Monday, March 01, 2010

aPa iTu mANusiA~


kelas sejarah malaysia,
diajar oleh dr Badriyah,
bercerita tentang pengalamannya,
tatkala menjadi seorang guru...


pesannya,
jika kamu sudah menjadi cikgu,
biarlah sampai mati kamu tetap cikgu,
ikhlaskan hatimu...


seorang guru,
bukan sahaja masuk dan keluar bilik darjah,
tidak hanya menunggu gaji masuk bulan2,
atau kerjanya menanda buku dan kertas periksa,
juga bukan kerana namanya -cikgu-,
atau untuk disanjung lagi dijunjung,

tapi seorang guru itu,
berat tanggungjawabnya,
besar pengorbanannya,
untuk mengajar kepada manusia,
apa itu manusia....


fikirkanlah,
tatkala seorang guru,
tidak berupa manusia,
tapi mahu mengajar kepada manusia,
apa itu manusia....

nilailah dengan mata hati,
sematkan di ruang fikir,
agar mulianya seorang guru,
tetap abadi,
hingga denyutan nadi berhenti...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails