Sunday, February 27, 2011

mEnguNGkiT kEnaNgAN~

salam hari minggu.
entah kenapa makin tak rajin
mahu mencoret di sini. hehe

awal pagi tadi,
saya terus bergerak ke sekolah lama.
sekolah yang banyak mengenalkan saya dengan dewasa.
jujur, saya sayang sekolah itu!
kalau boleh,
mahu saja saya mengajar di situ.
mencurahkan bakti kepada almameter.
biarlah orang cakap tak berkembang ke,
tak ada cabaran ke,
tapi sejujurnya sekolah itu sudah sebati,
persekitarannya serasi dengan jiwa saya.
benar-benar bersyukur
dapat menuntut ilmu di situ.

-menyimpan khazanah kenangan terindah!

oh, tujuan saya ke sana
untuk bermusyawarah
tentang program yang akan
kami jalankan bulan tiga nanti.
Muslim Youth Camp.
bertemu dengan teman-teman lama,
pasti banyak cerita yang dikongsi.
mengungkit kenangan lalu,
aduh
rasa macam semalam sahaja menghabiskan usia
di sekolah itu.
pengalaman yang penuh rencam
membuatkan kita kenal siapa kawan dan lawan
dan belajar sesuatu tentang kehidupan!
sebab itulah tuhan menciptakan manusia
pelbagai jenis macam perangai,
supaya kita berkenal-kenalan.
subhanallah! memang unik!

selesai mesyuarat,
saya singgah ke rumah.
mujur jarak sekolah dan rumah
tidak berapa jauh.
berada di rumah untuk seketika
membuatkan saya tak mahu pulang ke kolej! aha
saya mula terfikir,
sementara masih ada keluarga
bergembiralah dengan mereka.
melihat adik-adik yang sudah membesar,
kekadang terselit rasa bangga di sudut hati.
kentalnya hati bonda membesarkan kami,
melayan kerenah dan mencukupkan makan pakai
hingga saat ini.
ada ketika saya tahu,
bonda sering melebihkan anak-anak.
biar anak cukup makan, dirinya tak kenyang tak apa.
saya tahu itu.

bagi saya,
hanya bonda yang tahu dan faham tentang anak-anaknya.
suka makan apa,
perkara apa yang tidak disukai,
warna apa yang diminati dan macam2 lagi.
sudah tentulah, kerana dia yang bersama kita-
membesarkan dengan penuh harapan.
hatinya pasti gusar ketika
anak-anak demam, tidak sihat badan.
kadang-kadang sampai sanggup ambil cuti.

dalam pelajaran pun,
bonda sering memberi semangat.
'belajar rajin-rajin. nanti kerja senang'.
saya masih dan akan ingat sampai bila2,
setiap kali peperiksaan besar-UPSR, PMR, SPM
pasti bonda akan ambil cuti ketika hari pertama peperiksaan.
malah, ketika saya STPM pun,
bonda ambil cuti.
bukan saya sahaja,
ketika adik-adik melalui saat getir ini pun
bonda turut melakukan perkara sama-cuti.
begitulah cara bonda menyerap semangatnya kepada kami.

saya tahu,
di lubuk hati bonda yang paling dalam
pasti dia mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup.
percayalah,
bukan bonda saya sahaja.
semua ibu mengimpikan kejayaan anak-anak.
ibu mana yang tak mahu melihat anaknya berjaya?
di akhir coretan ini,
saya doakan bonda bahagia selalu dan selamanya.
hanya Tuhan yang mempu membalas
seluruh jasa dan kudrat
yang pernah dilimpahkan
segenap saat membesarkan kami.
terima kasih hingga hujung nyawa!

-bangga dikelilingi insan-insan ini!

5 comments:

  1. betul amir...ikotkan hati..rasa nak balik duduk disamten..Bukan tak sanggup menghadapi cabaran.. cuma kadang-kala rasa lemah untuk mencari kekuatan..

    ReplyDelete
  2. tetba rasa homesick ble bc entrie abg amir nie =(

    ReplyDelete
  3. NurLailatul: tulah, memang indah! dan saat kita menjejak dewasa ini barulah kita mengerti sebenarnya cabaran itulah yang menjadikan kita kuat.
    semoga kamu juga begitu! =)

    ReplyDelete
  4. dayahremlee: ehe. mujur rumah dekat. tak apa, ada lagi dalam 2 bulan untuk cuti panjang! ehe

    ReplyDelete
  5. sblum mencri redha Allah,...crilah redha ibu....
    sesungguhnya syurgA dbwah tapak kaki ibu...=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails