Tuesday, June 14, 2011

DaN iNi yANg tERtuLis...

Salam pertemuan sahabat blogger.
Sudah masuk bulan Jun,
pertengahan tahun 2011.
Tanpa kita sedar
masa yang begitu laju berlari
tidak menanti siapa pun kita ini.
Oh, bulan Rejab pun turut menjelma
dan tidak lama lagi sudah pasti
Ramadhan hadir menggamit diri,
bulan barakah, markas untuk diri ditarbiah
menjadi hamba yang molek pekerti
dan terus menjadi muslim berbudi.

Sekarang saya berada di Labu,
Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad.
Menjadi murabbi sebegini tidak pernah
pun terlintas di litar ingatan.
Oh ya,
ada juga yang tak tahu dan tertanya-tanya
apa sebenarnya yang berlaku.
okey,
sekarang saya di Labu untuk mengisi masa
cuti semester pengajian (4 bulan)
dengan menjadi tenaga pengajar di sini.
Ya, Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad.

-Menjadi guru bukan mudah, memandaikan manusia apatah lagi!

Ketika coretan ini ditulis,
sudah dua hari saya menjadi murabbi di sini.
2.30 petang bermulalah kerja saya,
berkongsi ilmu dengan anak-anak ini.
saya akan menyemak bacaan Al-Quran
murid tahun 4 dan 5.
Alhamdulillah,
mujur sedikit ilmu yang pernah dituntut
suatu ketika dahulu dapat dikongsi.
Dan sudah pasti saya akan teringat nenek.
Ya, nenek!
Kerana neneklah yang ajar saya
solat dan mengaji Al-Quran.
Kalau bukan kerana nenek,
entah siapalah agaknya saya hari ini...

Selepas menyemak bacaan al-Quran,
saya akan ke kelas pra (5 dan 6 tahun) pula
mengajar subjek yang seangkatan
dengan sekolah agama rakyat,
macam Tauhid, Akhlak, Sirah, Fekah,
Jawi, Bahasa Arab dan tajwid.
Alkisahnya, mereka perlu diajar
dengan silibus tahun satu!
Bayangkanlah, pening juga kepala tu...
Dan itulah yang tengah saya hadapi sekarang.
pelbagai kerenah anak-anak kecil ni,
aneka ragam mencuit kelopak jiwa
dan membuatkan saya berfikir
tentang pelbagai perkara.

Betullah kata En. Nizam,
mesti awak mula rasa menghargai
guru-guru tadika dan sekolah rendah awak kan?
Hakikatnya, memang guru-guru
yang pernah mengajar saya
tak akan lekang bergelintar di pundak ingatan.
Cuma bila saya menjadi murabbi di sini,
saya bertambah menghargai
semua insan yang bertungkus lumus
mendewasakan saya- aduh, besar benar
pengorbanan mereka!
Memang tak terbalas bila hanya ucapan terima kasih
yang bertenggek di tebing bibir.
Syukur kerana dianugerahkan guru-guru yang budiman...

Dan kisah saya belum berakhir.
Yang pasti masih banyak ilmu
yang perlu dipelajari
dan terlalu banyak ilmu dan pengalaman
yang mahu dikongsikan
dengan anak-anak ini.
Melihat redup wajah mereka,
tercuit juga tangkai hati-
mampukah aku menjadikan mereka manusia?
Dan aku pun mula mengerti,
di tangan ini, Tuhan telah amanahkan pelbagai warna-
untuk aku corakkan anak-anak ini,
menjadi manusia luar biasa
seperti kamu, dia dan mereka
yang selalu mengiringi perjalanan hidupku
dan meminjamkan kekuatan
untuk aku kenal dewasa!
-Terima kasih!-

-Kita perlu bertanggungjawab dengan jalan yang kita pilih...

Hakikatnya,
inilah cabaran yang perlu ditempuh,
mahu atau tidak
kerana inilah jalan yang dipilih
dan aku harus bertanggungjawab
dengan jalan ini.
Dan ini yang tertulis...
untuk aku,
Hamba Dia- Yang Esa! ^^

8 comments:

  1. teruskan perjuangan...=)
    dan menulislah kerana Allah
    blogger itu pendakwah..
    "islak nafsak,thumma udu' ghairak"

    ReplyDelete
  2. nice!!!...guru adalah semulia insan di dunia ni...mendidik dr kecik lg...gud job...semoga mnjd guru yg terbaek!!

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah..menjejaki Amir !!!
    hahaha.......semoga menjadi murabbi terbaik buat anak2 didik. Mudah2an ditabahkan hatimu selalu dalam menyempurnakan penyampaian ilmu

    ReplyDelete
  4. Wanita Suci : Terima kasih banyak untuk sokongan.
    Dan kamu juga, moga sentiasa dilimpahi kebahagiaan!

    ReplyDelete
  5. ainurfitrah : Betul, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amanah ini memang berat. Moga saya mampu menggalasnya dengan baik. Terima kasih! ^^

    ReplyDelete
  6. CIKGU WANIE : Terima kasih menjenguk. saya tahu pasti Wani sudah rindu dengan laman Menjejak Dewasa kan? Mungkin juga dengan tuannya sekali! aha
    Apapun, terima kasih banyak untuk sokongan. Moga2 Amir Batrisya kuat untuk menyempurnakan amanah ini... ^^

    ReplyDelete
  7. Yup....rindu dgn penulisan Amir...Teringin nak baca penulisan2 yg masuk tunas cipta (kalu x silap).....tapi kat cni xde jual.....

    ReplyDelete
  8. CIKGU WANIEY : aha, terima kasih. Hurm, Tunas Cipta dan Dewan Siswa. Memang susah nak jumpa majalah tu. Di TM pun, ada jual di Pustaka Sanmin saja. InsyaAllah nanti akan cuba dipaparkan di laman ini ya. Terima kasih banyak untuk sokongan! ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails