Thursday, March 25, 2010

riNDu boNDa~


lama sudah tidak didakap tubuh itu,
tidak dikucup tangan,
tidak bersua wajah,
tidak berkongsi cerita,
meluahkan pelbagai rasa...

dialah bonda,
yang telah banyak berkorban,
yang terlalu tabah menempuh dugaan,
yang sentiasa memberikan sokongan,
menghulurkan tangan
menunjukkan bimbingan,
yang selalu mencurahkan secebis kudrat
membisikkan kata semangat,
yang sentiasa ada
tatkala hati duka derita,
memberi inspirasi
untuk mengenal diri sendiri....

duhai bonda,
aku rindu belaianmu
yang penuh kasih dan sayang,
aku rindu seyummu
yang bisa menyejukkan
duka nestapa di laman hati,
aku rindu,
ridukanmu.....

hanya bonda,
tiada ganti, tiada yang lain,
yang tetap dingati sepanjang musim,
yang selalu dirindu walau jauh di kalbu,
yang sentiasa bersamaku,
dalam MENJEJAK DEWASA dengan penuh semangat...

dikaulah bonda,
hanya satu bukan sejuta,
terimalah senandung rindu,
istimewa buatmu....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails