Sunday, March 28, 2010

pERmaTa: sEMakiN dicANai, sEMakiN bERsiNaR~


alhamdulillah,
dalam kesibukan membuat tugasan,
di saat-saat akhir begini,
ALLAH mempermudahkan segala-galanya,
memberi kesempatan untuk menambah ilmu,
syukur tidak terhingga,
hanya DIA yang maha tahu segalanya....

semalam,
sebelum menguruskan pertandingan pidato,
sempat juga mengutip secebis ilmu,
bengkel juruhebah dan penulisan berita,
dapat jugalah sedikit ilmu yang berkaitan,
selepas itu,
menguruskan para peserta,
pidato ala Tun Abdul Razak,
terima kasih semua,
memberikan kerjasama yang amat baik,
tahniah kepada yang berjaya,
yang tidak berjaya,
jangan berhenti,
teruskan berjalan tanpa henti,
masih panjang lagi jalan yang harus dilalui,

AZLI

ABG SUHAIMI

ABG RADZI

FAUZAN

SYIFA

SUFIAN

RAMDAM

thankz juga perakam tegar,
KAK AINI

juga si penjaga masa tegar
ADIK MUS

dan pasangan barunya,
ABG PIJOT,

syukur majlis berjalan lancar....

hari ini,
mengikuti bengkel penulisan,
banyak ilmu baru yang diperoleh,
semakin berkobar pula untuk menulis,
moga DIA mempermudahkannya...
WAMAKARU WAMAKAROLLAH,
WALLAH HU KHAIRUL MAKIRIN,
kita merancang,
ALLAH juga merancang,
tapi perancangan ALLAH lebih baik....

'jangan biarkan hanyut tenggelam
dalam samudera merintis kejayaan
bersatu, berpadu berpegangan tangan
bergandingan bahu menuju haluan
tercipta impian.....'

itulah lagu tema bengkel penulisan tadi,
moga tidak hanyut tenggelam,
moga terus bersinar,
moga tercipta segala impian....
seronok dapat kenal kawan baru,
seronok dapat tambah ilmu,
seronok dapat tenangkan fikiran,
syukur dan terus bersyukur.......

sempat juga tadi,
mendengar luahan perasaan seseorang,
baru kenal hari ini,
namun dia bercerita tentang kisah hidupnya,
terima kasih!
seronok dapat kenal kamu...

juga kawan2 baru,
cikgu2 BM,
yg mesra2 semua,
En. Arif,
terima kasih,
sesungguhnya ilmu,
kenangan dan pengalaman ini,
tidak ternilai harganya!!....

sekarang ini,
dalam proses menyiapkan cerpen MALAIKAT SUBUH,
moga dapat menyelesaikannya secepat mungkin,
juga dalam kepala saat ini,
sudah ada jalan cerita untuk menulis novel,
moga dapat direalisasikan,
tajuknya setakat ini, SONGSANG....
cuba untuk menulis cuti sem ini,
bantulah hambaMu ini YA ALLAH!!....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails