menghimpunkan anekamacam perasaan
yang mengajar aku
menjadi lebih dewasa.
dan Tuhanku lebih tahu
segala-galanya,
apa yang aku, kau, dia dan kalian rasa
sebab dia Maha Adil.
lebih bijak mencaturkan hidup manusia!
dan kau cuma hamba, hina!
segala yang kau ada hanya pinjaman, sementara,
tak kekal dan Dia juga yang
Maha Tunggal!



~semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan redhaNya~
-senyum selalu-

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails