Monday, March 08, 2010

pERkaMpuNgAN aLaM KHAR~

hari terbuka kolej kediamanku,
kolej harun aminurrashid,
04 mac-07 mac 2010,
macam2 ada....


gerai jualan,
nyanyian,
pertandingan,
tarian,
segala bagai ada,
secukup rasa....


hari sabtu,
moris ajak masuk pantun,
sejujurnya,
pantun bukanlah duniaku,
itulah pertama kali,
memang tak pernah sertai,
untuk cukupkan orang...
kesian pulak,
dia dah ajak,
sungguh2,
jadi masuk je,
bukan mengejar sebarang kemenangan,
sekadar suka2,
cukuplah untuk mengutip,
secebis pengalaman,
syukur,
selesai melunaskan tanggungjawab,
terima kasih kerana mengajakku masuk,
terima kasih mengajarku berpantun....



di atas pentas~amir.moris.afzan...

ahad,
debat akhir piala pengetua,
alhamdulillah,
sekadar naib johan,

amir.kak sue.zurin.nora.abg fawiz.kak aini~

membawa posisi pertama,
cubaan sebagai perdana menteri,
hidup tidak pernah berhenti untuk belajar,
benarlah,
semakin banyak kita belajar,
semakin kita mengerti kebodohan diri...


khar~mengungguli kejuaraan...

kekalahan bukan bermakna kegagalan,

banyak lagi peluang dan ruang,

mungkin perjuanganku baru bermula,

kekalahan ini ada hikmahnya,

percayalah....

saya tidak pernah gentar dengan kekalahan,
tak pernah takut dengan kegagalan,
selama hidup ini pun,
sudah selalu merasa jatuh bangkit,
kecewa derita,
namun,
mengalah bukanlah penyelesaiannya,
bukanlah titik noktah,
tapi kekalahan dan kegagalan itu mungkin,
permulaan untuk kita terus bangkit,
berlari dan pantas berlari,
hingga sampai masanya nanti,
tatkala denyutan nadi terhenti,
apabila hanya amal dan taqwa,
dan anggota badan menjadi saksi,
inilah kehidupan,
hayati dan terus syukuri....

buat teman sepasukan,
jangan bersedih,
jangan pernah rasa kalah dan mengalah,
mungkin anda akan jadi,
yang terhebat selepas ini,
teruskan perjuangan!!
terima kasih,
kak Suhana & Nurfatimazurin.....


tahniah untuk kalian,
akak2 dan abgku,
Nora. abg Fawiz. kak Aini
teruskan langkah,
berlari dan terus memecut,
kekalkan momentum dan prestasi,
tingkatkan potensi dan kualiti,
kurangkan kontroversi dan buat air liur basi,
moga kita semua terus gagah,
menghadapi hari2 dengan penuh bervisi....

apapun,
perkampungan alam 2010,
satu pengalaman baharu,
memori yang akan terpahat,
di dusun hati dan laman ingatan....

5 comments:

  1. yup, kalah bukan bermakna kita lemah dan gagal, dengan kekalahan kita terus bangkit dan belajar meningkatkan prestasi diri.

    kemenangan tak semestinya kita hebat, ianya adalah rezeki...

    Moga-moga kemenangan dan kekalahan ini adalah ujian Allah kepada diri agar bisa memperbaiki mana-mana kekurangan dan kelemahan masing-masing..

    :)

    ReplyDelete
  2. tahniah 3 kali final..2 kali johan...jr yg meletop letop...hehehhehe..

    ReplyDelete
  3. Yup..
    Dalam sebuah perjuangan,
    Kekalahan bukan tanda kelemahan,
    Tapi ia suatu permulaan,
    Untuk satu kebangkitan,
    Belajar dari pengalaman,
    Perbaiki segala kekurangan,
    Insya-Allah anda pasti berada di puncak kemenangan...

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua...
    titibe rase terharu cam nak nanges!!
    hahaha~
    saya akan belajar dan terus belajar~

    ReplyDelete
  5. letih bejalan
    boring pasal makanan
    debat tak pernah PUAS!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails