Sudah lama juga saya tidak bergelumang dengan aktiviti yang mencabar fizikal dan minda. Kali terakhir seingatnya ketika tingkatan lima dahulu, saya mencabar diri untuk mengikut ekspidisi perkhemahan dan kembara remaja ke Gunung Ledang. Seronok, saya dapat pengalaman baru dan dapat kenal kawan-kawan baru. Kalau ada rezeki lagi, insyaAllah saya akan ikuti lagi kembara ke Gunung Ledang. Mana tahu ada rezeki satu hari nanti untuk mendaki Gunung Kinabalu pula!
Baru-baru ini tanpa dirancang, saya menjejak Bukit Broga di Semenyih. Ditemani adik-adik yang sememangnya gila~ Azam, CSI, Ting dan Allan membuatkan perjalanan kami
-Berada di puncak Gunung Ledang
beberapa tahun yang lalu.
dipenuhi gelak tawa. Oh ya, untuk penunjuk arah jalan ke Bukit Broga Arill Luvva, terima kasih banyak-banyak! Sanggup dia bangun jam 5 pagi semata-mata untuk menemani kami hingga ke kaki bukit. Matlamat utama kami adalah untuk menikmati cahaya matahari yang terbit dari puncak gunung. Allah, terasa nikmatnya ciptaan Dia yang Maha Indah!
-Berada di puncak Gunung Ledang
beberapa tahun yang lalu.
dipenuhi gelak tawa. Oh ya, untuk penunjuk arah jalan ke Bukit Broga Arill Luvva, terima kasih banyak-banyak! Sanggup dia bangun jam 5 pagi semata-mata untuk menemani kami hingga ke kaki bukit. Matlamat utama kami adalah untuk menikmati cahaya matahari yang terbit dari puncak gunung. Allah, terasa nikmatnya ciptaan Dia yang Maha Indah!
Dalam kelam zulmat awal subuh itu, macam-macam perkara yang bergentayangan di ruang fikir. Yang paling terkesan sekali hingga menggerakkan saya untuk menulis, berkongsi rasa dengan pembaca semua adalah hidup yang kita lalui. Memanjat Bukit Broga samalah sahaja dengan kehidupan yang kita lalui ini. Mengapa saya katakan begitu? Seketika, cuba kita renungkan analogi ini;
Begitulah yang saya rasa ketika memanjat Bukit Broga baru-baru ini. Sungguh, pengalaman kali ini sungguh indah dan bermakna! Moga-moga hidup yang kita lalui ini bertambah baik dan memberi kekuatan untuk kita terus mencorak diri menjadi insan hebat di dunia dan akhirat!
-Bersama adinda Azam dan Ting. Moga ukhuwah membunga segar dalam ingatan!
Jom buat trip KDBM ke Bukit Broga =)
ReplyDeleteberada di puncak gunung ledang.....mencari keturunan kita kerrr...kikikikikiiiii
ReplyDelete-Musfirah Hasan,boleh ja. Serius, seronok bangat! ;)
ReplyDelete-allan aurora, mestilah. Menurunkan ilmu kejelitaan sepanjang zaman! :D
ReplyDeleteanalisis gambar : a.amir pling muda ~~ hehe
ReplyDelete-dayahramlee, haha muda pada rupa walaupun tua pada usia! Alhamdulillah. Rahsianya, selalu senyum dan buat orang ketawa... ;)
ReplyDelete