Sebenarnya saat ini, saya
seakan-akan mahu mengalah. Betapa menjadi pelajar tahun akhir ini bisa menggugah
sebuah sabar. Kalau diikutkan hasutan, saya sudah hanyut dengan kekalahan.
Dikerumuni dengan tugasan yang rencam
membuatkan jiwa kecil saya turut dikecam- dengan bisikan yang mampu menjatuhkan
bila-bila masa. Rupanya benarlah, musuh yang paling utama dan dekat ialah diri
kita sendiri. MasyaAllah!
Dan saat ini jugalah saya
merasakan betapa masa itu begitu berharga dan tak mahu saya lepaskan walau
sesaat dengan perkara yang tidak bermanfaat. Betapa lemahnya susuk seorang
manusia yang sering lupa dengan janji sebelum tercipta di dunia satu masa dahulu.
Ingkarnya kami dengan Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Tahu segala rasa!
-Terus berjalan menempuh ombak cabaran! |
Kalau diikutkan, ketika ini saya
sudah kalah dengan perasaan sendiri. Segala puji buat-Mu Allah yang mengirimkan
pesanan cinta. Betapa saya sedang mengumpul bahagia ketika menatap riwayat
sirah, sungguh Tuhan itu menjaga kita selagi hati kita menyimpan tempat
untuk-Nya. Allahu, kisah Ibrahim, Hajar dan Ismail ini sungguh mengesankan saat
hati kecil merusuh dengan tugasan- yang hanyalah kesementaraan.
Begitulah pesan bijak pandai,
menuntut ilmu ini satu perjuangan. Ya, perjuangan yang memerlukan kesabaran dan
pengorbanan; masa, tenaga, jiwa dan bahagia. Betapa manis di hujung jalan ini
semakin tidak sabar untuk dinikmati. Dan kisah manusia hebat (Ibrahim, Hajar,
Ismail) ini cuba memberitahu kepada saya bahawa mereka yang menuntut ilmu selalu dinaungi di bawah sayap malaikat. Maha suci Allah!
Tuhan, memang selalu ada. Memerhati
tingkah kita. Di kesempatan waktu, hamba merafak syukur kerana dalam celaru dan buntu, dihadirkan jalan- memudahkan urusan. Betapa di saat hamba menyerahkan segalanya, Allah semakin akrab memeluk lalu membisikkan ingatan; Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupan. Ya, mampu! Dan jiwa pun kembali mekar, mengharum dengan wangian tetesan ayat Tuhan.
salam ukhwah fillah :)
ReplyDeletebe strong..b'susah2 dahulu, b'senang2 kemudian :)
semoga dipermudahkan segala urusan..insyaAllah :)