Friday, November 06, 2009

tentang HATI dan PERASAAN~

Setiap manusia dikurniakan dengan HATI dan PERASAAN…
Benar...
Semakin dewasa kita,
Semakin banyak HATI dan PERASAAN yang perlu dijaga...
Semakin kita mengenal dunia,
Semakin ramai manusia di sekeliling yang mengenali kita...
Semakin kita tahu,
Semakin pula kita mengenali terhiris dan terguris...
Itulah lumrah dan fitrah...
Inilah KEHIDUPAN...
Kita tahu apa itu PENGORBANAN
Kita kenal makna KEMANUSIAAN
Kita mengerti indahnya KEDEWASAAN
Kita menyelami pahit manis sebuah PERSAHABATAN!!...


Payah rasanya mahu memuaskan hati semua orang,
Sukar pula bila mana mahu menjaga HATI dan PERASAAN mereka...
Manusia...
Tak pernah cukup dengan apa yang ada...
Tak pernah mahu bersyukur dengan nikmat di depan mata...
Tak pernah rasa untuk menghargai tatkala ada...
Namun, itulah kita...
Manusia...
Yang serba kurang lagi lemah
Tidak semuanya sempurna...
Tidak semuanya baik-baik belaka...
Tidak semuanya faham akan diri kita...


Salahkah bila diri mengambil berat?
Salahkah bila kita kongsi kesusahan dan kesedihan?
Salahkah diri mahu mengambil tahu?
Salahkah?
Salah??....
Atau keprihatinan disalah erti?
Pertolongan disalah anggap?
Atau kebaikan hanya untuk mengaburi?
Entahlah...
Pandangan setiap manusia berbeza...
Penilaian kita ada pro dan kontranya...
Tidak semua berfikiran sama...
Kalau sama semua tak seronok pulak rasa,
Nanti katanya menciplak idea...
Mahu haru satu dunia!!

Satu hari A demam. Si B pula mengajak makan.
Risau akan si A yang tidak sihat, maka ditanya kepada A mahu makan apa...
A: tak nak makan
B: makan lah... nanti lagi teruk...
A: tak nak
B: makan lah ckit.. sup nak?
A: tak nak
B: makan ckit je daripada tak makan apa2
A: tak payah lah, nanti membazir je beli. Tak makan
B: makan lah. Susah sangat ke? Nanti bertambah teruk...
B: Tak nak. Nak tido je ni...

Maka, si B pun hanya beli makanan untuk dirinya sendiri...
Selepas itu, A beri sms
Katanya dia memang tak makan apabila tak sihat
Ok, B faham. Berfikir rasional...
Tak ambil hati walau sedikit terguris.


Beberapa hari lepas tu, B tanya kepada A
Kenapa tak mahu makan hari tu?
B pelik lah juga,
Bila B ajak makan tengahari tak mahu...
Tapi malam tu si A makan pula...
Dengan kawan yang lain.
Kata B: tak sudi da makan sama ea?
A: bukan, lapar.
B: habis, nape tengahari tu ajak tak mahu makan?
A: tak selera...
Hm, ok. Si B cuba fahamkan keadaan.
Berfikir rasional...
Perkara kecil sahaja bukan?
Selesai...


Satu hari, B tanya kepada A...
Apa yang A tak puas hati dengan B selama berkawan?
Katanya tiada...
Mustahil!
Setelah didesak, A terlepas cakap...
Katanya, B macam MENGONGKONG
MENGONGKONG yang bagaimana?
A: taklah, saje je cakap...
Mungkin sengaja A jawab begitu
Untuk menjaga HATI dan PERASAAN si B.
B: cakap je lah... pe yang tak puas hati...
Setelah diasak, A berikan contoh konsep MENGONGKONG tadi
Katanya, seperti ketika dia demam dahulu...
Kata A si B macam memaksanya makan!!...
Jadi, rumusannya...
B telah MENGONGKONG A kerana suruh A makan
Walau hakikatnya A tak mahu...
Hm...
Rupanya begitu konsep MENGONGKONG oleh B...
Penilaiannya mudah...
Tatkala B risau dengan keadaan A
Dalam keadaan mahu menjaga HATI dan PERASAAN A
Lebih2 lagi apabila A tidak sihat,
A terus katakan yang B MENGONGKONGnya...
Kata A, dia dah besar...
Tak perlukan semua tu...
Dia mampu berdikari...
Hm, B pun tidak mengambil hati...
Dah kata A tidak mahu DIKONGKONG lagi...


Jadi,
Penilaiannya?
Adakah B MENGONGKONG bila dirinya mengambil berat?
Adakah B MENGONGKONG bila dirinya mahu membantu?
Adakah B MENGONGKONG bila dirinya berasa simpati dan empati?
Biarlah...
Jawapannya hanya ada pada si A.
Jangan pula ambil HATI...
Bila B tidak ada masa untuk ambil tahu,
tidak ingin ambil berat,
tidak mahu untuk membantu,
tida ada rasa simpati dan empati,
tidak ada perasaan untuk berasa kasihan...
cukuplah...

penat benar rasanya mahu menjaga HATI dan PERASAAN orang lain...Align Center
HATI sendiri entah macam mana pula...
Rasa terpinggir di balik sanubari...
Rasa terkorban jiwa dan raga...
Entah macam2 rasa...


Namun...
Inilah KEHIDUPAN!...
Kalau semuanya indah,
Tidak seronok pula...
Apapun penilaian anda,
Fahamilah teman anda sewajarnya...
Hargailah dia sementara masih ada...
Sayangilah dirinya seadanya...


Manusia akan mula mengerti
Untuk menghargai apabila sudah kehilangan!!

1 comment:

  1. okey2x berdasarkan teks diatas.. for me..
    ceritera diatas shows the situation between si B and si A..

    it also shows the situation where si B selalu MENDESAK si A atas dasar atau kapaiti mengambil berat sesama kawan.. (for me laah)
    then, si A always berdalih-dalih.. maybe dia tak kalis desakan then teros menyatakan statement si B suka mengongkong? ngeee~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails