Friday, June 08, 2012

Rasa apakah?

Rasa apakah sebenarnya yang Tuhan hadirkan di hati kecil saya saat ini? Entahlah. Kalau rasa yang hadir itu menuntut sebuah jawapan, sungguh di saat ini saya tidak mampu menjawabnya. Tapi saya bukannya seorang lelaki yang mudah berserah. Apatah lagi menyerah dengan takdir yang hadir.

-Saya rindu untuk menikmati suasana begini.
Menatap mentari terbenam di langit nirmala!
Sungguh saya tidak kuat. Bukan bererti bacul, cuma rasa yang hadir itu sengaja mahu menguji hati dan perasaan yang paling dalam. Paling halus sifatnya, yang akhirnya membawa saya ke daerah ketidakpastian dan tidak tahu untuk menimbang sebuah jawapan! Allah, ujian apakah ini?

Mungkin di saat saya dan kamu yang membaca, terfikir tentang makna sebuah dewasa dan keseronokan melalui usia muda, Tuhan sengaja menghadirkan ujian berupa anugerah manusia untuk disayangi. Saat itu juga, kita berasa keliru dengan pilihan yang terbentang di hadapan mata. Walaupun kita sering benar dihamparkan dengan pilihan; hitam atau putih, kanan atau kiri, dosa atau pahala. Ya, pilihan jawapan juga hanya kita yang ada kuasanya! 

Kasih sayang itu anugerah. Sahabat juga anugerah. Hidup itu pula anugerah yang lebih bernilai kerana kita sendiri yang menyusurinya, menikmati dan menghayati segala keindahannya!

4 comments:

  1. kadang-kadang rasa takut dengan kehidupan. selalu begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. -Dan saya sedang melaluinya saat ini! Aduhai...

      Delete
  2. Ujian itu anugerah! kesenangan itu tanda kita diuji, kesusahan itu juga tanda kita diuji.. Allah mahu melihat sejauh mana kita mengingatinya. Kembali lah kpd-Nya. :) *cakap untuk diri sendiri jua*

    ReplyDelete
    Replies
    1. -Terima kasih Mysara.
      Sahabat untuk selamanya! ;)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails