Friday, August 05, 2011

pEsAN KhAtiB...


Salam buat semua blogger.

Saya benar-benar terkesan dengan khutbah Jumaat tadi.
Pesan khatib, bulan Ramadan ialah bulan kesabaran. Bulan untuk kita melatih diri berubah menjadi lebih baik. Nikmatilah sebulan Ramadan ini dengan baik kerana setiap amalan yang kita lakukan akan diganjari dengan pahala yang berganda.

Hati saya mula sebak,
ada dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Pertama ketika berbuka puasa dan kedunya apabila bertemu Allah nanti.
Bergenang air mata saya, layakkah nanti saya bertemu Dia, Yang Mencipta saya dan kalian semua.

Hakikatnya kita perlu sedar, kita dihidupkan untuk apa? Hanya untuk beribadah kepada Dia. Terang-terang dirakam dalam kalam suci, 'Maka aku ciptakan manusia dan jin hanyalah untuk beribadah kepadaKu.' Di kesempatan ini, tanyalah diri kita sejauh mana persiapan untuk kita bertemu Dia? Sebanyak mana amal untuk kita persembahkan di hadapanNya nanti...

Mohon maaf atas keterlanjuran dan kekhilafan diri. Moga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan redhaNya.

Selamat Berbuka Puasa! ^^

3 comments:

  1. Alhamdulillah..abg Mc.punya kefahaman dan kesedaran..ta suma org da itu, syukur buat anda..insyAllah, selamat beramal dan istiqamah sllu..^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails