Thursday, June 14, 2012

Kecewa Itu Juga Rasa!

Alhamdulillah, usai peperiksaan akhir semester kelmarin, bermakna tamatlah sudah pengajian untuk semester ini. Maknanya, saya akan menjengah tahun akhir pengajian. Allah, pantas benar peredaran siang dan malam-Mu! Segala puji selayaknya untuk-Mu, Tuhanku! Tiga tahun pengajian yang sudah dilalui benar-benar mendewasakan. Saya sendiri merasai perubahan diri. Betullah kata pujangga, semakin kita tahu sesuatu perkara, semakin kita tahu kebodohan diri. Ya, terokailah segala ilmu yang terhampar di atas muka bumi ini. Bertebaranlah mencari redha Allah!

-Jangan bersedih. Allah bersamamu! 
Sebentar tadi ada seorang junior berkongsi cerita dengan saya. Katanya, dia (m) sudah dapat tahu siapa yang sedang berkawan dengan bekas kekasihnya. Saya tahu dia sedih. Seboleh mungkin, saya cuba memberi semangat. Sedaya upaya menghulurkan empati, merasai apa yang turut dirasainya. Sebelum ini m pernah katakan yang dia masih sayang kepada perempuan itu. Putus sebab apa, dia pun tidak tahu kerana perempuan itu tidak beritahu. Rasa sayang masih lagi subur dalam ruang kecil hatinya, tapi sayang perempuan itu mahu putus juga. Katanya lagi, kalaulah perempuan itu sudah ada kekasih yang baru, dia tidak kisah. Yang penting dia mahu tahu siapa lelaki itu- kalau betullah perempuan itu sudah berkasih dengan lelaki lain.

Rupanya memang ya. Perempuan bekas kekasih m ini sudah berkasih dengan lelaki lain. Saya tahu hatinya hancur. Kecewa. Apa tidaknya, wanita itu pernah hadir dalam hidupnya, menjadi teman yang paling istimewa. Walaupun sekadar chatting di FB, saya sedaya mungkin memberikan nasihat agar dia terus bersemangat. Peperiksaan m belum habis lagi. Risau juga akan menjejaskan prestasinya nanti. SMS berupa kata-kata semangat juga turut saya kirimkan, agar dia tahu ramai lagi yang masih sayang akan dirinya.

-Terbanglah segagah helang. Terus berjuang! 
Hakikatnya, kecewa itu juga rasa. Yang sesekali dihadirkan Tuhan untuk menguji sejauhmana kebergantungan kita kepada Dia. Kalau hidup ini selalu gembira, pasti kita akan terlupa juga untuk mensyukuri segala nikmat yang dikurnia. Sebab itulah Allah hadirkan anekamacam rasa dalam hidup kita kerana berbagai-bagai rasa yang hadir itulah sebenarnya kebahagiaan! Satu hari nanti, anda pasti akan percaya dengan apa yang saya kongsikan ini. Percayalah!

Andai anda sedang bersatu dengan rasa kecewa saat ini, lekas-lekaslah berdoa kepada Allah. Mohonlah agar dijauhkan secepat mungkin rasa kecewa itu kerana Allah yang mengirimkan rasa kecewa itu kepada kita dan Dia juga yang berhak menariknya. Berdoalah selaku hamba yang paling kecil dan kerdil, dia pasti mendengar setiap rintihan dan permintaan kita. Moga-moga rasa kecewa yang bertandang, perlahan-lahan jauh menghilang. Kecewa itu bukan sahaja dalam hubungan kasih sayang, tetapi dalam segenap kehidupan yang kita lalui; keluarga, sahabat, pelajaran, kerja dan banyak lagi.


Buat adik saya yang sedang kecewa ini, moga terus kuat. Mohonlah agar Allah hadirkan wanita yang lebih baik sebagai pengganti. Jangan bazirkan saat gembira dalam hidup dengan kesedihan dan kedukaan, bergembiralah! Moga tenang selalu bersama kamu.

12 comments:

  1. kecewa itu rase??setuju..ia merupakan salah satu nikmat yang dikurniakanNya supaye kite dapat merasai hidop dengan manis,,x semestinye gembire saje,,,semoge insan tersebut menjadi lebih bersemangat dan jadikan kenangan hari ini sebagai pengalaman yang dapat membantunye pade mase akan datang,, ^^,

    ReplyDelete
  2. keciwa dgn wanita...aku tak tabah hingga songsang...keciwa bkali2 dgn wanita..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. -Terima kasih untuk komentar. Sebenarnya ramai lagi lelaki di luar sana yang akhirnya memilih jalan yang salah kerana kecewa dalam bercinta, bercinta sesama kaum sejenis sendiri-cinta songsang! Doa saya, moga Allah kurniakan yang terbaik buat kalian. Tunjukkan kami jalan yang lurus! :D

      Delete
  3. terharu kisah si m tu saya baca....hope m tabah dgn dugaan yg membadai....

    ReplyDelete
  4. Amir, aku dah rasa 2 kali.... hohoh... sekrang memilih utk stay single walaupun hati membuak2 nak couple...kah2

    ReplyDelete
  5. -Tak apa. Sabarlah. Nanti sampai seru, dah memang jodoh takkan ke mana juga. Jangan sedih2 k! :D

    ReplyDelete
  6. btul ape abg ckp, jgn bzirkan mse hidup ngan kesedihan dan kedukaan..xmbantu kite pun ..thank u abg ats nasihat itu..sy berusaha utk jd kuat n tabah spt org lain..insyallah ape pun jd dlm hidup sy, sy xkan sesekali lupa Allah S.W.T.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails