Thursday, July 07, 2011

HiDup iNi ANugERaH!

Salam semua pembaca. Terlalu banyak sebenarnya cerita yang mahu saya kongsikan. Serius, saat ini saya dihimpit dengan tugasan yang pelbagai. Moga-moga kekuatan sentiasa bersama!

(i)
Rabu- Saya gantikan ustazah Taski kerana beliau pergi mesyuarat. Jadi, saya ajar budak 6 tahun.
Boleh pula ada seorang budak tanya, 'ustaz, ustaz dah kahwin eh?'
Lepas tu ada budak perempuan tiba-tiba cakap 'Eeee, apa cakap pasal kahwin-kahwin ni? gelilah!'
Nak gelak pun ada juga bila budak 6 tahun cakap pasal kahwin-kahwin ni. hehe
Apapun, saya seronok sebab Alim sudah boleh ketawa dan tidak berdiam diri lagi.
Sebelum ni saya ajar mereka Bahasa Arab setiap Isnin dan Jumaat tetapi Alim mesti senyap sahaja sebab dia pernah menangis semasa pertama kali saya masuk kelas mereka.
Dia takut sebab tak dapat jawab soalan sampai menangis. Suara tangisannya tak keluar tetapi sedar-sedar air matanya dah mengalir. Syukur, dia sudah ok!

(ii)
Sedar tak sedar, rupanya sudah hampir sebulan saya mengajar di sini. Saya benar-benar seronok apabila pelajar mengingati nama saya.
Untuk kelas Taski pagi, saya hanya masuk kelas mereka untuk mengajar Bahasa Arab pada hari Isnin dan Jumaat sahaja.
Bila saya masuk tadi untuk ganti guru, pelajar 6 tahun memberi salam dan saya terkejut sekejap sebab mereka tahu nama saya. Alhamdulillah, rupanya kehadiran saya disedari.
Sekolah Agama Rakyat(SARA) petang pun begitu, pelajar pra (5&6 tahun) hingga tahun 5 sudah tahu nama saya dan saya dikenali sebagai 'ustaz garang'.

Kata Guru Besar, baguslah garang. Zaman garang saya dah berlalu, katanya.
Saya bukannya garang pun, tak terniat nak marah cuma besar dan tinggikan suara sahaja. Mungkin keadaan itu, budak-budak ingat saya tengah mengamuk! Sejujurnya, saya seronok dengan mereka!



(iii)
Ahad ini, sekolah ini akan adakan makan malam amal untuk mengumpul dana bagi pembangunan sekolah.
Mesyuarat semalam saya tak pergi sebab pergi ke Seremban untuk carikan bahan folio untuk Ikram.
Tadi saya dengar cerita, bahagian logistik dan pameran berebutkan saya tapi bukan itu yang saya mahu kongsi.
Saya cuma mahu beritahu yang saya bersyukur sebab saya kenal banyak perkara semasa di UPSI. Jujur, saya belajar tentang pelbagai perkara.
Ruang dan peluang ketika saya berorganisasi menyebabkan saya tiada masalah apabila diberi sebarang tugasan oleh pihak sekolah. Mudah-mudahan saya mampu lakukan-yang terbaik!
Hakikatnya saya bangga berada di dalam kelab debat, briged sukarelawan dan sekretariat protokol MSK. Terlalu banyak perkara yang saya belajar. Saya bersyukur!

-Sebahagian daripada keluarga debat- semasa Debat Munsyi abdullah 2010.
Aduh, rindu kalian!


-Bersama orang kuat Briged Korporat UPSI.
Bila lagi nak melepak sama-sama? ^^


-Family protokol baru, ini baru edisi Jun.
Seronok mengenali kalian!

4 comments:

  1. Pastinya detik-detik ini menjadi cebisan kenang-kenangan sepanjang umur.

    Cabaran telah kamu galas sebaiknya sahabat. Mabruq, teruskan pantas berlari! Kamu kuat dan hebat.

    ReplyDelete
  2. Waaa..bestnyaa, kna aktif2x jugakla gini..baru senang di sekolah ntn..cayOok2x buat anda...^^

    ReplyDelete
  3. Cahaya Mataku: Terima kasih. Memang kenangan terindah! =)

    ReplyDelete
  4. AnaAnis.MUsliMah: Terima kasih. Lebih baik aktif daripada jadi katak bawah tempurung... Selamat maju jaya! ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails